Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 24, 2013

PROJEK JAHIT

Alhamdulillah.

Masih diberi kesempatan masa dan tenaga untuk menulis dalam blog ni. Mungkin sebab pelajar dah kurang, maka punya masa untuk berblogwal;king sana dan sini. Bila adh punya masa yang lengang, maka banyak blog-blog dan laman jahit jadi tumpuan. Almaklum, since dah pergi kelas emnjahit 3-4 bulan yang lalu maka menjahit je la mengisi masa lapang ku. Walaupun ada kala nya mood M datang dan pergi.

3-4 bulan yang lalu, aku ke kelas menjahit setiap hujung minggu. Hakikat sebenar, memamng dari dulu lagi aku nak menjahit baju sendiri. Tangan keras otak kosong dalam dunia jahitan, ku gagahi juga. Masa kelas belajar tu, aku ambik 3 pattern dengan bayaran RM500 dan tambahan RM80 untuk belajar buat lining baju sekali. Pattern pertama aku belajar baju kurung moden dengan kain kipas belakang. Pattern kedua aku belajar peplum dan seluar palazo. Pattern ketiga kebaya labuh dan kain kipas tepi. Siapa nak belajar menjahit di sekitar Bnagi, boleh pergi kat Seatea Creative (deretan kedai runcit Ramly Burger dan kedai Jauhari. Or you may go to their website HERE.

Lepas je kelas menjahit, terus beli mesin jahit jenama Brothers.

Lebih kurang macam nilah, tak ingat siri ke berapa

Bila dah ada mesin ni, senang. Sebab jenis portable, jadi mudah nak angkut ke sana sini. Jadi bila nak balik sarawak nanti pun senang. Setakat ni jahitan tak kemas lagi. Jadi banyaklah nak diperbetulkan. Moga lepas ni dah konfiden nak ambik upah jahit baju orang or buat baju rekaan sendiri. kih kih kih.

Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)