Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 6, 2013

CERITA PANJANG TAPI TAK BERJELA

Assalamualaikum WBT dan Salam Jumaat,

Maaf. Blog ini seperti sudah banyak sawang nye. Dulu kemain beli ipad sebab nak update blog selalu. Nang hado. Tambah lagi, since dah ada Instagram, maka biar gambar je lah bercerita. Ehehehe.

Oh ya. Banyak sebenar benda nak cerita, tapi selalu tak punya masa. Kadang-kadang nak hapdate tapi xberkesempatan. Semakin hari semakin cepat masa berlalu, tapi daku masih di tahap itu. Malas. Entah.

Masuk bulan Disember ni, banyak perkara yang kena rancang. Bukan setakat nak rancang aktiviti pelajar untuk tahun 2014, tapi rancang untuk keluarga kami. Walaupun masih berdua, tetap penting juga hendak merancang masa depan.

Kami, macam ni lah. Masih dengan hubungan jarak jauh. Sebulan sekali masing-masing akan menjenguk pasangan masing-masing. Entah, daku masih belum bersedia meninggalkan bumi Bangi ni. Yalah dah selesa sangat. Jangan risau sayang, kita akan tetap bersama cuma masa nya belum tiba. Eh.

10.11.12 - 10.11.13 genap usia perkahwinan setahun jagung kami. Ulangtahun pertama kami sambut di Langkawi sekali dengan ulanglahir ku yg ke 28 tahun. Selamat ulangtahun perkahwinan sayang. Maaf, tahun ini masih berdua. Insya-Allah kalau DIA tahu kita sudah bersedia, rezeki 'itu' pasti tiba. Tahun depan kita sambut di Bali ya. hahaha.



K lah. Nanti hapdet lagi :) Dadadada.




Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)