Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 26, 2013

Projek Jahit 1 : Pola badan

Assalamualaikum dan Hi semua!

Pola adalah perkara penting yang perlu difahami oleh semua tukang jahit yang baru belajar menjahit (macam aku). So, penting untuk pandai buat pola di atas kertas sebelum memotong kain. Lainlah kalau dah otai, terus ukur atas kain pun tak pe.

Bawah ni aku sediakan jadual ukuran standard bagi ukuran badan wanita. So kalau malas nak ambik ukuran, pakai standard pun dah ok. Tapi kalau boleh, belajar lah juga mengambil ukuran di badan si penempah. Itulah fungsinya tukang jahit ye dok! :)








Tuesday, December 24, 2013

PROJEK JAHIT

Alhamdulillah.

Masih diberi kesempatan masa dan tenaga untuk menulis dalam blog ni. Mungkin sebab pelajar dah kurang, maka punya masa untuk berblogwal;king sana dan sini. Bila adh punya masa yang lengang, maka banyak blog-blog dan laman jahit jadi tumpuan. Almaklum, since dah pergi kelas emnjahit 3-4 bulan yang lalu maka menjahit je la mengisi masa lapang ku. Walaupun ada kala nya mood M datang dan pergi.

3-4 bulan yang lalu, aku ke kelas menjahit setiap hujung minggu. Hakikat sebenar, memamng dari dulu lagi aku nak menjahit baju sendiri. Tangan keras otak kosong dalam dunia jahitan, ku gagahi juga. Masa kelas belajar tu, aku ambik 3 pattern dengan bayaran RM500 dan tambahan RM80 untuk belajar buat lining baju sekali. Pattern pertama aku belajar baju kurung moden dengan kain kipas belakang. Pattern kedua aku belajar peplum dan seluar palazo. Pattern ketiga kebaya labuh dan kain kipas tepi. Siapa nak belajar menjahit di sekitar Bnagi, boleh pergi kat Seatea Creative (deretan kedai runcit Ramly Burger dan kedai Jauhari. Or you may go to their website HERE.

Lepas je kelas menjahit, terus beli mesin jahit jenama Brothers.

Lebih kurang macam nilah, tak ingat siri ke berapa

Bila dah ada mesin ni, senang. Sebab jenis portable, jadi mudah nak angkut ke sana sini. Jadi bila nak balik sarawak nanti pun senang. Setakat ni jahitan tak kemas lagi. Jadi banyaklah nak diperbetulkan. Moga lepas ni dah konfiden nak ambik upah jahit baju orang or buat baju rekaan sendiri. kih kih kih.


Tuesday, December 17, 2013

Selamat Harijadi Sayang

Selamat Harijadi Sayang.
Semoga kamu sentiasa dimurahkan rezeki (dan aku terkena tempiasnya),
Semoga kamu sentiasa bahagia (dan aku turut merasakannya),
Semoga kamu sentiasa bersifat positif, kuat dan cekal mengharungi hari-hari mendatang (dan aku teguh di sisimu).

Selamat Harijadi Sayang,
Semoga di kananmu ada aku, di kirimu jua ada aku.
Semoga di hatimu ada aku, di jiwamu juga aku.
Semoga kasihmu tak pernah luak terhadapku.
Sayangi aku seperti kamu menyayangi keluargamu.


Salam sayang dari kejauhan,
Sang Isteri.


Friday, December 13, 2013

BETUL KE BILA KITA MIMPI SESEORANG TANDANYA ORANG ITU RINDU

Assalamualaikum dan Hi.

terima kasih kerana masih menjengah blog yang suam-suam ni. Masih suam, sebab adakalanya upadate ada kalanya tidak. Kalau dah sejuk itu maknanya blog ni dah shutdown. Heh.

Ok, back to the topic. Pernah dengar tak orang kata, bila kita mimpi seseorang tu itu tandanya seseorang yang dimimpikan kita rindu pada kita? Pernah dengar tak? Itu adalah AUTA atau FAKTA?


Jawapannya adalah AUTA. Ini adalah kerana tidak ada kajian sainstifik yang mengatakan bahawa perkara ini adalah benar atau teruji. Penejlasan lanjut boleh rujuk blog ABAM PANDA and as a psyhologist, I am agreed with him.

Menarik tentang mimpi adalah, :-

  1. Dalam 5 minit lepas tidur, 50% daripada mimpi kita akan dilupakan. 95% hilang selepas 10 minit.
  2. Mimpi merupakan jalan cerita yang tidak tersusun.
  3. Orang buta pun boleh bermimpi
Now, kalau kita mimpikan Kate Perry adakah itu tandanya Kate Perry rindukan kita? Hahahhhaa.

Berangan la kau aku nak rindukan kau!Heh!



Monday, December 9, 2013

RESEPI AYAM PENYET ALA WONG SOLO

Assalamuailakium WBT,


Ayam penyet is one of my favorite food. Especially the 'sambal'. Kalayu nak resepi ayam penyet, google jer di Internet. Anda akan dapat pelbagai versi cara nak masak ayam penyet dan juga sambal. Resepi ni aku jumpa masa blogwalking di blog Serius. So, here it is and tell me if you have try it!


I love to eat ayam penyet so so much.. especially wong solo punye.. mmg terbaik.. kdg2 kalau mengidam nak makan wong solo tu.. tak kira la hujan pon sanggup redah... asalkan dpat makn.. then decided to make one at home.. banyak kali try jugak buat..so yang ni slightly the same with wong solo one... amik dari sane dari sini... tapi bab sukatan tu tak berapa nak sure la.. sbb salu masak mmg agak2 je... ok here it is...

Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik.
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau.
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau.
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau.
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng



Untuk Sambal 

Segenggam cili padi merah3 ulas bawang putihtepung jagung secukup rasa 2 sudu minyak masak

Untuk Nasi

2 pot beras rendam selama 2 jamSehelai daun pandan
Untuk Sambal Terung3 biji cili merah*segenggam ikan bilis*tomato*4 ulas bawang merah*3 ulas bawang putih*1 inci belacan*2 sudu besar cili kisarair asam jawakicapgaram dan gula secukup rasaterung panjang (belah 4, potong senget2)minyak masak 4 sudu
Untuk sambal kicapcili padi segenggam3 ulas bawang putihkicap ABC saus manis

Lain- Lain

tempe (potong kecik2), tauhu (kalau yg tebal tu, bahagi dua then potong segitiga.. so dapat 4), daun salad & timun.

Cara- cara menyediakan:-

Untuk ayam
1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini 
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Nasi
1. kukus nasi dlm loyang wat kek yg bulat tu.. kalau ade mangkuk kecik2 yg peniaga nasi kukus wat tu lagi bagus.. 
2. letak daun pandan dalam air kukusan.


Untuk Sambal
1. tumbuk bawang putih sampai lumat... lepas tu masukkan cili padi.. tumbuk jugak tapi takyah lumat sangat...
2. panaskan minyak..
3. masukkan bahan yang dah tumbuk tadi.. 
4. masukkan air tepung jagung (tepung jagung tu sikit je.tak perlu banyak sangat, nanti jadi cam gam)
5.kacau2 and angkat.. xyah buh garam

untuk Sambal terung
1. tumbuk bahan bertanda *
2. panaskan minyak
3. masukkan bahan yang dah ditumbuk.. kacau2
4. masukkan cili kisar.. masak sampai pecah minyak..
5. taruk air asam jawa, garam, gula kicap..
6. campurkan dengan terung yang dh digoreng

Untuk sambal Kicap
1. tumbuk bawang putih dan cili padi sampai lumat..
2. tuangkan kicap abc.. (jgn bnyk sgt.. nanti cair.. kicap wong solo kan pekat.. kalau tercair, tambah balik bwg putih ngn cili padi biar balance balik)

SELAMAT MENCUBA!!


Saturday, December 7, 2013

Red is Love. Love is Red



Picture Courtesy: Google image


Friday, December 6, 2013

CERITA PANJANG TAPI TAK BERJELA

Assalamualaikum WBT dan Salam Jumaat,

Maaf. Blog ini seperti sudah banyak sawang nye. Dulu kemain beli ipad sebab nak update blog selalu. Nang hado. Tambah lagi, since dah ada Instagram, maka biar gambar je lah bercerita. Ehehehe.

Oh ya. Banyak sebenar benda nak cerita, tapi selalu tak punya masa. Kadang-kadang nak hapdate tapi xberkesempatan. Semakin hari semakin cepat masa berlalu, tapi daku masih di tahap itu. Malas. Entah.

Masuk bulan Disember ni, banyak perkara yang kena rancang. Bukan setakat nak rancang aktiviti pelajar untuk tahun 2014, tapi rancang untuk keluarga kami. Walaupun masih berdua, tetap penting juga hendak merancang masa depan.

Kami, macam ni lah. Masih dengan hubungan jarak jauh. Sebulan sekali masing-masing akan menjenguk pasangan masing-masing. Entah, daku masih belum bersedia meninggalkan bumi Bangi ni. Yalah dah selesa sangat. Jangan risau sayang, kita akan tetap bersama cuma masa nya belum tiba. Eh.

10.11.12 - 10.11.13 genap usia perkahwinan setahun jagung kami. Ulangtahun pertama kami sambut di Langkawi sekali dengan ulanglahir ku yg ke 28 tahun. Selamat ulangtahun perkahwinan sayang. Maaf, tahun ini masih berdua. Insya-Allah kalau DIA tahu kita sudah bersedia, rezeki 'itu' pasti tiba. Tahun depan kita sambut di Bali ya. hahaha.



K lah. Nanti hapdet lagi :) Dadadada.