Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 14, 2013

Resepi: Ayam masak kicap

Salam Jumaat!

Memandangkan masa rehat hari Jumaat panjang, jadi aku memilih untuk masak. Lagipun, adik lelaki aku balik rumah hari ni. Mesti dia kelaparan :)

Sebab dia suka makan ayam, maka kakak nya yang baik ini pun masaklah ayam masak kicap. Sebenarnya resepi ayam masak kicap ni lebih kurang je ngan ayam masak cola. Bezanya, kalau ayam masak kola xyah cmpur gula lagi dh. Sbb cola tu sendiri dah manis. 

So, ni resepi ayam masak kicap apu yang simple dan mudah.

Bahan untuk menumis:
3 ulas bawang merah,
3 ulas bawang putih,
Sebiji bawang besar
Seulas halia,
Serai (ditumbuk)
Bunga lawang, kayu manis

Semua bahan dihiris (nak tumbuk pun boleh)

Ayam (aku ambil chicken wing and peha) diperap dahulu bersama sos tiram, sos cili, dan kicap manis. Semakin lama perap semakin sedap.

Cara memasak:
1. Tumis kayu manis, dan bunga pelaga bagi naik bau. Masukkan bahan tumis kemudiannya bersama serai dan cili merah yang dihiris kecuali bawang besar.
2. Masukkan ayam yang diperap. Ayam sahaja dahulu dibiarkan sementara. Agak2 dlm 5 minit la bagi sebati.
3. Kemudian baru masukkan lebihan air perapan ayam, sos tiram sesudu, kicap manis dan air. Biarkan sampai naik bau. Aku selalu lebihkan air sbb nak bagi ayam tu serap air kemudian air kuah akan jadi kering sedikit. Baru terbaik!
4. Agak-agak dah naik bau, ayam pun dh nak masak baru masukkan bawang besar yang dihiris tadi.

Kemudian siap. Hidangkan bersama nasi putih panas dah cukup. Chow!




Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)