Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 12, 2013

PUISI #1 : TUHAN JAGAKAN DIA

Saat tangan ini tak mampu menggenggam,
Jari ini tak mampu membelai,
Mata ini tak mampu memandang,
Perasaan ini selalu tak terungkapkan.

Gusar.
Resah.
Memikul tanggungjawab dari kejauhan,
Memberat hati dan perasaan.
Benar.
Berat mata yang memandang, berat jua bahu ku yang memikul.

Aku memohon pada mu Tuhan.
Jagakan dia untuk ku.
Jagakan pintu hatinya untuk ku.
Penuhkan kasih sayang kami berdua,
Tanpa setitik pun yang kurang.
Sampai hujung nyawa.
Sampai syurga.

Ya Tuhan.
Hangatkan hari-hari nya sehangat cinta nya pada ku.
Ceriakan hari-harinya seceria cinta nya pada ku.
Kerna aku tak mampu.
Untuk menemaninya di setiap hari-harinya.

Ya Tuhan.
Jagakan dia untuk ku.
Aku mohon.
Jagakan dia untukku.

Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)