Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 14, 2013

Resepi: Ayam masak kicap

Salam Jumaat!

Memandangkan masa rehat hari Jumaat panjang, jadi aku memilih untuk masak. Lagipun, adik lelaki aku balik rumah hari ni. Mesti dia kelaparan :)

Sebab dia suka makan ayam, maka kakak nya yang baik ini pun masaklah ayam masak kicap. Sebenarnya resepi ayam masak kicap ni lebih kurang je ngan ayam masak cola. Bezanya, kalau ayam masak kola xyah cmpur gula lagi dh. Sbb cola tu sendiri dah manis. 

So, ni resepi ayam masak kicap apu yang simple dan mudah.

Bahan untuk menumis:
3 ulas bawang merah,
3 ulas bawang putih,
Sebiji bawang besar
Seulas halia,
Serai (ditumbuk)
Bunga lawang, kayu manis

Semua bahan dihiris (nak tumbuk pun boleh)

Ayam (aku ambil chicken wing and peha) diperap dahulu bersama sos tiram, sos cili, dan kicap manis. Semakin lama perap semakin sedap.

Cara memasak:
1. Tumis kayu manis, dan bunga pelaga bagi naik bau. Masukkan bahan tumis kemudiannya bersama serai dan cili merah yang dihiris kecuali bawang besar.
2. Masukkan ayam yang diperap. Ayam sahaja dahulu dibiarkan sementara. Agak2 dlm 5 minit la bagi sebati.
3. Kemudian baru masukkan lebihan air perapan ayam, sos tiram sesudu, kicap manis dan air. Biarkan sampai naik bau. Aku selalu lebihkan air sbb nak bagi ayam tu serap air kemudian air kuah akan jadi kering sedikit. Baru terbaik!
4. Agak-agak dah naik bau, ayam pun dh nak masak baru masukkan bawang besar yang dihiris tadi.

Kemudian siap. Hidangkan bersama nasi putih panas dah cukup. Chow!




Thursday, September 12, 2013

PUISI #1 : TUHAN JAGAKAN DIA

Saat tangan ini tak mampu menggenggam,
Jari ini tak mampu membelai,
Mata ini tak mampu memandang,
Perasaan ini selalu tak terungkapkan.

Gusar.
Resah.
Memikul tanggungjawab dari kejauhan,
Memberat hati dan perasaan.
Benar.
Berat mata yang memandang, berat jua bahu ku yang memikul.

Aku memohon pada mu Tuhan.
Jagakan dia untuk ku.
Jagakan pintu hatinya untuk ku.
Penuhkan kasih sayang kami berdua,
Tanpa setitik pun yang kurang.
Sampai hujung nyawa.
Sampai syurga.

Ya Tuhan.
Hangatkan hari-hari nya sehangat cinta nya pada ku.
Ceriakan hari-harinya seceria cinta nya pada ku.
Kerna aku tak mampu.
Untuk menemaninya di setiap hari-harinya.

Ya Tuhan.
Jagakan dia untuk ku.
Aku mohon.
Jagakan dia untukku.


Monday, September 9, 2013

CABARAN 31 HARI : 9 DALAM 1

Assalamualaikum WBT dan Selamat Bekerja!

Cabaran 31 hari! Aku ingatkan aku dah post entri yang ke-9, rupa-rupanya hbuk pun tarak. Kih kih kih! I'm sorry, bulan September bulan aku sakit. Uhuk! Siyes. Tak pernah sakit selama ini (muntah, mual, mabuk.. cukup semua ada). Haip! Jangan buat andaian aku berbadan dua tiga empat. Badan masih seorang.

Memandangkan dah masuk hari ke-9 bulan September, bermaksud aku berhutang 9 cerita. Masih ingat checklist INI? Ada 31 cerita yang asepatut dikongsi bersama. Haip. Belum apa-apa dah berhutang cerita. Ok! Here we go!!

Day 1: My Favorite Color - RED
Day 2: My Favorite Food - ROJAK SOTONG
Day 3: What Inside My Bag - MY BLACKBERRY HP, PURSE & IPAD
Day 4: My Favourite Make Up - SILKY GIRL RED LIPSTICK, MAYBELLINE LIQUID & GEL EYELINER
Day 5: My Favourite Skincare product - OLAY SERUM, ELIANTO BB CREAM
Day 6: My Favorite Lotion - VASELINE YELLOW
Day 7: What I will be in 10 years from now - FULLTIME BLOGGER, HOUSEWIFE

to be continue....