Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 25, 2013

TIPS #1: GAJI PERTAMA KORANG BELI APA?

Assalamualaikum W.B.T,

Pejam celik pejam celik dah masuk 8 bulan aku kerja di GMI dan dah masuk hampir 4 bulan kerja sebagai isteri.. Oopss.. jadi isteri. Hahha. Pernah tak selama ini korang dengar mak korang, kakak korang cakap kalau gaji pertama korang beli apa? Or gaji perama nanti belilah emas, rantai ke gelang ke cincin ke.

Aku dari dulu kerja even masa kerja part-time kerja, gaji pertama aku tak tahu ke mana tuju. Selalunya untuk benda-benda yang aku nak. Contoh, dulu lepas habis SPM aku kerja cashier. Aku simpan sebab nak sambung belajar. Dapat sambung Ting. 6, aku fokus belajar. Sehingga aku hbs STPM aku kerja sambilan sebab nak pasang niat sambung UKM (menggunung harapan ok, walau hakikat mak aku tak bagi aku pergi Semenanjung). Maka gaji aku bekerja sebagai Pembanci Pertanian, setiap bulan aku simpan. DUlu bukan senang, nak harapkan adik beradik masing-masing ada tanggungjawab ketika itu. Maka aku kumpul duit gaji untuk buat beli tiket kapal terbang, belanja dan lain-lain.

Bila sambung degree di UKM, aku kerja sambilan jugak. Tupun kadang-kadang. Kerja dengan Merdeka Centre, kerja buat research untuk penyelia, fakulti macam-macaml;ah. Kiranya masa belajar, duit tak pernah tak ada. Sentiasa ada. Dan masa degree memang aku jarang minta duit pada mak aku. Berbanding kakak aku. Hukhukhuk.

Bila habis degree, aku kerja di PTPL Sarawak. Sebagai Tutor. Gaji taklah besar pun, memang xbesar. Tapi aku boleh menyimpan. Sebab, aku dah set setahun aku kerja situ aku nak sambung Master. Nak buat bayar Semester 1 sementara tunggu pinjaman PTPTN. Ada yang tanya kenapa tak mohon MyBrain? Korang, aku jenis tak suka isi borang dan tunggu punya la lama. Semua orang arif bagaimana sistem kerajaan ni. Kawan aku yang ambik Master buat permohonan MBrain dari Semester 1, tapi semester ke-3 baru dapat. Ya. Dia buat permohonan setiap semester.

Sambil belajar Master, aku dapat offer kerja sebagai GRA (Graduate Research Assistant). So everymonth aku dapat RM900. Aku takde komitmen bulan-bulan. Still masih tak menyimpan.Kelebihan aku, menyimpan bila aku nakkan sesuatu dan bila dah dapat, bulan-bulan aku aim pada baju baru, kasut baru dan lain-lain.

Sekarang bila dah kerja GMI, gaji tak lah besar tapi alhamdulillah. Banyak aku dapat beli. Hahha. Tapi gaji pertama kerja GMI aku simpan. Target?? Sebab masa tu aku nak kahwin. Sama-sama la menyimpan walau hakikat sang suami menyimpan lebih daripada aku. Tapi still, aku tetap tolong.

Jadi sekarang 2013, aku dah berazam. Aku perlu menyimpan. Target: Menyimpan untuk hari tua, keluarga dan juga mengerjakan haji. Ya, itu azam aku. Aku bermula sedikit demi sedikit sekarang. Dari mana aku bermula? Dengan membuat potongan ASB Loan Maybank. Setiap bulan aku belanja RM400 untuk shopping baju sahaja atau barang-barang yang aku minat. Macam lotion, make up, etc.

Back to ASB Loan story. Aku buat sampai RM150k. Yg ni setelah difikir masak-masak, maka aku rasa aku dalam kategori 'force saving'. Menyimpan sebab terpaksa. In terms terpaksa, sebab takut tak nampak. Ada yg cakap sama la jugak ko pergi bank anta duit instead g ASB masukkan duit. Yes, tapi ASB anytime aku boleh keluar sebab dalam otak pikir itu duit aku. Lainla aku bayar bank, sebab bayar utang.

Bulan aku kena bayar RM894. So aku kiranya aku bayar RM900 siap diasingkan untuk bayar Maybank.Mampu ke?? Jadi cara kedua adalah aku buat Personal Loan RM30k dengan interest 3.25%. Yes, aku dalam kedudukan high risk. Tapi aku ambil risiko tu sebab adakalanya kita akan menghadapi kecemasan. Duit tunai di tangan tersangatlah penting. Macam mana aku guna personal loan untuk bayar ASB Loan. Itu aku cerita kemudian.

So, end up aku dah potong gaji aku siap-siap untuk simpanan masa tua. In Sha Allah kalau masih panjang umur dan dimurahkan rezeki, simpanan masa tua sudah ada untuk 25 tahun akan datang kalau aku susun kewangan aku dengan penuh berhati-hati.

p/S: Tips utama sila [potong gaji anda siap-siap untuk tujuan simpanan sebelum dibelanjakan :)