Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 26, 2013

Projek Jahit 1 : Pola badan

Assalamualaikum dan Hi semua!

Pola adalah perkara penting yang perlu difahami oleh semua tukang jahit yang baru belajar menjahit (macam aku). So, penting untuk pandai buat pola di atas kertas sebelum memotong kain. Lainlah kalau dah otai, terus ukur atas kain pun tak pe.

Bawah ni aku sediakan jadual ukuran standard bagi ukuran badan wanita. So kalau malas nak ambik ukuran, pakai standard pun dah ok. Tapi kalau boleh, belajar lah juga mengambil ukuran di badan si penempah. Itulah fungsinya tukang jahit ye dok! :)








Tuesday, December 24, 2013

PROJEK JAHIT

Alhamdulillah.

Masih diberi kesempatan masa dan tenaga untuk menulis dalam blog ni. Mungkin sebab pelajar dah kurang, maka punya masa untuk berblogwal;king sana dan sini. Bila adh punya masa yang lengang, maka banyak blog-blog dan laman jahit jadi tumpuan. Almaklum, since dah pergi kelas emnjahit 3-4 bulan yang lalu maka menjahit je la mengisi masa lapang ku. Walaupun ada kala nya mood M datang dan pergi.

3-4 bulan yang lalu, aku ke kelas menjahit setiap hujung minggu. Hakikat sebenar, memamng dari dulu lagi aku nak menjahit baju sendiri. Tangan keras otak kosong dalam dunia jahitan, ku gagahi juga. Masa kelas belajar tu, aku ambik 3 pattern dengan bayaran RM500 dan tambahan RM80 untuk belajar buat lining baju sekali. Pattern pertama aku belajar baju kurung moden dengan kain kipas belakang. Pattern kedua aku belajar peplum dan seluar palazo. Pattern ketiga kebaya labuh dan kain kipas tepi. Siapa nak belajar menjahit di sekitar Bnagi, boleh pergi kat Seatea Creative (deretan kedai runcit Ramly Burger dan kedai Jauhari. Or you may go to their website HERE.

Lepas je kelas menjahit, terus beli mesin jahit jenama Brothers.

Lebih kurang macam nilah, tak ingat siri ke berapa

Bila dah ada mesin ni, senang. Sebab jenis portable, jadi mudah nak angkut ke sana sini. Jadi bila nak balik sarawak nanti pun senang. Setakat ni jahitan tak kemas lagi. Jadi banyaklah nak diperbetulkan. Moga lepas ni dah konfiden nak ambik upah jahit baju orang or buat baju rekaan sendiri. kih kih kih.


Tuesday, December 17, 2013

Selamat Harijadi Sayang

Selamat Harijadi Sayang.
Semoga kamu sentiasa dimurahkan rezeki (dan aku terkena tempiasnya),
Semoga kamu sentiasa bahagia (dan aku turut merasakannya),
Semoga kamu sentiasa bersifat positif, kuat dan cekal mengharungi hari-hari mendatang (dan aku teguh di sisimu).

Selamat Harijadi Sayang,
Semoga di kananmu ada aku, di kirimu jua ada aku.
Semoga di hatimu ada aku, di jiwamu juga aku.
Semoga kasihmu tak pernah luak terhadapku.
Sayangi aku seperti kamu menyayangi keluargamu.


Salam sayang dari kejauhan,
Sang Isteri.


Friday, December 13, 2013

BETUL KE BILA KITA MIMPI SESEORANG TANDANYA ORANG ITU RINDU

Assalamualaikum dan Hi.

terima kasih kerana masih menjengah blog yang suam-suam ni. Masih suam, sebab adakalanya upadate ada kalanya tidak. Kalau dah sejuk itu maknanya blog ni dah shutdown. Heh.

Ok, back to the topic. Pernah dengar tak orang kata, bila kita mimpi seseorang tu itu tandanya seseorang yang dimimpikan kita rindu pada kita? Pernah dengar tak? Itu adalah AUTA atau FAKTA?


Jawapannya adalah AUTA. Ini adalah kerana tidak ada kajian sainstifik yang mengatakan bahawa perkara ini adalah benar atau teruji. Penejlasan lanjut boleh rujuk blog ABAM PANDA and as a psyhologist, I am agreed with him.

Menarik tentang mimpi adalah, :-

  1. Dalam 5 minit lepas tidur, 50% daripada mimpi kita akan dilupakan. 95% hilang selepas 10 minit.
  2. Mimpi merupakan jalan cerita yang tidak tersusun.
  3. Orang buta pun boleh bermimpi
Now, kalau kita mimpikan Kate Perry adakah itu tandanya Kate Perry rindukan kita? Hahahhhaa.

Berangan la kau aku nak rindukan kau!Heh!



Monday, December 9, 2013

RESEPI AYAM PENYET ALA WONG SOLO

Assalamuailakium WBT,


Ayam penyet is one of my favorite food. Especially the 'sambal'. Kalayu nak resepi ayam penyet, google jer di Internet. Anda akan dapat pelbagai versi cara nak masak ayam penyet dan juga sambal. Resepi ni aku jumpa masa blogwalking di blog Serius. So, here it is and tell me if you have try it!


I love to eat ayam penyet so so much.. especially wong solo punye.. mmg terbaik.. kdg2 kalau mengidam nak makan wong solo tu.. tak kira la hujan pon sanggup redah... asalkan dpat makn.. then decided to make one at home.. banyak kali try jugak buat..so yang ni slightly the same with wong solo one... amik dari sane dari sini... tapi bab sukatan tu tak berapa nak sure la.. sbb salu masak mmg agak2 je... ok here it is...

Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik.
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau.
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau.
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau.
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng



Untuk Sambal 

Segenggam cili padi merah3 ulas bawang putihtepung jagung secukup rasa 2 sudu minyak masak

Untuk Nasi

2 pot beras rendam selama 2 jamSehelai daun pandan
Untuk Sambal Terung3 biji cili merah*segenggam ikan bilis*tomato*4 ulas bawang merah*3 ulas bawang putih*1 inci belacan*2 sudu besar cili kisarair asam jawakicapgaram dan gula secukup rasaterung panjang (belah 4, potong senget2)minyak masak 4 sudu
Untuk sambal kicapcili padi segenggam3 ulas bawang putihkicap ABC saus manis

Lain- Lain

tempe (potong kecik2), tauhu (kalau yg tebal tu, bahagi dua then potong segitiga.. so dapat 4), daun salad & timun.

Cara- cara menyediakan:-

Untuk ayam
1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini 
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Nasi
1. kukus nasi dlm loyang wat kek yg bulat tu.. kalau ade mangkuk kecik2 yg peniaga nasi kukus wat tu lagi bagus.. 
2. letak daun pandan dalam air kukusan.


Untuk Sambal
1. tumbuk bawang putih sampai lumat... lepas tu masukkan cili padi.. tumbuk jugak tapi takyah lumat sangat...
2. panaskan minyak..
3. masukkan bahan yang dah tumbuk tadi.. 
4. masukkan air tepung jagung (tepung jagung tu sikit je.tak perlu banyak sangat, nanti jadi cam gam)
5.kacau2 and angkat.. xyah buh garam

untuk Sambal terung
1. tumbuk bahan bertanda *
2. panaskan minyak
3. masukkan bahan yang dah ditumbuk.. kacau2
4. masukkan cili kisar.. masak sampai pecah minyak..
5. taruk air asam jawa, garam, gula kicap..
6. campurkan dengan terung yang dh digoreng

Untuk sambal Kicap
1. tumbuk bawang putih dan cili padi sampai lumat..
2. tuangkan kicap abc.. (jgn bnyk sgt.. nanti cair.. kicap wong solo kan pekat.. kalau tercair, tambah balik bwg putih ngn cili padi biar balance balik)

SELAMAT MENCUBA!!


Saturday, December 7, 2013

Red is Love. Love is Red



Picture Courtesy: Google image


Friday, December 6, 2013

CERITA PANJANG TAPI TAK BERJELA

Assalamualaikum WBT dan Salam Jumaat,

Maaf. Blog ini seperti sudah banyak sawang nye. Dulu kemain beli ipad sebab nak update blog selalu. Nang hado. Tambah lagi, since dah ada Instagram, maka biar gambar je lah bercerita. Ehehehe.

Oh ya. Banyak sebenar benda nak cerita, tapi selalu tak punya masa. Kadang-kadang nak hapdate tapi xberkesempatan. Semakin hari semakin cepat masa berlalu, tapi daku masih di tahap itu. Malas. Entah.

Masuk bulan Disember ni, banyak perkara yang kena rancang. Bukan setakat nak rancang aktiviti pelajar untuk tahun 2014, tapi rancang untuk keluarga kami. Walaupun masih berdua, tetap penting juga hendak merancang masa depan.

Kami, macam ni lah. Masih dengan hubungan jarak jauh. Sebulan sekali masing-masing akan menjenguk pasangan masing-masing. Entah, daku masih belum bersedia meninggalkan bumi Bangi ni. Yalah dah selesa sangat. Jangan risau sayang, kita akan tetap bersama cuma masa nya belum tiba. Eh.

10.11.12 - 10.11.13 genap usia perkahwinan setahun jagung kami. Ulangtahun pertama kami sambut di Langkawi sekali dengan ulanglahir ku yg ke 28 tahun. Selamat ulangtahun perkahwinan sayang. Maaf, tahun ini masih berdua. Insya-Allah kalau DIA tahu kita sudah bersedia, rezeki 'itu' pasti tiba. Tahun depan kita sambut di Bali ya. hahaha.



K lah. Nanti hapdet lagi :) Dadadada.




Monday, October 7, 2013

Oktober Yang Sibuk.. Eh!

Salam.

Jadual bulan 10 saya padat. Sangat padat sampai berdedat. Hahah. Takde la padat macam abg KJ. Eh. Abg ker. Jom tengok busy tak saya bulan ni. hahaha.

2.10.2013 - Program Kesedaran SYABAS 2013 (Audi GMI)
8.10.2013 - Meeting Articulation with Univ. of Liverpool (BOD meeting room)
8.10.2013 - On_Campus Recruitment by Professional Tools & Dies Sdn Bhd
9.10.2013 - Meeting ke MARA
11.10.2013 until 16.10.2013 Cuti Raya Haji di Kuching
30-31.10 2013 - GMI Career Fair 2013

Menangis nak urus semua serentak. Procrastinator extraordinary is me!!



Tuesday, October 1, 2013

SAKIT PINGGANG

Sorry.

Lama x update blog.

Ketandusan idea sebenarnya.

Plus, i'm too busy.

Minggu ni minggu sakit pinggang kat bahagian belakang. Mungkin nak period kot :(

Belum rezeki kami. 

Takpe, balik raya haji nanti cuba lagi :p

Mungkin DIA lebih tahu saat bila untuk aku bersedia bergelar seorang ibu.


Saturday, September 14, 2013

Resepi: Ayam masak kicap

Salam Jumaat!

Memandangkan masa rehat hari Jumaat panjang, jadi aku memilih untuk masak. Lagipun, adik lelaki aku balik rumah hari ni. Mesti dia kelaparan :)

Sebab dia suka makan ayam, maka kakak nya yang baik ini pun masaklah ayam masak kicap. Sebenarnya resepi ayam masak kicap ni lebih kurang je ngan ayam masak cola. Bezanya, kalau ayam masak kola xyah cmpur gula lagi dh. Sbb cola tu sendiri dah manis. 

So, ni resepi ayam masak kicap apu yang simple dan mudah.

Bahan untuk menumis:
3 ulas bawang merah,
3 ulas bawang putih,
Sebiji bawang besar
Seulas halia,
Serai (ditumbuk)
Bunga lawang, kayu manis

Semua bahan dihiris (nak tumbuk pun boleh)

Ayam (aku ambil chicken wing and peha) diperap dahulu bersama sos tiram, sos cili, dan kicap manis. Semakin lama perap semakin sedap.

Cara memasak:
1. Tumis kayu manis, dan bunga pelaga bagi naik bau. Masukkan bahan tumis kemudiannya bersama serai dan cili merah yang dihiris kecuali bawang besar.
2. Masukkan ayam yang diperap. Ayam sahaja dahulu dibiarkan sementara. Agak2 dlm 5 minit la bagi sebati.
3. Kemudian baru masukkan lebihan air perapan ayam, sos tiram sesudu, kicap manis dan air. Biarkan sampai naik bau. Aku selalu lebihkan air sbb nak bagi ayam tu serap air kemudian air kuah akan jadi kering sedikit. Baru terbaik!
4. Agak-agak dah naik bau, ayam pun dh nak masak baru masukkan bawang besar yang dihiris tadi.

Kemudian siap. Hidangkan bersama nasi putih panas dah cukup. Chow!




Thursday, September 12, 2013

PUISI #1 : TUHAN JAGAKAN DIA

Saat tangan ini tak mampu menggenggam,
Jari ini tak mampu membelai,
Mata ini tak mampu memandang,
Perasaan ini selalu tak terungkapkan.

Gusar.
Resah.
Memikul tanggungjawab dari kejauhan,
Memberat hati dan perasaan.
Benar.
Berat mata yang memandang, berat jua bahu ku yang memikul.

Aku memohon pada mu Tuhan.
Jagakan dia untuk ku.
Jagakan pintu hatinya untuk ku.
Penuhkan kasih sayang kami berdua,
Tanpa setitik pun yang kurang.
Sampai hujung nyawa.
Sampai syurga.

Ya Tuhan.
Hangatkan hari-hari nya sehangat cinta nya pada ku.
Ceriakan hari-harinya seceria cinta nya pada ku.
Kerna aku tak mampu.
Untuk menemaninya di setiap hari-harinya.

Ya Tuhan.
Jagakan dia untuk ku.
Aku mohon.
Jagakan dia untukku.


Monday, September 9, 2013

CABARAN 31 HARI : 9 DALAM 1

Assalamualaikum WBT dan Selamat Bekerja!

Cabaran 31 hari! Aku ingatkan aku dah post entri yang ke-9, rupa-rupanya hbuk pun tarak. Kih kih kih! I'm sorry, bulan September bulan aku sakit. Uhuk! Siyes. Tak pernah sakit selama ini (muntah, mual, mabuk.. cukup semua ada). Haip! Jangan buat andaian aku berbadan dua tiga empat. Badan masih seorang.

Memandangkan dah masuk hari ke-9 bulan September, bermaksud aku berhutang 9 cerita. Masih ingat checklist INI? Ada 31 cerita yang asepatut dikongsi bersama. Haip. Belum apa-apa dah berhutang cerita. Ok! Here we go!!

Day 1: My Favorite Color - RED
Day 2: My Favorite Food - ROJAK SOTONG
Day 3: What Inside My Bag - MY BLACKBERRY HP, PURSE & IPAD
Day 4: My Favourite Make Up - SILKY GIRL RED LIPSTICK, MAYBELLINE LIQUID & GEL EYELINER
Day 5: My Favourite Skincare product - OLAY SERUM, ELIANTO BB CREAM
Day 6: My Favorite Lotion - VASELINE YELLOW
Day 7: What I will be in 10 years from now - FULLTIME BLOGGER, HOUSEWIFE

to be continue....





Saturday, August 31, 2013

Cabaran 31 Hari

Assalamualaikum WBT. Hello Malaysia!

Memandangkan blog daku selalu dianak tirikan, so I decide to create this 31 day challenge. Insya-Allah, kalau xusaha takkan dapat. Sekarang ramai blogger buat cabaran 30 hari supaya blog dorang sentiasa ter-uodate setiap hari. Kenapa? Yelah, kesian blog berhabuk walau hakikat tak nampak habuk.  So I create 31 topics to share and write. The topic would be about my daily life, my sense of fashion, food etc.

So here is the topic / pics all about :-

  1. My favourite color
  2. My favourite food
  3. What inside my bag
  4. My favourite make-up
  5. My skincare products
  6. My favourite lotion
  7. What I will be in 10 years from now
  8. My check-list for 2014
  9. Jom Belajar Bahasa Sarawak
  10. My favourite hair saloon in Bangi
  11. My current hobby
  12. What we do when we meet together
  13. What if...
  14. Most expensive shoes I bought by my own money
  15. Most expensive dress I bought by my own money
  16. Most important date in my life
  17. The story of our love
  18. 15 facts about me 
  19. I cannot live without...
  20. If I have my own house, the design would be ....
  21. The reason why I didn't like 'Mee Goreng'
  22. 15 facts about Mr. Deng-deng
  23. How do I manage my stress
  24. How do I manage my weight
  25. What I hate the most
  26. Why I love IKEA
  27. Baju Pertama yang dijahit sendiri
  28. Kenapa saya suka Blackberry
  29. The best moment that I will never forget
  30. The best gift from him
  31. Why I love Mr. Deng-deng
See.. Harap perancangan cabaran 30 hari menjadi kenyataan. Doa-doakan ye :p


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-56

MERDEKA!

MERDEKA!

MERDEKA!

SEMOGA MALAYSIA TERUS AMAN DAN MAKMUR, HIDUP SEJAHTERA DALAM BERBILANG KAUM. JAUHI SIFAT DENGKI, JAUHI SIFAT PERKAUMAN.

SAY NO TO RACIST PEOPLE!




Thursday, August 22, 2013

JAMUAN RAYA GMI 2013

Assalamualaikum WBT.

Selamat Hari Raya. Eh. Dah hari ke-16 Syawal la. Sorry, belum berkesempatan nak update blog. Hari ini rasa macam nak share gambar kitorang Jamuan Hari Raya tadi. Enjoice!























Last sekali, haruslah aku yang berposing. K baiii!

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN :)


Tuesday, July 23, 2013

NIKMAT APA YANG HARUS DIDUSTAKAN

Mengeluh.
Bukan itu caranya.
Membangkang.
Bukan itu betulnya.

Mencari jawapan harus dengan akal dan fikiran,
bukan dengan hati dan perasaan.

Rezeki.
DIA yang tentukan.
Namun kita jua harus mengusahakan.
Takkan datang bergolek, takkan datang bergelek.

Mencari salah orang,
Jangan sampai lupa silap sendiri.
Mencari koyak kain orang lain,
jangan sampai terlupa jahit koyak sendiri.

Dengki. Simpan di hati bawa ke mati.
Iri. Dibiar menanah sendiri.
Kenapa ada dengki dan iri,
kalau rezeki bukan berpihak pada diri.

Nikmat yang diberi sekelip mata akan ditarik pergi.
Andai kau lupa diri.


Saturday, June 22, 2013

Almost end.

Alloha.

June almost to the end of the month. 
Means we are at middle of the year.

Time flies so fast. Really fast.
Until i didn't realize, my marriage our marriage... 7 months already.

We still stay apart. He the one who always visit his wife here while his wife always busy with her work. Glad.. Her husband is the most understanding man in the world.
Ya.. She so lucky :p

To hubby, 
Thanks for being understanding man in the world.
Not forcing me to go back immediately, to move out and ask me to leave my job.
Because you know I love my job especially them.. My lovable students.

But no worries, 
I'll find my way to be on your side.
I'll walk away.
I'll smile, hug, cry an sleep on your shoulder everyday...
Until the day is come.

And it is almost done here.

Love,
Meme.




Wednesday, April 24, 2013

GMI ANNUAL DINNER : 20 APRIL 2013

Salam & A very good morning all,

Yah, I know its too late for me to shared GMI event that has passed 4 days ago. I'm very busy handling my career fair event and in same time have to make sure our students can further their studies overseas in a same time. What a busy week (as always).

Ok, I would like to shared our "Vintage" style during that night. The food was awesome and the lucky prize was very cool. But unfortunatley I'm not lucky as all the winners. Sob Sob! 


Me and akak Ziana la Diva

But I can say I'm the luckiest cause boleh snap2 bergambar dgn akak Ziana kita.. aaarrgghh :P Menjerit kesukaan aku nok. Hahahah. Jom kita layan gambar-gambar yg ditangkap sepanjang dinner. As usual, my make up by my Cousin - Anggun Jelita. My outfit the polka dot dress only cost me RM10 beli kat pasar malam. Most important is I can make it not to look cheaper as the price asalkan pandai mix & match. My legging sllu pakai utk tidur. Hahahah. My gold shoes, is my wedding shoes. See siapa kata barang-barang lepas kahwin tak boleh diguna lagi? So Bride to be sekalian, semasa beli barang-barang hantaran atau barang perkahwinan lainnya pastiikan barang tersebut boleh diguna semula kelak. Kalu tak rugi dik nooonn.


The high heels :)








Best dress Female











Xde keje -.-














Dinner end at 12 midnight. All pictures are copyright by me. Please or backlink before you use all my pictures for any reasons. Thank you.