Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 1, 2012

Day 40 : Urusan semakin hebat

Assalamualaikum uols,

Hari ni 1 Oktober.. Lagi 3 bulan msuk penghujung tahun 2012. Lagi sebulan lebih masuk hari jadi aku yg ke 27 tahun, lepas 5 hari aku bergelar isteri orang. Insha-Allah. Moga urusan aku dipermudahkan-NYA. Walau hakikat banyak dugaan yang mendatang, namun alhamdulillah aku tetap survive hingga titisan terakhir. 

Semalam pergi Jalan Tar oh Jalan Tar Nilai 3 untuk memborong barang-barang wedding bersama Mr deng-deng dan his mother in law my mak. Borong macam tak hengat dunia. Can u imagine aku hanya berada dalam satu kedi sahaja dah makan masa selama 2 jam, sampai mak dah lenguh lutut untuk mengokori aku ke sana dan ke mari.

Antara yang dah settle:

1. Beg untuk simpan doorgift buat para tetamu
  Kos = RM 2 x 80 bungkus (1 bungkus ada 10 keping) - RM 160.00

2. Bunga telur versi gantung
   Yang ini mungkin a lil bit expensive sbb i like the design. Kos RM100 untuk 2 kotak (50 set dlm 1 kotak)

3. Doorgift untuk ahli zikir
  Kos = Rm 70 (Buy 1 free 1 : 50 set total)

4. Wallpaper for pelamin and bilik nikah
  Kos = RM 3.90 x 18m = RM70.20 (diskaun 20 sen)

5. Langsir bilik tidur
  Kos = Rm 5 x 7m - RM 35
 
6. Manik juntaian langsir
   Kos = RM 29 sepapan (ada 20 kaki)

7. Bunga untuk hantaran
   Kos bunga kecik - RM 5.90 x 5 set = RM 29.50
   Kos bunga besar - RM 7.9 x 5 set = RM 39.5
   Kos bunga hiasan mak - RM 6.9 x 6 set = RM 34.5

8. Juntaian hantaran
   Kos = RM 1.50 x 4 m = RM6

9. Cadar bilik bertandang
  Yang ni untuk bilik bertandang aku buat simple je. Hahah. Sebab mesti tak tengok bilik aku kan sebab majlis belah lelaki pun bakal adik ipar aku buat majlis pernikahan. X bley lebih k.
  Kos = RM 100 untuk dua set cadar (mak aku punya satu :p)

10. Manik veil
  Kos = RM 2.80 x 2 bungkus - RM 5.60

11. Alas pentas
Kos = RM 5 x 3 = RM 15 (Pakai selimut lembut untuk buat alas pentas..hahaha)


Belanja hangus keseluruhan - RM 694.30 (tak termasuk maklan dan minum)

P/s : Masa ni lah baru ingat nak berjimat, tp dah terlambat.. Nono oh Nono :(



Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)