Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, October 13, 2012

dAY 29 : RESEPI PULUT KUNING

Misi selepas ini :


RESEPI PULUT KUNING
by: lina pg
Bahan - Bahan:
  • 5 cawan beras pulut
  • 1 asam keping
  • 2 sk serbuk kunyit
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam dan gula
Cara - Cara:
  1. Beras dicuci bersih dan ditoskan. 
  2. Bancuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut. Masukkan asam keping.Gaul supaya beras pulut rata dengan warna kuning.Rendam semalamam
  3. Toskan beras, keluarkan asam keping (jgn kukus ngan asam keping sekali lak) 
  4. Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus (lapik dasar kukusan dgn daun pisang (tutup lubang sket-kang bolos abes beras pulut tuh)
  5. Kukus beras pulut (pastkan air pengukus sudah mendidih ya) selama ~20minit (beras separuh masak)
  6. Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula.Kacau sekejap atas api hingga naik wap.JANGAN SAMPAI MENDIDIH NANTI PECAH MYK LAK.Tujuannya untuk steril santan - supaya pulut kuning tahan lama.
  7.  Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yg besar.Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati.Buat hingga santan abes.Pasni kia akan nampak pulut nampak cam basah2 gitew.Proses ni saya panggil ARUN org lain xtau ada istilah ke tak hehehe.
  8. Biarkan sekejap (dalam 8-10min) supaya pulut sebati ngan santan
  9. Masukkan semula dalam kukusan, kukus selama 20-30min (hingga pulut kuning betul2 masak) 
Note:
Tujuan meletak asam keping supaya pulut kuning akan cantik dan berkilat

Sumber daripada TERATAK MUTIARA KASIH


Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)