Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 24, 2012

Wordless Today #9

Majlis Konvokesyen 40 UKM
Sarjana Sains Sosial (Pengurusan Komunikasi)
22 Oktober 2012 : 8.30 pagi - 12.30 tengahari










Semoga Allah S.W.T memudahkan langkah perjalanan kami semua selepas ini. Amin.


Saturday, October 13, 2012

dAY 29 : RESEPI PULUT KUNING

Misi selepas ini :


RESEPI PULUT KUNING
by: lina pg
Bahan - Bahan:
  • 5 cawan beras pulut
  • 1 asam keping
  • 2 sk serbuk kunyit
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam dan gula
Cara - Cara:
  1. Beras dicuci bersih dan ditoskan. 
  2. Bancuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut. Masukkan asam keping.Gaul supaya beras pulut rata dengan warna kuning.Rendam semalamam
  3. Toskan beras, keluarkan asam keping (jgn kukus ngan asam keping sekali lak) 
  4. Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus (lapik dasar kukusan dgn daun pisang (tutup lubang sket-kang bolos abes beras pulut tuh)
  5. Kukus beras pulut (pastkan air pengukus sudah mendidih ya) selama ~20minit (beras separuh masak)
  6. Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula.Kacau sekejap atas api hingga naik wap.JANGAN SAMPAI MENDIDIH NANTI PECAH MYK LAK.Tujuannya untuk steril santan - supaya pulut kuning tahan lama.
  7.  Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yg besar.Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati.Buat hingga santan abes.Pasni kia akan nampak pulut nampak cam basah2 gitew.Proses ni saya panggil ARUN org lain xtau ada istilah ke tak hehehe.
  8. Biarkan sekejap (dalam 8-10min) supaya pulut sebati ngan santan
  9. Masukkan semula dalam kukusan, kukus selama 20-30min (hingga pulut kuning betul2 masak) 
Note:
Tujuan meletak asam keping supaya pulut kuning akan cantik dan berkilat

Sumber daripada TERATAK MUTIARA KASIH


DAY 28 : ADDICT

Assalamualikum!


Ha, siapa suka  main games atas naik atas pelamin aku.. ahaha. Mak selalu tegur, "ko main la game tu puas-puas, kalau baju tak siap letak manik jangan cari mak. Mak tak dapat tolong."

Baiklah mak -.- (Sambil tangan beading sambil hadap Ipad).

Dan ianya hanya bertahan untuk 10 minit sahaja. Pastu sambung main lagi.

Kbai!!!


Friday, October 12, 2012

B2B 13: FINALLY

Assalamualaikum!

Masih ingat ceritera baju nikah aku di entri ini? Setelah menanti hampir 5 bulan, 5 bulan nok aku tunggu. Baru baju aku disiapkan. Aku puas hati bila Mr deng-deng puji. Siap cakap, ni bukan baju nikah lagi. Dah mcm baju sanding. Nah! Hambek kauwwww!

Hahha. Tak kesah ler baju nikah ke sanding ke aku nak asal cantik dan meletopss! Sebab aku penutup anak perempuan yg kahwin dalam family aku (walaupun aku bukan anak bongsu :)). Alhamdulillah selesai satu pekara yang penting. Cuma agak kecewa bila tailior tu tak sulamkan baju melayu seperti yg aku minta. Bolehj pula cakap ada ke aku request? Hadoii. Malas nak bunyi. Biarlah, rezeki dia.

Jom teaser baju nikah :)


Baju ni paras atas. Yang tang kain aku nak beading pearl, sebab tang kain yg tailor tu slack, tp xpe, Redha. Plan seterusnya ubah bg cantik adalah dengan bg beading. Kalau pas beading x cantik, pakai baju kurung la jawabnya. Hukhukhuk.

Ok. Selesai baju nikah. Ini cerita baju sanding.  Sepatutnya sabtu lepas aku g fitting baju sanding, rupanya vendor tu x bawa pun. Cuma aku di bawa ke Bright Sail City One tu untuk pilih kerusi sanding. Kelas kau. AKu pilih ok.. Tunggu entri sanding baru aku reveal kerusi pilihan aku. Hahhaa. Plus cerita vendor perkahwinan yang nahar#@*&^%%$##.

Tapi aku hanya akan fitting baju bila aku balik sekejap untuk raya haji nanti. Harap ada baju yg aku berkenan. Sebab seriously aku memang CEREWET bab pakai baju. Tunggu dan lihat sajalah.

Doakan semua baik2 :)


Thursday, October 11, 2012

30 days to go


Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)


Wednesday, October 10, 2012

OFFICIALLY INVITATION : SAVE THE DATE

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrohim, saya dan tunang tersayang dengan rasa rendah dirinya menjemput anda sekalian untuk hadir ke majlis pernikahan dan persandingan kami pada :


Bertempat di:

Lot 8B Kampung Pengkalan Lutong,
98100 Miri, Sarawak.


Again....... Remember our beautiful date and see you there :)




Tuesday, October 9, 2012

STOP ASKING ME WITH BULLSHIT QUESTION

Annoying..

Normally annoying question will get annoying answer from me. Titik. Kalau rasa sakit hati bila dengar jawapan annoying aku, jangan tanya annoying questions.

What kind of annoying questions? I think all of us will face such this kind of questions (or you the one who ask that kind of questions? =.0

(Please take note this post x ditujukan kepada sesapa, tapi kalau ko antara org yg menanyakan soalan-soalan bodoh ni sila perbaiki diri kalau ko yg terbaca).

Masuk-masuk rumah, baru balik ke? (Sah-sah buka pintu masuk rumah, memang la baru balik. Takkan nak keluar balik).

Mandi. Keluar 10 minit kemudian. Sekejap nya ko mandi? (hai, ko ingat aku macam ko mandi berjam-jam lamanya sampai bil air melambung aku tak kecoh pun?)
Tengah jahit manik ke? (Tak, manik ni memang dah siap ada kat baju ni. Adooii, aku pegang jarum tengah menjahit sah-sah la jahit manik. Takkan memasak)

Itu di rumah. Kalau di luar.

Eh, baju ko sama la ngan baju dia. Serius ke? Toleh, baju kaler lain. Hadooi. Kawan, kalau aku anak tauke balak, sah2 aku upah designer untuk jahit dan reka baju eksklusif untuk aku. Dah aku rakyat marhaen, memang la baju aku (dan baju ko jugak!) takkan ada satu je dunia. Artis pon paki baju sama nok, events jew laen-laen.

Dan aku percaya korang jugak akan senantiasa berdepan dengan soalan-soalan maut yang ditanya. Sakit jiwa ok, memang la kalau dilihat perkara kecik. Atau sometimes, sebab takde benda nak tanya maka soalan bodoh ditanya. Aku lebih suka diam dari tanya yg bodoh-bodoh mcm tu.

Itu bukan bermakna aku tak suka org bnyk tanya, aku lagi suka. itupun Kalau soalan yg ditanya itu logik dan  masuk akal. Aku pasti korang pun tak suka kan?

Done!



Monday, October 8, 2012

NAMA BAYI :p

Assalamualaikum..kikiki...

Kita lari sekejap dari embuat persiapan hal2 kawen ni. Sebab.. stresssssss!! Moh citer bab anak pulak.. (buat muka gatal ^____________________________^)

Saya pencinta bbudak-budak! Suma orang tahu. Tak caya?? Tanya jiran sebelah. Sampai cakap anak sedara aku pon anak aku. Sampai cakap anak-anak sedara aku suma ikut muka aku... erkkkk... ahahaa. Marah kang mak-mak budak nanti.. Heheh. Tapi itu lah aku. Kalau balik kampung, tak sah aku keluar sorang-sorang kalau tak bawa anak sedara. Belanja makan rojak, aiskrim adalah satu kewajipan.

Kak Dot yg suka bergaya




Kejora umpama anak Korea :)

Piya versi Iwan

Ini baru sikit.. ada ramai lagi anak sedara ku
Ini yg buat aku sangat-sangat tak sabar nak ada anak sediri... Sabar nono, sikit lagi. Sikit lagi..Hehehe. Jalan-jalan blog, ada share pasal nama anak. Kami berdua rancang kalau dapat anak, biarlah bermula daripada huruf Z. Biar ikut nama Bapa. Jadi nak cari anting-anting ke , rantai ke senang. Hahaha. Contoh:

Bayi Perempuan:

Zarifah - Indah/comel
Zaiyan - Manisan madu
Zahirah - Kenyataan
Zainun - Perhiasan

Bayi Lelaki:

Zaalan - Rajin, Giat
Zabdan - Pemberian
Zaki - Cerdik 
Zakir - Yang mengenang, Yang berzikir
Zakaria - Nama nabi
Zainuddin - Hiasan agama
Zahid - Yang suci
Zahidi - Yang menjauhkan diri dari kemewahan
Zaidi - Pertambahanku, Kelebihanku
Zamri - Kecantikkanku
Zaim - Pemimpin
Zarif - Periang, Berjenaka
Zarqani - Nisbah
Zulhilmi - Yang mempunyai kesabaran & kesopanan
Zulfaqqar - Yang Gagah
Zulqarnain - Nama Nabi
Zulkifli - Nama Nabi
Zubir - Nama Sahabat

Nanti tinggal Mix and Match jew.. Chewah :P 

So, korang plak?? Hehehe..



WEDDING CHECKLIST : PART III


Good morning uols! Hapdet terkini untuk wedding checklist saya :)

Actually I dah decide nak hapdet checklist setiap 2 minggu sekali memandangkan saya sekarang sudah berada di tahap getir. Sebelum tu, sapa nak wedding checklist keseluruhan boleh klik kat SINI, sementara kalau nak yg hapdet barangan tunang ada kat SINI.

Checklist ini pula untuk keseluruhan perjalanan menjelang 2 bulan terakhir. Kalau ikutkan by keseluruhan actually banyak yg tergendala. Tapi no worries (walau dlm hati worries sampai buat jerawat aku tumbuh berketul..grrrr). Aku ambik checklist daripada B2B kahwinbetulbetul.


Wedding Checklist by Items

*Done will be crosschecked

Legal Documents

  • Kursus Kahwin  (done)
  • Borang kebenaran nikah (dah ambik tapi belum hantar -.-)
  • Test HIV  (appoutment on 3rd Oct : call Pej Agama Miri kata tak wajib. Yeayy!))
  • Jurunikah   (done booked- 10.11.12 @9am)

Hantaran Dia Kepada Saya
  • Heels & Handbag Charles & Keith   (done)
  • Sejadah & Telekung
  • Ipad 3 (done)
  • Tepak Sirih
  • Set wangian (done:)
  • Set barang kecantikan Mary Kay
  • Cincin beserta mas kahwin (done: Kecuali mas kahwin perlu digubah)
  • Kain sulam bukit tinggi (done:)
  • Kain songket Palembang (done: sponsored by Ibu Anna)

Hantaran Saya Kepada Dia

  • Kek pulut kuning
  • Set wangian (done:)
  • Buku perkahwinan
  • Galaxy Note/Galaxy Tab
  • Kemeja & seluar + tali leher (done)
  • Kasut (done)
  • sepersalinan baju Melayu (done)
  • Coklat (done: ganti ngan macaroons)
  • set penjagaan kulit
  • Cincin (done)
  • Surprise :)

Hantaran Decoration
  • Dulang (done)
  • Alas dulang (done)
  • Bunga Dulang (done:)
  • Reben
  • Manik berjuntai (done:)

Outfit 
  • Baju nikah (separa done: beading bermula :))
  • Tudung nikah (done:)
  • Veil nikah (xjd veil, pakai tudung jew)
  • Kasut nikah 
  • Baju resepsi
  • Baju berlulut
  • Kasut resepsi
  • Baju bertandang
  • Tudung Bertandang
  • Veil bertandang
  • Aksesori bertandang

Pelamin
  • Nikah (Paper lantern/Paper Crepe)
  • Bantal nikah (kain untuk bantal nikah lelaki)
  • Aksesori bertandang
  • Pelamin resepsi
  • Bunga telur & Bunga Mangga

MUA
  • Nikah (Norish Collection) 
  • Berlulut (Norish Collection)
  • Resepsi (Cuzzy Ku sayang)
  • Bertandang
Official Photographer (OP)
  • Random Photographer :) (Tugas khas : Syukri & Arip)
Official Videographer (OV)
  • Nikah & Resepsi (Whiteroom Studio : Beloved Cuzzy)
  • Bertandang
Hand Bouquet
  • Nikah (done: pick up point Seri Kembangan : Nana)
  • Sanding (double check with Norish Collection)
  • Bertandang
Catering
  • Nikah & Resepsi (pass to mom)
  • Bertandang 

Doorgift
  • Doorgift nikah 10.11.12  (200 set) (cancelled due to budgets)
  • Doorgift sanding 11.11.12  (500 set) (done)
  • Thank you sticker (1000 set) (cancelled : unnecessary)
  • Bakul doorgift (Recycle bakul merisik)
  • Doorgift kanak-kanak (gula-gula) (200 set)
  • Kumpulan zikir (30 set) (done: 50 sets)
Lain-Lain
  • Sanding (pengapit lelaki: Kwn deng-deng/ Pengapit perempuan : Dedek)
  • Bertandang (Pengapit lelaki / Pengapit perempuan)
  • Pemberi doorgift (5 orang)
  • Pengacara majlis
  • Pembaca Doa
  • Pengubah hantaran (perempuan: Suzie / Lelaki : Mak & Adik Deng2)
  • Flower girls
  • Guest list
  • Guestbook
  • Letak di Facebook (10.10.12)
  • Bunting
  • Setem
  • Tiket flight balik
  • Pelamin resepsi
  • Bunga telur & Bunga Mangga

Honeymoon
  • Tiket 
  • Date
  • Apply cuti
  • Itinerary
  • Transport
  • Duit poket

Keperluan Lain
  • Penunjuk Arah Jalan  (will using bunting)
  • Bunga manggar / Payung
  • Kompang
  • Silat
  • Inai
  • Tag pembantu / Family  (Badges done : Deposit done)
  • Flowergirl punya bunga tangan
  • Text pengacara majlis
  • Personal Assistant Masa kelam kabut
Bilik Tidur
  • Set katil  (done)
  • Langsir
  • Cadar
  • Karpet bilik
  • Pewangi bilik
  • Lantern (coffee filter)
  • Hiasan bunga
  • Photoframe
  • Itinerary
  • Transport
  • Duit poket



Wednesday, October 3, 2012

Wordless Today 8




Monday, October 1, 2012

Day 40 : Urusan semakin hebat

Assalamualaikum uols,

Hari ni 1 Oktober.. Lagi 3 bulan msuk penghujung tahun 2012. Lagi sebulan lebih masuk hari jadi aku yg ke 27 tahun, lepas 5 hari aku bergelar isteri orang. Insha-Allah. Moga urusan aku dipermudahkan-NYA. Walau hakikat banyak dugaan yang mendatang, namun alhamdulillah aku tetap survive hingga titisan terakhir. 

Semalam pergi Jalan Tar oh Jalan Tar Nilai 3 untuk memborong barang-barang wedding bersama Mr deng-deng dan his mother in law my mak. Borong macam tak hengat dunia. Can u imagine aku hanya berada dalam satu kedi sahaja dah makan masa selama 2 jam, sampai mak dah lenguh lutut untuk mengokori aku ke sana dan ke mari.

Antara yang dah settle:

1. Beg untuk simpan doorgift buat para tetamu
  Kos = RM 2 x 80 bungkus (1 bungkus ada 10 keping) - RM 160.00

2. Bunga telur versi gantung
   Yang ini mungkin a lil bit expensive sbb i like the design. Kos RM100 untuk 2 kotak (50 set dlm 1 kotak)

3. Doorgift untuk ahli zikir
  Kos = Rm 70 (Buy 1 free 1 : 50 set total)

4. Wallpaper for pelamin and bilik nikah
  Kos = RM 3.90 x 18m = RM70.20 (diskaun 20 sen)

5. Langsir bilik tidur
  Kos = Rm 5 x 7m - RM 35
 
6. Manik juntaian langsir
   Kos = RM 29 sepapan (ada 20 kaki)

7. Bunga untuk hantaran
   Kos bunga kecik - RM 5.90 x 5 set = RM 29.50
   Kos bunga besar - RM 7.9 x 5 set = RM 39.5
   Kos bunga hiasan mak - RM 6.9 x 6 set = RM 34.5

8. Juntaian hantaran
   Kos = RM 1.50 x 4 m = RM6

9. Cadar bilik bertandang
  Yang ni untuk bilik bertandang aku buat simple je. Hahah. Sebab mesti tak tengok bilik aku kan sebab majlis belah lelaki pun bakal adik ipar aku buat majlis pernikahan. X bley lebih k.
  Kos = RM 100 untuk dua set cadar (mak aku punya satu :p)

10. Manik veil
  Kos = RM 2.80 x 2 bungkus - RM 5.60

11. Alas pentas
Kos = RM 5 x 3 = RM 15 (Pakai selimut lembut untuk buat alas pentas..hahaha)


Belanja hangus keseluruhan - RM 694.30 (tak termasuk maklan dan minum)

P/s : Masa ni lah baru ingat nak berjimat, tp dah terlambat.. Nono oh Nono :(