Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 26, 2012

B2B 12 : CERITA BAJU NIKAH

Percaya tak?

Baju nikah aku dihantar seawal bulan Feb hari tu. Hantar kat Kak Wan di Hentian Kajang.

Percaya tak? Kali pertama aku datang untuk periksa kain aku adalah sebulan sebelum raya, iaitu bulan Julai haritu. Malangnya, design yg aku mahu seperti di bawah tidak seperti yang aku inginkan.


Percaya tak? Tailor tu kata aku punya kain tak cukup bidang. Kain yang aku beli 10m tuh, percaya tak dia boleh cakap tak cukup. Lagi korang boleh percaya aku balik rumah dan terus mengadu sambil teresak-esak tersedu-sedu (T_______T). Kerana design yg dia buat pada kain aku meluluh jantungku...

Percaya tak?

Aku suruh dia alter semula sehingga hujung bulan sembilan bersama baju Melayu lelaki (Baju Melayu tu aku hantar sekali masa awal Feb). Bila tiba minggu lepas, Kak Wan call...

'' Yati, baju x siap lagi. Kak Wan demam"

"Takpe lah Kak Wan, saya akan datang minggu depan"

Dalam hati aku sumpah seranah. Bayangkan berapa lama masa yg dia perlukan untuk potong dan jahit baju aku. Adakah masih tidak mencukupi?

Percaya tak, bahawa aku masih mampu bersabar dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang aku lalui. Dan kisah ini baru hanya kisah tukang jahit. Belum masuk kisah tukang vendor pelamin dan baju persandinganku, kisah design badges ku dan kisah-kisah yang bakal mendatang.

Seharusnya aku percaya, ini dugaan dari NYA untuk kami berdua.

Related Article:

3 intelligent commentors:

-✿Ayu✿- said...

huhuhu...sbr ye kak... dugaan bakal pengantin... insyaAllah... everything will be okay... dun worry...:)

ciksusu said...

sabar tau..kte pon ade masalah dgn baju nikah --"

Norhayati Basri said...

Ayu: Terima kasih.. nak mendirikan masjid ni sungguh banyak bebeno dugaan.

Cik sus: Yeke.. Awak nikah bila?

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)