Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 13, 2012

JALAN TAR OH JALAN TAR


Halloo!!

Lagi 6 hari kita bakal menyambut Syawal dan meninggalkan Ramdhan. Terasa sungguh cepat berlalu sampaikan masa untuk berblogging takde masa. Cuti Sabtu dan Ahad ku gunakan sepenuhnya untuk menerjah Jalan TAR dan juga Kenanga Wholesale City. Alhamdulillah syukur ku panjat kepada-NYA kerana jalan ku dipermudahkan oleh-NYA.

Kenapa aku ckp macam tu? Sebab hari Sabtu aku tak melalui jem yang teruk, sampai-sampai pula terus dapat parking kat Dataran Merdeka. Which is near dengan Masjid Jamek. Merempuh lautan manusia hanya pada waktu malam, cuaca tidaklah hangat sampai membasah baju. Mungkin niat membeli barang bukan untuk diri senidri tapi untuk emak dan satu-satunya adik lelaki aku.

Tak sempat nak snap photo suasana meriahnya Jalan TAR yg dikatakan syurga membeli belah bila tiba musim perayaan. Macam-macam barang korang boleh dapat kat sini. Kena pandai tawar menawar. Kena pandai cari peniaga, kena pandai survey barang. Segala-galanya la. Jangan sampai kena ambil kesempatan pula ye.

Pilihan baju raya tahun ni bertemakan jubah. Kalau ikutkan aku ada satu je jubah (ikut cutting aku selalu panggil dress je). This year ada dua jubah, satu aku tempah dan satu aku beli kat KAMDAR which is at reasonable price la. Sinngah First Lady Jalan TAR sangat best dengan bermacam-macam pilihan jubah yang ada. Ada masa aku upload gambar eak.

3 jubah hitam aku belikan untuk mak, untuk bakal mentua dan bakal adik ipar. :) Ini kira gaji pertama aku belanja selepas kerja di GMI (walaupun gaji untyuk bulan kedua sebab gaji pertama macam tak cukup pula untuk dibelanja). Walau apa pun, buat korang semua berbelanja lah penuh berkhemah. Gaji masuk awal bulan ni, so beringat lah ye :)




Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)