Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 29, 2012

Semakin hari semakin berhabuk

Assalamualaikum w.b.t,

Semakin hari semakin berhabuk sebab semakin hari semakin sibuk. Alahai. Aku dari dulu sampai sekarang mengalahkan menteri (cukup 44 kali aku sebut insya- Allah aku jd menteri. Heh!). Dengan kerja sebagai kaunselor sekarang, kalau tak melayan panggilan client dN company, kena buat kerja remeh mcm report dN bagai. Tp memang x elok mengeluh sbb di saat org lain tgh mencari kerja, aku mengeluh pasal kerja. Haip! Memang x elok.

Alhamdulillah. Itu yg harus kunucapkan. Baiklah, berbalik pada tajuk entri. Masa mmg sgt terhad. Perjalanan menguruskan hal kahwin sentiasa byk halangan. Bbyk perkara masih  terbantut. Yes... Super duper banyak.

Kad kahwin satu hal, fitting baju sanding satu hal. Nak hantar borang kahwin satu hal. Banyak sgt halangan emmm cobaan. Ya, kini stress itu semakin memuncak. Tp aku tahu mana-mana bride to be akan mengalami hal yg sama kan. Cuma aku harap aku berjaya menempuh hari-hari bahagia ku kelak dengan jayanya. Amin.

Tatkala blog2 lain di penuho dengan gambarr raya, aku xde masa nk ikut jejak yg sama. Bnyk sebenarnya. Cuma syg guna ipad ni x leh nk upload gambar secara terus melainkan ko JB dulu ipad ko. Buat ms ni mungkin belum lagi kot nk jb sbb x nmpk ke arah itu. App utk doc to go pun dh ada.

Nanti aku update apa yg best nya guna ipad k :)


Bubye!


Tuesday, August 14, 2012

COUNTDOWN BALIK KAMPUNG 2012


OHSem!!!!

Today is the day!! Masanya telah tiba, menyambut hari raya.. eh pulang ke kampung tercinta ^_________^. I'm so excited ok. Harap-harap perjalanan aku pada hari ini dipermudahkan oleh-NYA. My flight pukul 8 malam,. so after office hour dah boleh gerak. My lovely friend Nono (nama sama dgn aku, so dont get confused) telah baik hati untuk hantar aku pulang. Love u beb!!!

So, bila dah sampai di Miri, automaticnya blog aku ni x terusiklah ye. Kalau ada kesempatan, Insya-Allah aku update :) Maka di kesempatan ini aku nk ucap kat korang dan korang dan korang.... Selamat Menyambut Hari Raya Maaf Zahir Batin :)




Monday, August 13, 2012

JALAN TAR OH JALAN TAR


Halloo!!

Lagi 6 hari kita bakal menyambut Syawal dan meninggalkan Ramdhan. Terasa sungguh cepat berlalu sampaikan masa untuk berblogging takde masa. Cuti Sabtu dan Ahad ku gunakan sepenuhnya untuk menerjah Jalan TAR dan juga Kenanga Wholesale City. Alhamdulillah syukur ku panjat kepada-NYA kerana jalan ku dipermudahkan oleh-NYA.

Kenapa aku ckp macam tu? Sebab hari Sabtu aku tak melalui jem yang teruk, sampai-sampai pula terus dapat parking kat Dataran Merdeka. Which is near dengan Masjid Jamek. Merempuh lautan manusia hanya pada waktu malam, cuaca tidaklah hangat sampai membasah baju. Mungkin niat membeli barang bukan untuk diri senidri tapi untuk emak dan satu-satunya adik lelaki aku.

Tak sempat nak snap photo suasana meriahnya Jalan TAR yg dikatakan syurga membeli belah bila tiba musim perayaan. Macam-macam barang korang boleh dapat kat sini. Kena pandai tawar menawar. Kena pandai cari peniaga, kena pandai survey barang. Segala-galanya la. Jangan sampai kena ambil kesempatan pula ye.

Pilihan baju raya tahun ni bertemakan jubah. Kalau ikutkan aku ada satu je jubah (ikut cutting aku selalu panggil dress je). This year ada dua jubah, satu aku tempah dan satu aku beli kat KAMDAR which is at reasonable price la. Sinngah First Lady Jalan TAR sangat best dengan bermacam-macam pilihan jubah yang ada. Ada masa aku upload gambar eak.

3 jubah hitam aku belikan untuk mak, untuk bakal mentua dan bakal adik ipar. :) Ini kira gaji pertama aku belanja selepas kerja di GMI (walaupun gaji untyuk bulan kedua sebab gaji pertama macam tak cukup pula untuk dibelanja). Walau apa pun, buat korang semua berbelanja lah penuh berkhemah. Gaji masuk awal bulan ni, so beringat lah ye :)




Thursday, August 9, 2012

Lagi 5 hari


Hep.. Hep.. Bukan lagi 5 hari nak raya. Lagi 5 hari aku nak balik Sarawak. Ketidaksabaran ini semakin menyerlah bila time nak berbuka dan menunggu sisa hari seterusnya. Chewah. Rindu dengan bilik aku, rindu dengan makanan hebat di tempat aku. Paling penting rindu di kelilingi anak-anak sedara ku yg semuanya sedang meningkat gadis.. Hahaha.. Gadis you :)

Insya-Allah lagi 9 hari nak raya (salah salah). Lagi 9 hari Ramdhan meninggalkan kita. Sepatutnya dalam rasa gembira menjelang raya harus sedih Ramadhan meninggalkan kita. Masih banyak lompang amalan yg pasti bukan sekadar raya    tidak terkejar. Bertadarus jauh sekali. Manusia seperti diriku ini memang mudah alpa.

Moga saki baki Ramadhan yang tertinggal terisi dengan segala amalan ku kepada-Nya.