Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 31, 2012

Oh Ayah Oh Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tetiba terasa ingin berkongsi sebuah cerita anak muda yang datang ke bilik ku pagi tadi meluahkan perasaan cinta sedih nya. Pagi-pagi datang ke bilik ku dengan wajah yang sugul sambil mengurut-ngurut dada seolah-olah apa yang disimpannya sangat berat untuk diluahkan tetapi sudah tidak tertanggung lagi untuk disimpan.

"Saya rasa nak menangis" ujar anak muda itu. "Menangislah kalau awak rasa itu boleh melegakan". Tidak semena-mena dia mengalirkan airmata jantannya dengan deras. Tersedu-sedan mengesat airmata, dah sudah. Aku tercari-cari tisu, baru teringat selam ini aku hanya punya tisu buang minyak di muka. Aduss, takkan nak ku beri padanya. Lalu ku biarkan airmata nya mengalir. Takkan pula aku nak kesat. Dah melanggar etika sebagai kaunselor pulak. Yalah, kalau budak perempuan tak apa, ini lelaki.

"Kenapa ni?"

"Saya tak tahu macam mana nak cakap. Saya rasa nak berhenti." Lalu satu persatu masalah nya diceritakan. Dari riak wajah nya ku tahu dia menanggung perasaan yang berat, amat berat. Ini kes kedua yang aku handle di mana pelajar tak minat dengan jurusan yang diambil sebaliknya atas desakan keluarga. Dalam erti kata lain, paksaan keluarga. Begitu juga yang dihadapi oleh anak muda ini. Minat nya kepada bidang Chemical, tetapi yang diambil nya bidang Elektronik. Memang jauh tersasar dari apa yang dipelajari. Ya, memang ramai lagi pelajar mengalami perkara yang sama. Jadi, apa menariknya kisah budak ini?

Anak tunggal dalam keluarga melatakkan dia dalam situasi yang sangat tertekan. Jika dapat ayah yang garang, dapat ibu pula yang mendengar kata ayah pada siapa anak muda ini ingin berkongsi cerita? "Ayah saya garang Miss. Sangat garang. Bila dia dapat tahu saya kena ulang lagi semester ni, dia maki hamun saya. Dalam kelas tadi ayah telefon marah saya, saya rasa sangat down."

"Saya sengaja main-main sepanjang saya belajar kat sini bagi menunjukkan saya tak minat dengan apa  yang saya ambil ni. Saya dah usaha Miss, tapi memnag tak boleh. Abah tak faham." Menangis lagi dan menangis lagi. Kesian, dia budak pintar. Antara pelajar cemerlang di MRSM. Tapi di peringkat ini dia masih mengalami konflik.

Apa yang aku perlu lakukan? "Carilah keberkatan abah dan ibu awak, cuba bawa berbincang. Kalau awak main-main lagi semester ni, awak yang rugi. Awak juga memalukan keluarga awak. Saya pasti awak sendiri taknak memusnahkan masa depan awak kan?" Dia menganggukkan, namun dia masih sedih kenapa dia dapat ibu bapa yang tidak memahaminya.

Ini jawapan yang ku terima bila ku tanya "Mqak bapa awak sayang awak, sebab itu mereka mengaturkan hidup awak. Awak tak sayang mereka ke?" "Miss, sepanjang umur saya 19 tahun, hidup saya banyak dihabiskan di asrama je. Saya di sini pun duduk asrama. Sampai saya tak rasa pun kasih sayang mak bapa saya pada saya. Mereka MENGATUR SEGALA-GALANYA UNTUK SAYA TAPI TAK TANYA APA YANG SAYA NAK DALAM HIDUP SAYA"

Oh ayah oh ibu,
Dengarlah rintihan dan luahan anakmu,
Yang dahaga kasih...

Kepada ibu bapa di luar sana, cuba selami hati anak anda yang sedang meningkat dewasa. Kasihanilah mereka, anak muda sekarang bukan seperti anak muda zaman dulu yang segala-galanya boleh ditentukan ibu bapa. Mereka terdedah dengan pelbagai unsur-unsur luar yang banyak mempengaruhi diri mereka. Mereka lebih dekat dengan kawan berbanding ibu bapa. Kalau pemerintahan diktator digunakan oleh ketua keluarga, nescaya akan sampai satu tahap anak muda akan memberontak. Itulah yang kita lihat bila sampai anak sanggup pukul bapa mereka, pukul mak, gaduh di sekolah kerana semuanya bermula dari institusi keluarga.

Maaf, anak muda juga jangan sambil lewa. Jangan ikut kata hati tetapi bawalah berbincang. Orang tua kadang-kadang tiodak faham apa yang kamu perlukan. segarang-garang mana ayah dan ibu kamu, di lubuk hati mereka tetap lembut dan inginkan yang terbaik buat kamu.

Pikir-pikirkanlah.





Friday, July 27, 2012

B2B 8: PELAMIN ENGKAU MACAM MANA??

Yet.. pelamin sanding dah di serahkan kepada vendor. Pelamin nikah yg aku kena fikir. Simple, tema vintage. Tak sarat, old school :) 

Macam ne ok.. tp sarat nau..

dis one vintage blue. simple jer.

yg ni nampak mcm sempit tp lawa. semua DIY

Yang ni lagi old school kan.. props yg simple.

Lantern.. dis one was in my plan.

tapi yg lebih diminati ialah...
....
.....
.......
.........
.............
..................
.........................
.........................................
........................
....................
...............
.........
....
..
.

yg bawah ni :)

lagi cantik :)

Bolehkah daku DIY pelaminku nanti?? wink! wink!!


Wednesday, July 25, 2012

B2B 7: 3 BULAN TERAKHIR

Assalamualaikum W.B.T. & Salam sejahtera,

Masih ingat dengan entri Wedding Checklist dulu? Kali ini nak check list bg 3 bulan yg terakhir pula. Even tak nak ikut secara teratur namun sekurang-kurangnya benda yg penting tak tertinggal. Masa untuk aku gelabah sudah bermula =.=

Tiga Bulan Sebelum perkahwinan:

For both bride & groom

  • memilih dan mencetak kad jemputan kahwin (due date : 1st August 2012)
  • Pengesahan tempahan meja dan kerusi, menu dan katerer (to be done bila balik raya : 15th August 2012)
  • Buat check up kesihatan di klinik atau hospital (to be done after raya before balik Bangi : 24th August 2012)
  • Buat intensif muka, badan dan rambut (to be done before balik raya)

For groom
  • maklumkan kepada sedara-mara akan majlis pernikahan (done)
  • mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran) yg akan turut serta bagi rombongan pihak lelaki (done)
For both bride 
  • kenalpasti dua orang saksi  serta wali untuk majlis pernikahan anda (to be done masa balik raya)



Orite, dats all for checklist 3 month. Balik raya kena settle :)


Friday, July 20, 2012

5 TIPS BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Salam Ramadhan :)

Bermula esok kita dah mula berpuasa menahan segala lapar Dan dahaga. Menahan segala nagfsu. Namun, jangan lupa tips untuk minum air di bulan puasa..hep3..jangan minum waktu berpuasa pula. Meh aku share tips untuk memastikan badan kita mempunyai kandungan air yg mencukupi:

1. Minum 2 gelas air di waktu sahur
2, Minum 2 gelas air selepas berbuka
3. Makan semangkuk sup selepas berbuka
4. Minum 2 gelas air selepas solat Sunat teraweeh
5. Minum 2 gelas air sblm tidur


Mudahkan? Jon kita amalkan.


Wednesday, July 11, 2012

B2B 5: PERSALINAN KELUARGA BAKAL MENTUA

OLIVE GREEN :)


Monday, July 9, 2012

B2B 4: INSPIRED HANDBOUQUET

Assalamualaiku W.B.T & Good Morning!

Hehehe. Entry scheduled today. Yesterday (Which is today Sunday) for all day long tengok blog B2B. Bila dah godek sana godek sini, rupanya banyak lagi persiapan perlu buat. Maka bila banyak persiapan kena buat, mulalah merancang satu persatu. Itu sudah pasti. (Walau hakikat insan last minute seperti aku takkan buat itu semua secara ikut plan).

Perkara paling best ialah aku dah tempah handbouquet for my nikah day. Ehem-ehem :) Daku suka hasil kerjanya, nak letak link blog dye tak hengat pulak. Tapi boleh terjah hasil kerja beliau kat FB nya di sini : nanakodesign.com




So what do you think? :)


Saturday, July 7, 2012

B2B 3: RUPANYA TINGGAL 4 BULAN 3 HARI


Sadis... 4 bulan 3 hari lagi menuju our big day. Banyak lagi yang tak prepare. Oh Gosh! Semalam pergi tengok baju nikah! Lepas balik dari tengok baju, balik rumah mengadu dengan Mr Deng-deng. So uols can imagine how's my feeling.. But ya, I must always think positive. Sebab itu sentiasa ada Plan A and B. But right now, Plan A utk mengada-ngada pakai baju inspire tetap diteruskan sehingga tailor perbetulkan...Taknak la upload di sini sebab nanti tak surprise.. Huhu! 4 bulan.. tup-tup akan jadi 4 hari..

So far yg dah settle:

Tempahan Pakej Pelamin
- Baju Sanding Lelaki & Perempuan (2 pasang)
- Baju berlulut (2 pasang)
- Hias Kereta
- Gerbang / Arch
- Mekap (2x)
Pelamin
- Plus Free mekap nikah and  Gift from the Boutique

Cost: Rm3500 (deposit: RM 500)


Barang-barang Hantaran:
(i) Perempuan (Anggaran 7 dulang)
- Heel and Bag
- Kain sulam Bukit Tinggi
- Kain songket Palembang

(ii) Lelaki (anggaran 9 dulang)
- Nothing been prepared!!!! T_______T


Can uols imagine my preparation. Tak sampai 30%... Sila BUNYIKAN SMBOYAN ANDA!!!!#KBaiiiii....