Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 9, 2012

Jangan Menipu Dengan Penipu




Dulu, masa zaman kegemilangan (masa ramai budak lelaki tgh suka *perasan kejap*) dah couple pon cakap tak couple. Dah ada girlfriend, kata takde grlfriend. Yg ada boyfriend cakap xde boyfriend. Temasuklah aku. Bagi memastikan pembohongan tak diketahui oleh Sang Boyfriend, maka si penipu sanggup pakai dua nombor *2 henpon* jugak bagi memastikan pembohongan tidak pecah. Dan aku percaya, ramai lagi yang buat lebih canggih daripada aku... ^_____^

Kata pergi discussion, tapi pergi dating dengan skandal. Kata pergi bercuti ddengan kawan, tapi bercuti dengan skandal. Dan sampai satu tahap, tembelang kau pecah. Hambek!! Langit runtuh kau redah, banjir kilat kau tak kesah semata-matademi memujuk hati sang kekasih yang sedang lara.

Bukan setakat pasangan bercinta menipu antara satu sama lain, begitu juga pasangan yang berkahwin. Tetap tak lari daripada perkara yang sama. Kenapa? Kerna masih ada yang kurang dalam hubungan. Apa? Tepuk dada tanyalah selera. Kurangkah perhatian? Kurangkah kepercayaan? Kurangkah rasa cinta?

Orang kata, kebenaran takkan dapat diselindung. Bezanya lambat atau cepat untuk terdedah atau didedahkan. Lebih-lebih kalau orang yang kau cuba tipu tua, sebenarnya lebih pakar menipu berbanding kau. Hakikatnya, cuma dah lama tak menipu :)


Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)