Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 6, 2012

IMAN TAK DAPAT DIWARISI

Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa. 
Iman tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai.

Masih ingat ngan lagu ni? Lagu nyanyian RAIHAN. Aku tak ingat apa tajuk dia tapi siyes aku suka sejak dari kecik lagi. Kalau xsilap masa darjah 6 fenomena RAIHAN melanda dengan lagu-lagu nasyid yang tip-top. Apa kaitan dengan entry kali ni?

Ntah. Kadang-kadang orang selalu mempertikaikan emak bertudung, anak free hair. Emak bapa dah haji, anak tikar sembahyang tak jejak lagi. Wahai manusia, iman tak dapat diwarisi. Ia bukan macam Perlembagaan Malaysia, yang mana MELAYU adalah ISLAM. Sedang hakikat di negara yang ada keturunan melayu adalah tidak wajib ISLAM, malah ada yang BUKAN ISLAM. Tapi maaf, bukan itu yang aku pertikaikan.

Kau dok pong pang cakap, budak tu MELAYU ISLAM tapi perangai serupa bukan ISLAM. Budak tu ISLAM tapi sembahyang tak lengkap.Budak tu ISLAM tapi pakai ketat-ketat.Ya, memang tak salah untuk menegur tapi BUKAN MENGUMPAT. tapi BUKAN MENGEJI. Tapi BUKAN MENENTUKAN SYURGA NERAKA. Itu bukan kerja engkau, tu kerja TUHAN>> kerja ALLAH yang MAHA ESA.

Allah SWT Maha ADIL. Memang HIDAYAH belum diturunkan olehNYA kepada budak MELAYU ISLAM yang tidak mengamalkan ISLAM sepenuhnya. Tapi apa salahnya berdoa pada ALLAH SWT untuk budak MELAYU ISLAM itu agar diturunkan hidayah kepada NYA dan berdoa semoga dia menemui HIDAYAHNYA.


Ya, Hidayah bukan untuk ditunggu bukan untuk dinanti. Korang tahu ke budak tu tak mencari hidayah? Korang tahu ke dia  tak mengaji atau sembahyang? Jangan mudah menjatuhkan hukuman. Kalau PAHALA masih tidak mencukupi, jangan menambah dosa diri sendiri.


Sekian. Wassalam.



P/s: Entri ni tak de kena mengena dengan sesiapa, jangan terasa kalau kau bukan di antara yang dimaksudkan di atas :)


Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)