Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, May 12, 2012

Tips Berguna Untuk Hantar Motosikal Balik Sarawak/Sabah

Assalaualaikum W.B.T,

Semalam aku dan deng-deng pergi PosMalaysia, nak tanya macamana nak hantar motosikal balik sarawak. Rupa-rupanya dorang dah tak buat penghantaran ke Sabah/Sarawak. Perggghhh!!! Memang menyusahkan. Kata PosMalaysia. Baik tukar nama tu PosSemenanjungMalaysia. Yelah, kalau dah perhidmatan untuk penduduk Sarawak/Sabah tak boleh disediakan. Kami bayar ok. Errghh.

Ok lah. Malas nak bising. So aku Google cara macam mana nak hantar motosikal balik. Sebenarnya deng-deng sayang nak jual. (Sebab tu ada kawan aku kata orang sarawak nih penuh dengan sentimental value..semua nak bawa balik). Hahaha. Yang tu aku dapat sumber daripada FireStartingAutomobil. 


Prosedur-prosedur:

1. Buat pemeriksaan di Puspakom
- Puspakom akan check dan sila bawa geran motosikal sekali. Beserta duit RM20. After check semua, baru Puspakom akan keluar surat pengesahan. Surat pengesahan hanya valid untuk sebulan je k. Jangan ko simpan setahun pulak der +.+

2. Pergi JPJ
- Kalau sempat siap check PUSPAKOM sehari, selepas tu terus ke JPJ terdkat. Kalau tak sempat takpe, esok lusa pun okei. Ambil borang permohonan eksport motosikal. Eksport tu ko tulis la ke Sabah or Sarawak. Nak ke Korea aku tak tahu ler. Yang nih kena sertakan sijil pengesahan Puspakom tadi dan juga geran motorsikal korang.

3. *Motosikal pinjaman bank
- Kalau motosikal korang tu masih dibawah pinjaman bank, kena dapatkan surat pengesahan bahawa motor korang dibenarkan untuk dieksport. Memang agak leceh, tapi dah sayang motor kan so ikut jela der.

4. Settle isi borang
- settle 3 step di atas, korang pilih nak hantar guna apa. Since PosMalaysia tak buat perkhidmtan tu lagi, jadi MasKargo pilihan yang ada. A little bit pricey, but choices still yours :)
- Kalau tak nak MasKargo, boleh pilih cargo shipping. Cuma lambat je sebab guna kapal merentasi laut. Jadi dalam sebulan dua baru sampai. Sangat sesuai bagi mereka yang tak terdesak sangat nak pakai motosikal tu :)


So settle :) nanti prosedur MasKargo i update lagi later orite!


Related Article:

2 intelligent commentors:

WAKIL PENGHANTARAN KENDERAAN KE SABAH said...

Salam Admin,

Rakan2 yang yang ingin tahu berkenaan penghantaran kenderaan boleh hubungi kami.

BOLEH GUNA KAPAL TERBANG ATAU KAPAL LAUT.

Kami merupakan wakil penghantaran yang berpengalaman. Kami menguruskan penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak dengan harga yang cukup murah dan kualiti perkhidmatan yang terbaik. Ingin menggunakan khidmat kami atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di no 0112-8511549 En. Azman

WAKIL PENGHANTARAN KENDERAAN KE SABAH said...

Salam Admin,

Rakan2 yang yang ingin tahu berkenaan penghantaran kenderaan boleh hubungi kami.

BOLEH GUNA KAPAL TERBANG ATAU KAPAL LAUT.

Kami merupakan wakil penghantaran yang berpengalaman. Kami menguruskan penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak dengan harga yang cukup murah dan kualiti perkhidmatan yang terbaik. Ingin menggunakan khidmat kami atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di no 0112-8511549 En. Azman

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)