Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 28, 2012

Uncool moment with Guard UKM

Semalam aku, Diah and Julia pergi ke Alamanda untuk merempit Adnan Sempit 2. Wayang bermula jam 11 malam dan tamat lebih kurang kan 12.30 malam. Sebaik wayang tamat, kami pun merempit memandu pulang (oh bukan kami.. aku) untuk menghantar si penghuni Kolej Zaaba (dengan merujuk kepada Julia) pulang ke Kolej. Setibanya di gerbang masuk UKM, kami berhenti di pondok masuk rupa-rupanya tak sangka kami bertembung dengan mat rempit pengawal keselamatan UKM yang di penhujung jalan ceritanya berakhir dengan DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU AKU BUAT ADUAN.


Sumber: Kenwooi.com

Malam tu aku mengarang surat aduan dengan penuh rakus sopan santun kepada Sistem Aduan UKM supaya perkara merempit memalukan sebegitu. Ini surat yang aku kirim:

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Mohon perkara di atas dirujuk. Saya ceritakan peristiwa yang berlaku pada jam 1.15 pagi bertarikh 28hb Februari 2012 bertempat di pintu utama laluan masuk UKM Bangi.Ada dua pegawai keselamatan yang bertugas berbaju biri muda yang saya namakan sebagai pegawai A (bertopi) dan pegawai B (tidak bertopi).

Apabila memandu masuk ke pondok pengawal,pegawai A menahan dan menanyakan arah tuju saya. Saya menjawab bahawa saya hendak menghantar pelajar balik iaitu kawan saya yang ketika itu duduk di bahagian belakang. Kemudian,pegawai keselamatan itu bertanya lagi, adakah saya turut menghuni di kediaman pelajar. Saya menjawab semula dengan mengatakan saya bukan pelajar yang menghuuni di dalam. Pegawai tersebut kemudiannya bertanya kepada pegawai yang seorang lagi adakah saya perlu dilepaskan. Dengan nada sinis,pegawai tersebut menjawab "Nanti pelajar tinggal di dalam pula" lalu pegawai yang menahan kami tadi meminta kami mengambil pas keselamatan. Maka saya persoalkan saya adalah pelajar,apakah perlu saya mengambil pas sedangkan di hadapan kami pelajar bermotosikal dengan mudahnya dilepaskan masuk. Pada ketika saya ingin menunjukkan kad pelajar,pegawai tersebut tetap meminta supaya mengambil pas keselamatan.

Kemudian saya meletakkan kenderaan di tepi dan kemudian meminta rakan saya di bahagian penumpang hadapan turun dan mengambil pas keselamatan seperti yang diminta. Namun setelah menanti hampir 5min, saya melihat kawan saya masih dipersoalkan oleh pegawai B. Maka saya keluar dari kenderaan dan menuju ke pondok keselamatan lalu bertanyakan apa masalah disitu. Tiba-tiba pegawai B persoalkan jawapan saya dengan mengatakan "awak kata awak bukan pelajar?". Kemudian saya terangkan semula dengan nada kesal "Saya kata saya hantar pelajar,kemudian encik tanya adakah saya duduk dalam.memanglah saya kata tidak.kemudian saya kata pada encik tadi saya pelajar cuma saya bukan penghuni kolej UKM" Kemudian sekali lagi pegawai B tersebut bertanyakan di manakah pelajar yang ingin saya hantar dan meminta dia keluar untuk menulis nama.

Kawan saya keluar dan menuju ke pondok keselamatan. Di saat kawan saya sedang menulis nama, lalu sebuah kereta dan turut ditahan oleh pegawai A. Pegawai tersebut bertanyakan stiker kenderaan dan pemandu menjawab dia belum buat.Lalu dilepaskan sahaja kenderaan tersebut tanpa mengambil pas keselamatan seperti mana kami sedangkan hakikatnya kami adalah perempuan berbanding dengan pelajar lelaki yang jauh lebih membahayakan (sekiranya kami dianggap berbahaya).Melihat kejadian tersebut, kawan saya yang sedang menulis nama tadi mempersoalkan kenapa kereta tersebut dibiarkan pergi begitu sahaja dan tidak diminta pula kad pelajarnya, tiba-tiba pegawai B menghentak meja dan meninggikan suara sambil memarahi kawan saya dengan berkata "awak jangan mempersoalkan kerja saya,nak tulis nama pun susah ke".

Wahai tuan\puan yang dikasihi sekalian, jujur kami katakan kami menghormati semua kakitangan UKM dari serendah-rendah makcik tukang sapu sehingga setinggi-tinggi Canselor.Tapi beginikah caranya menegakkan undang-undang hanya dengan memilih kenderaan besar tidak ditahan, ditabik tetapi kenderaan kecil ditahan (lebih-lebih lagi kalau perempuan yang memandu)dan emlalui karenah sebegini? Kalaupun kenderaan saya tidak memasang pelekat kenderaan UKM mengakibatkan pegawai tersebut menahan kami,tahanlah jugak kenderaan-kenderan lain yang masuk sesuka hati tanpa memilih bulu. Apa yang paling saya kesalkan adalah sikap pegawai (PENGAWAL KESELAMATAN) yang menengking dan menghentak meja memarahi soalan kawan saya yang mempersoalkan kerjanya.

Wahai pegawai keselamatan,wajarlah kami mempertikaikan kredibiliti dan ketelusan anda kerana di mata kami sendiri anda melepaskan beebrapa buah kenderaan lain yang juga tidak mempunyai pelekat tetapi dilepaskan begitu sahaja. Kami juga bukan budak hingusan yang boleh diherdik macam anjig sehinggakan herdikan kurang ajar dan biadap anda mendorong saya menulis surat ini bagi menuntut keadilan.

Saya berharap pihak tuan melakukan tindakan selanjutnya agar kejadian ini tidak berulang kepada pelajar lain.

Yang Benar,
Pelajar teraniaya.


Sesungguhnya percayalah, sepanjang 3 tahun aku menimba ilmu di UKM tak pernah sekalipun aku menerima layanan sebegitu dari pengawal UKM kerana pengawal UKM sejak dari dulunya terkenal dengan sifat budi bahasa budaya kita.  Tanyalah kawan-kawan aku dari UPM, UitM.. tetap mereka katakan pengawal UKM sangat baik. Bukan untuk mengaibkan, tapi perkara sebegini kalau dibiarkan takkan menjadi iktibar. Kalau pun kami melanggar peraturan, sewajarnya kami dilayan dengan baik. Jangan layan macam Mat Rempit BERUK!


Adiosss.. Vroom vroommm :)


P/s: Saya sayang UKM!





Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)