Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 28, 2012

Uncool moment with Guard UKM

Semalam aku, Diah and Julia pergi ke Alamanda untuk merempit Adnan Sempit 2. Wayang bermula jam 11 malam dan tamat lebih kurang kan 12.30 malam. Sebaik wayang tamat, kami pun merempit memandu pulang (oh bukan kami.. aku) untuk menghantar si penghuni Kolej Zaaba (dengan merujuk kepada Julia) pulang ke Kolej. Setibanya di gerbang masuk UKM, kami berhenti di pondok masuk rupa-rupanya tak sangka kami bertembung dengan mat rempit pengawal keselamatan UKM yang di penhujung jalan ceritanya berakhir dengan DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU AKU BUAT ADUAN.


Sumber: Kenwooi.com

Malam tu aku mengarang surat aduan dengan penuh rakus sopan santun kepada Sistem Aduan UKM supaya perkara merempit memalukan sebegitu. Ini surat yang aku kirim:

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Mohon perkara di atas dirujuk. Saya ceritakan peristiwa yang berlaku pada jam 1.15 pagi bertarikh 28hb Februari 2012 bertempat di pintu utama laluan masuk UKM Bangi.Ada dua pegawai keselamatan yang bertugas berbaju biri muda yang saya namakan sebagai pegawai A (bertopi) dan pegawai B (tidak bertopi).

Apabila memandu masuk ke pondok pengawal,pegawai A menahan dan menanyakan arah tuju saya. Saya menjawab bahawa saya hendak menghantar pelajar balik iaitu kawan saya yang ketika itu duduk di bahagian belakang. Kemudian,pegawai keselamatan itu bertanya lagi, adakah saya turut menghuni di kediaman pelajar. Saya menjawab semula dengan mengatakan saya bukan pelajar yang menghuuni di dalam. Pegawai tersebut kemudiannya bertanya kepada pegawai yang seorang lagi adakah saya perlu dilepaskan. Dengan nada sinis,pegawai tersebut menjawab "Nanti pelajar tinggal di dalam pula" lalu pegawai yang menahan kami tadi meminta kami mengambil pas keselamatan. Maka saya persoalkan saya adalah pelajar,apakah perlu saya mengambil pas sedangkan di hadapan kami pelajar bermotosikal dengan mudahnya dilepaskan masuk. Pada ketika saya ingin menunjukkan kad pelajar,pegawai tersebut tetap meminta supaya mengambil pas keselamatan.

Kemudian saya meletakkan kenderaan di tepi dan kemudian meminta rakan saya di bahagian penumpang hadapan turun dan mengambil pas keselamatan seperti yang diminta. Namun setelah menanti hampir 5min, saya melihat kawan saya masih dipersoalkan oleh pegawai B. Maka saya keluar dari kenderaan dan menuju ke pondok keselamatan lalu bertanyakan apa masalah disitu. Tiba-tiba pegawai B persoalkan jawapan saya dengan mengatakan "awak kata awak bukan pelajar?". Kemudian saya terangkan semula dengan nada kesal "Saya kata saya hantar pelajar,kemudian encik tanya adakah saya duduk dalam.memanglah saya kata tidak.kemudian saya kata pada encik tadi saya pelajar cuma saya bukan penghuni kolej UKM" Kemudian sekali lagi pegawai B tersebut bertanyakan di manakah pelajar yang ingin saya hantar dan meminta dia keluar untuk menulis nama.

Kawan saya keluar dan menuju ke pondok keselamatan. Di saat kawan saya sedang menulis nama, lalu sebuah kereta dan turut ditahan oleh pegawai A. Pegawai tersebut bertanyakan stiker kenderaan dan pemandu menjawab dia belum buat.Lalu dilepaskan sahaja kenderaan tersebut tanpa mengambil pas keselamatan seperti mana kami sedangkan hakikatnya kami adalah perempuan berbanding dengan pelajar lelaki yang jauh lebih membahayakan (sekiranya kami dianggap berbahaya).Melihat kejadian tersebut, kawan saya yang sedang menulis nama tadi mempersoalkan kenapa kereta tersebut dibiarkan pergi begitu sahaja dan tidak diminta pula kad pelajarnya, tiba-tiba pegawai B menghentak meja dan meninggikan suara sambil memarahi kawan saya dengan berkata "awak jangan mempersoalkan kerja saya,nak tulis nama pun susah ke".

Wahai tuan\puan yang dikasihi sekalian, jujur kami katakan kami menghormati semua kakitangan UKM dari serendah-rendah makcik tukang sapu sehingga setinggi-tinggi Canselor.Tapi beginikah caranya menegakkan undang-undang hanya dengan memilih kenderaan besar tidak ditahan, ditabik tetapi kenderaan kecil ditahan (lebih-lebih lagi kalau perempuan yang memandu)dan emlalui karenah sebegini? Kalaupun kenderaan saya tidak memasang pelekat kenderaan UKM mengakibatkan pegawai tersebut menahan kami,tahanlah jugak kenderaan-kenderan lain yang masuk sesuka hati tanpa memilih bulu. Apa yang paling saya kesalkan adalah sikap pegawai (PENGAWAL KESELAMATAN) yang menengking dan menghentak meja memarahi soalan kawan saya yang mempersoalkan kerjanya.

Wahai pegawai keselamatan,wajarlah kami mempertikaikan kredibiliti dan ketelusan anda kerana di mata kami sendiri anda melepaskan beebrapa buah kenderaan lain yang juga tidak mempunyai pelekat tetapi dilepaskan begitu sahaja. Kami juga bukan budak hingusan yang boleh diherdik macam anjig sehinggakan herdikan kurang ajar dan biadap anda mendorong saya menulis surat ini bagi menuntut keadilan.

Saya berharap pihak tuan melakukan tindakan selanjutnya agar kejadian ini tidak berulang kepada pelajar lain.

Yang Benar,
Pelajar teraniaya.


Sesungguhnya percayalah, sepanjang 3 tahun aku menimba ilmu di UKM tak pernah sekalipun aku menerima layanan sebegitu dari pengawal UKM kerana pengawal UKM sejak dari dulunya terkenal dengan sifat budi bahasa budaya kita.  Tanyalah kawan-kawan aku dari UPM, UitM.. tetap mereka katakan pengawal UKM sangat baik. Bukan untuk mengaibkan, tapi perkara sebegini kalau dibiarkan takkan menjadi iktibar. Kalau pun kami melanggar peraturan, sewajarnya kami dilayan dengan baik. Jangan layan macam Mat Rempit BERUK!


Adiosss.. Vroom vroommm :)


P/s: Saya sayang UKM!





Monday, February 27, 2012

DOA BERTEMU JODOH UNTUK WANITA



Thursday, February 23, 2012

THE LOVE OF FEBRUARY




"I FEEL LUCKY WHEN EVERYDAY 
I'M WITH YOU"


Tuesday, February 21, 2012

WEDDING CHECKLIST


Good Afternoon Peeps!

Please don't get shocked with the tittle than assume that I'm going to get married next month. Hahaha. Be reminded that it is just a wedding checklist only, because I think I might use it for my wedding plan in a future (FUTURE plan yer.. XD). So, sharing is caring. Happy Reading :)

Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu
Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.


MERISIK:

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
Cincin belah rotan. (cincin tanda)
Wang tanda (hantaran)
Baju sepasang atau kain
Buah-buahan
Kuih-muih
Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:
Cincin berlian
Sirih junjung
Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)

Bagi pengantin lelaki sahaja:
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
Membeli cincin kahwin.
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.


Bagi pengantin lelaki:
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.


Bagi pengantin perempuan:
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Membeli barang kemas
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.


Bagi pengantin perempuan:
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.


Bagi pengantin lelaki:
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.


Bagi pengantin perempuan:
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.


Bagi pengantin lelaki
Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
Cincin / gelang tangan / rantai.
Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.


Bagi pengantin lelaki:
Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung


Bagi pengantin perempuan:
Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.


Read in Google document, please click HERE


Wednesday, February 15, 2012

ADELE SET FIRE TO THE RAIN PERFORMANCE 2011


View lyric here


Saturday, February 11, 2012

FILEM PALING DINANTI-NANTIKAN 2012

I'm waiting for this marvelous movie starring by Robert Downey Jr (Sila tangkap leleh.. ^.^) as IRON MAN (hero in Sherlock Holmes), Chris Hemsworth as THOR, Scarlett Johansson as BLACK WIDOW, Chris Evans as CAPTAIN AMERICA and Mark Ruffalo as THE HULK.

watch the trailer:



Friday, February 10, 2012

REVIEW FILEM #1 :CHRONICLE

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua :)

Today, yesterday, tomorrow i'm so busy sampai nak buat entri takde masa. Walhal, so many things happen lately. Tapi sebelum bercerita tentang kisah-kisah seharan yang berlaku dalam kehidupan seharian aku, ni nak kongsi tentang filem Chronicle. Siapa dah tengok?? Sila LIKE! (Ada ke butang LIKE -_______-)

Ringkasan Sipnosis:
Filem ni bermula dengan kehidupan seorang anak remaja yang hidupnya sedih sekali sebab  ada bapa kaki pemabuk, pembengis dan kaki pukul. Ditambah dengan maknya yang sedang sakit. Anak muda bernama Andrewmemiliki personaliti yang pemalu dan satu-satunya kawan dia ialah sepupunya iaitu Matt. Pada satu malam, Matt mengajak Andrew ke parti supaya Andrew boleh mendapat kawan dan bersosial. Namun segala berubah apabila Steve rakan Matt mengajak Andrew ke satu lubang misteri dan di situ bermula lah kisah magis Andrew dan rakan-rakannya kerana mereka telah mendapat kuasa telekinesis. Ok. Sinopsis lebih lanjut boleh rujuk KAKIWAYANG.



Aku dan Diah menonton berdua di Alamanda. Tak tahu la kenapa kami boleh pilih CHRONICLE. sebab tengok trailer di atas kot membuatkan kami tertarik. Rupanya sangkaan meleset. Pada 20 minit pertama, ya aku cukup teruja bilamana mereka bertiga dapat kuasa yang super power OHSEM!! Tapi semakin menuju plot kemuncak sangat membosankan dan aku rasa macam dah hilang arah tuju cerita pula. 

Ending yang sangat tak best. Cuma moral of the story, kalau tetiba korang dapat power macam tu.. SILA JANGAN SALAH GUNA KUASA anda... Kalau aku terjemahkan cerita ni mengikut konteks tempatan, sesuai la kalau agaknya dituju kepada pegawai-pegawai tinggi yang ada kuasa super luar biasa. Kenapa aku cakap macam tu?? Yela.. Pegawai yang ada kuasa untuk meluluskan geran tanah, YB yang menyalah gunakan kuasa, rasuah golongan pegawai kerajaan dan tak lupa juga kuasa pegawai yang hampeh berlagak lebih besar kuasa daripada yang berkuasa, sila tonton filem ni. sebab endingnya.... yang gila kuasa akan dibunuh oleh yang baik..

kakakhakakah.. apakah moral of the story aku boleh diterima??

oh ya! Di sebalik selepas menonton filem ni di ALamanda, ada cerita sebenar yang berlaku kepada kau dan Diah :)




Wednesday, February 1, 2012

Wordless Today #4