Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 28, 2012

Wahai Pegawai!Sila amanah dan bertanggungawab!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cuti Tahun Baru Cina membuatkan aku betul-betul memanfaatkan cuti yg ada. 2 hari ke Bukit Tinggi dan seterusnya ke Temerloh, Pahang. Tapi bukan itu yg aku ingin kongsikan di sini. Cuma nak kongsi rasa menyampah dan kecewa dengansikap pegawai Bendahari UKM (bagi aku dia tak layak dipanggil pegawai). Kisah nya begini:

Semalam aku ke ofis. Menguruskan claim untuk Dr Chang yg telah tertangguh selama 3 bulan. Bayangkan tiga bulan dari tarikh 30 Oktober claim itu aku uruskkan. Dan bayangkan hampir setiap bulan aku ikuti perkembangan claim tersebut dengan pegawai perempuan yg sama. Dan semalam aku masih bersabar kerana aku perlu memastikan claim itu berjaya dituntut seadil-adilnya. Agaknya bagi pegawai tu nilai tersebut bukanlah besar sangat pun. Ialah rm381.90 pada dia hanya di celah jari kan.

Pada awalnya, dia mula menampakkan keBODOHaNnya dengan berkata bahawa dia tidak menerima apa-apa surat claim daripada aku. Mengapa aku kata dia bodoh?Bagaimana boleh tak terima kalau kali kedua aku hantar sendiri borang claim kepadanya. Dan aku bersyukur sangat-sangat sebab aku dah buat salinan tuntutan yang aku hantar kepadanya (dan terima kasih pada Dr Chang sebab dia yg selalu nasihatkan kami untuk membuat salinan pada setiap urusan dengan pihak sebegini). Kemudian dia dah naik angin dan aku bermain psiko dengan dia. Dan akhirnya surat tersebut dijumpai juga. See, I told u! Bagaimana seorang pegawai dengan selambanya berkata tidak menerima apa-pa surat tanpa memeriksa dan mencarinya terlebih dahulu?? Tak apa. Aku masih bersabar.

Kedua, dia dengan selambanya berkata dia tak tahu pun nilai claim tu RM381.90 kerana pada borang tuntutan aku berjumlah rm81.90. Bodoh lagi!!! Bagaimana borang tuntutan perjalanan aku nak gabungkan dengan bayaran yuran persidangan?? Semua sudah di nyatakan dalam isi kandungan surat tersebut. Nak tahu apa jawapan pegawai yg bodoh dan tidak bertanggungjawab ini? “Saya tak baca isi kandungan surat ni,yg saya baca perkara tajuk tu. Mana ada masa baca panjang-panjang." Amboiiii, bodoh punya jawapan. Patut pun buat kerja lambat dan tak siap-siap rupanya ttak baca isi kandungan muka surat. Wahai pegawai yg bengap, ko dahlah mengandung. Cuba bayangkan ko nak pergi klinik sebab nak scan baby di perut. Dr pula x buat scan perut ko tapi tgk je secara fizikal bagitahu baby ko lelaki. alih-alih bila masa ko bersalin perempuan. Bengang tak??sebab ko dh beli semua brg2 untuk bayi perempuan,dek kerana dr yg bengap tak buat kerja sepatutnya,ko susah.

Macam tula jugak aku bila berurusan dengan ko. Masih aku ingat bila sepanjang berurusan dengan ko, macam-macam alasan ko bagitahu. Dalam proses la, tunggu hujung bulan, dan ko tahu setiap aku kol ko ko keluar. Hai takkan kerap sangat mengular?? Memang aku cukup kecewa dengan sikap pegawai sebegini. Terutamanya MELAYU! Ya melayu, sangat cuai buat kerja. Sama la aku,aku cuai tapi bila berurusan dengan org seboleh-bolehnya melakukan kecuaian adalah eprkara utama aku elakkan.

Jadi buat pegawai-pegawai terutama mereka yg berurusan dengan claim-claim buatlah dengan teliti dan sewajarnya. Layan kami macam $manusia bukan macam binatang. Aku tak tahu sama ada korang ni gred 17, 41 atau sebagainya. Jangan menyusahkan orang lain.Itu sahaja.

Sekian, selamat malam.

Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)