Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

New Year CheckList

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Today is last day in 2012. Then next week aka next year, kita dh masuk tahun baru Masehi 2013. So, say bubye dengan 2012. Buka buru dan buka azam baru :)

Sejauhmana azam 2012 korang tercapai? Azam aku 100% dah tercapai. Tengok wishlist 2012 aku di sebelah kanan blog, itulah azam aku di permulaan.

Pertama, dapat Master pada tahun 2012 sebelum usia menjejak 30 tahun. Alhamdulillah dah.
Kedua, dapat kerja selari dengan degree aku, yup. I'm a counselor now. Tapi bertahan sampai bila aku tak tahu sbb my husband in Kuching and I'm here stuck with my ambitious.
Ketiga, kahwin. Yes, I'm married now. Alhamdulillah syukur, jodoh itu telah sampai dan dia pilihan hatiku yg tepat. In shaa Allah. Sampai ke Jannah.
Keempat, yes. Aku ada ipad. Seriyes, I can't live without my ipad. Hubby no 1 dia nombor 2. Hubby xde, ipad no. 1. kuang2.

Ada empat je azam aku tahun ni. Nampak xbyk. Tapi usaha kepada itu bukan sedikit kami curahkan. Ya, kami. Aku dan hubby. Bersama-sama memastikan azam aku tercapai dan terus tercapai. Alhamdulillah sekli lagi.

Hokei. Jom. Kalau azam tahun 2012 dh tercapai, kita buat azam baru pula tahun 2013. Kalau ada yang tak tercapai, forward ke depan. In shaa Allah, betul niat dan usaha DIA akan tolong :)

Azam tahun baru 2013:
1. Duduk dengan hubby. Buat masa sekarang, jalan itu masih kabur, moga akan diterangkan jua kelak oleh-NYA.

2. Melancong!

3. Beli rumah!

4. Buat bisnes online

5. Jadi hamba-Nya yg solehah. Ameen.

Tips mudah kalau nak pastikan azam tahun baru kita tercapai, sentiasa ingat dan tulis azam kita kemudian simpan di tempat-tempat yang kita selalu berada. Misalnya di opis, di diari, laptop atau di blog macam aku :) Ni aku kongsikan cara-cara nak letak widget Notepad kat blog yang aku cedok dari satu blog. Aku dah lupa pula nak letak sumebr dia. Nanti aku cari. Jom cuba!


1. Pergi ke Dashboard -> Design -> Add Gadget  ->  Html/Javascript 
2. Highlight dan copy(Ctrl + C) code di bawah ni :

<form name=myform>
<input type="checkbox" name="mybox" value="satuchecked />satu <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="duadisabled />dua <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="tigachecked />tiga <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="empatdisabled />empat<br />
</form>


3. Paste(Ctrl + V) code tadi pada ruang html/javascript.
4. Preview n save.

P/S: 
Gantikan:
HIJAU - senarai barang atau hajat yang korang nak
MERAH -  checked ~ untuk papar tanda tick pada list
               disabled ~ untuk hide tick pada list
van


Tuesday, December 25, 2012

Peristiwa Malam Xmas 2012

Hohoho!hoho! Merry Xmas my dear friends who celebrating it today!

I got half day leave on Monday and of course today we have 1 day holiday. Yesterday I'm watching Les Miserables at Mid Valley with my beloved adik from Palembang :)

Kamii tengok midnight movie dgn harapan sempatlah jugak utk shopping mopping. Malangnya kami smpi kol 9.30 dan ingatkan midvalley tutup kol 11. Rupanya kol 10 dh tutup. Hampeh.

Sudahnya, sempat lah merembat 4 helai baju PDI. Actually the shirts is for men. But I bought 2 for myself and 2 for hunby. So we can make it as couple shirt la. Ahahha. I thought i bought wrn oren, sekali sampai rumah warna merah. Sudahlah yg other kaler is yellow. Dh mcm penyokong selangor la pulak.

But nvm, as long as it is cheap consider berbaloi la jugak. Ahahha. I bought it for only RM9 each. Murah kan. Hahah. Rasa menyesal tak beli semua klaer yg ada. Especially pink. Tp aku xsuka pakai round neck shirt, I more love to wear V neck shirt.

Ok. Our movie start at 11.45 pm, but the movie only started at 12.15. Deim. Dah sudah kami hbs jam 3. Huhu. Balik menuju ke keta, my car cant started. Rupanya batte weak cause I forgot to switch of the light. And yes, again!!!! I did it not for the first time, nor twice. Ini yg ke-3 ok. Ohmai!! Dek kerana dh pernah menghadapi situasi ini so I still can be cool. Macam biasa crik pak guard midvalley. Jumpa pak guard bangla. At the first rs bengang sbb bangla ni xpaham bhs la jugak. Aku tny jumper, dia boleh tny kenapa x boleh start, kenapa alarm bunyi dan aku tuutp. Adoiyai. Aku ckp batte keta weak pun kena berulang kali ckp. Then the Bangla guard told as to wait. So we waiting sambil menunggu kot2 ada org lalu situ. Rupany takde.

Around 20 mins dtg pak guard malay bersama bangla guard td. He ask again what happen then i told him my car need to be jumped. He go and later bring security car. Then he helped me jumped my car. Thanks Allah! My car dh boleh start. Thanksto both pak guard yg really helpful. Tak mcm pak guard d alamanda, putrajaya. This situation first timepernah belaku kat putrajaya. Tp ms tu lom midnight lg. Org msh ramia. Tp x ada sebuah kereta pun punya jumper. Bila minta tlg ngan pak guard, pak guard tu tersangat la psiko dn gtal.

Ingat nk uat report, tp smpi ke hari ni xbuat. Btw, jd pengajaran. Hubby ada belikan jumper, tp aku gatal p kuarkan. Dh sudah jd lagi. Ayoooooo!!!!





Thursday, December 20, 2012

Mata Sakit / Sakit Mata

8 jam menghadap PC, buat aku sakit mata. Penat. Tapi hakikat bukan buat kerja sangat sebab takde mood. Entah. Mata sakit hadap PC lelama tapi bila buka sweet-like marshmallow, thepoplook or czaboutique segar pula.

Entah, rasa macam nak pergi spa pun ada. I need therapy. either window shopping or shopping. Dunno. 

Apa aku merepek nie? k Bai.


P/s: Sapa ada Instagram, meh follow aku kat Insta. Click sini to follow :)


Wednesday, December 19, 2012

Sayang itu apa dong?? Hehehe


SHAE - SAYANG


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu


Lyric source : liriklagu.me



Wordless Today #10



Thursday, December 6, 2012

Wordless Today #9

9
.
.
.
10
.
.
.
11
.
.
.
12
.
.
.
.
.

10.11.12 / 11.11.12 / 09.12.12



Wednesday, December 5, 2012

Review 2: Pelamin Nikah

 Ok, ini cerita pelamin nikah fully DIY by me. Yes, esok nak kawin, hari Jumaat baru nk terhegeh2 nak deco sebab ada cerita di sebalik kelewatan deco2 ini. Ceh!

Deco by me and hubby. Sekali hias dengan bilik pengantin. Penat ok, sangat penat. Semua kena siap sebelum maghrib sebab malam nak berinai dan my hubby pula kena rushing utk jemput family dia dtg dr KUching. Kalau ikutkan, me and hubby supposed cannot meet bila dh dekat nak sanding. Tp apakan daya kami, tiaada siapa boleh ku harapkan. Sadisss!!

Aklright, ini jumlah kos keseluruhan untuk pelamin nikah. Aku ada dua pelamin, satu pelamin nikah dan satu sanding. Reason? Hmm, baru terasa macam membazir buat dua pelamin, dan Allah Maha Adil. Nasib baik aku ada pelamin nikah ok. Vendor kahwin aku siapkan pelamin aku malam hbis nikah ok. tu pun, hmmm. aku bergambar dlm gelap. Nanti aku ceritakan. Jom share kos pelamin nikah aku yg simple ini:

Kerusi : RM650

Chandeliar bought from blogger : 2 pasang dapat RM75 (ada jual kat Romantika, whic is sepasang RM75. Blogger jual lepas wedding dia. One more, she is news presenter kat TV3 XD)

Wallpaper belakang : beli ms kat nilai, guna untuk wallpaper bilik, ada extra aku jadikan buat background pelamin. Vintage gitu. Semeter kain RM3.50 xsilap. Aku beli keseluruhan 16 meter. Utk pelamin nikah ada 6 meter.

Kain hijau tu selimut. Buat alas rak untuk letak chandeliar. Sepasang RM5. Hehe, beli juga kat Nilai.

Pastu lantern putih. Beli kat petaling street. Harga ikut saiz. Plg kecik 3 inc - RM3 xsilap. Aku beli 2 biji untuk 3 saiz berlainan (3 inch), 8 inch ngan 14 inch.

Lilin wangi : beli kat IKEA, biar nampak eksotik sikit n mewah. Lilin wangi bila pasang semerbak. Mau2 bila bawah aircond. Yg kecik ada 24 biji kos dlm RM9.90 pas tu 2 biji lilin besar. Rm5 siap satu.

Bekas letak lilin tu ada gelas. Which is rm5.90 utk 10 gelas. X ingat dh exact hrg.

Then sarung bantal vintage bunga beli kat semua house. Rm5 satu, so beli 2 pasang.

Jadi belanja hangus keseluruhan nk msuk RM1k jugak, tp aku puas hati. Sebab inilah satu-satunya hasil DIY aku selain drpd bilik ala-ala vintage and English style tu :)



Satu je terlupa time ni, nk tutup belakang tu sebab xperasan cahaya matahari yg menembusi belakang pelamin. But overall puas hati :)




With My MUA and OP

Duduk megah di kerusi pelamin yang dibeli sendiri :) Jangan tengok orang, tengok background k.



So my advice! Yakinlah dengan kemampuan kerja tangan sendiri. Sekian, terima kasih.


Tuesday, December 4, 2012

SEGMEN TANYA DAN JAWAB BY YANIE

Assalamualaikum W.B.T & Gud morning :)

Saya join segmen yg dibuat oleh adik manis kita iaitu YANIE. Ada 30 soalan dari Yanie, dan 30 jawapan lah jugak dari saya :P So, sapa nak join, boleh terjah blog Yanie k. Cekidaut :)


1.Your Girl Bestfriend : Dedek, Grace, Beb Phine & Marie
2. Your Boy Bestfriend : My Mr. Hubby :)
3. Your Nickname : Nono (closed friends) & Yati (my friends after getting my Master.. boleh cenggitu :p)
4. Your Favourite Food : Mi Kolok & Rojak Sotong (Cina buat k, Melayu x sedap! tp HALAL)
5. Your Favourite Drink : Teh C Peng Special
6. Do You Have Mental Problems : Bad Temper & Moody (that one also called mental problem what)
7. Something You Can't Live Without : Latest.. My Ipad! n Bantal busuk!
8. Last Person You Called : My hubby erkk confused, org terakhir yg dihubungi musuh kot.
9. Your Birthday : 5.11.2012 (Scorpion girl)
10. Someone You Love : My Hubby, My Mom & family
11. Someone You Hate : Cheater
12. Last Text Said :Me tido lok :)
13. Your Super Bestfriend : All my bestfriend is SUPER!
14. Do You Believe In God? : Yes, definitely.
15. Would You Take You Ex Back? : Nah! I'm married now.
16. Someone You Miss : My Hubby, we in long distance relationship
17. Last Person That Made You Laugh *sertakan tarikh kalau boleh* : My Hubby * we last meet on 19th December 2012 ms anta hubby g airport
18. Your Favourite Song : No Promises by Shayne Ward
19. Is 2012 Are The Best Year Of Your Life : Yup! 
20. Do You Like Malay Food : Yup especially on Sarawak Malay Food
21. How Old Are You : 27
22. Do You Regret Anything From Your Past ? : Yup, some part of it
23. Where Do You Want To Honeymoon ? : Korea!
24. Do You Believe In True Love : Yup!
25. What Is Your Attitude : Procrastinator!
26. Are You Scared Of GHOST? : Nope! emmm.. maybe! Hahha
27. What Is Your Status ? (Single / Taken / Married / Divorced / What ? ) : Just Married!
28. Have You Ever Broke Someone's Heart? : Yup, my 1st ex!
29. Who Is Your Favourite Singer ? : Opick
30. What is your favourite colour ? : Mustard, Red, Blue, Olive green... all la!

Ok! I'm done! Nak sambung kerja! Hahaha.


Monday, December 3, 2012

Review 1: Handbouquet by Nana

Assalamualaikum W.B.T & hello Peeps!

Hari pertama bekerja selepas cuti seminggu. Hahah. Bukan cuti kahwin, cuti kahwin dah habis. Cuti sakit mata ok, sore eyes! I got 5 days Mc. So total up 9 hari cuti termasuk hari minggu. Hahah.

Orite, pernikahan dan persandingan sebelah pengantin perempuan telah melabuhkan tirainya dengan 1001 kisah. Okey, samada duka atau suka diakhiri dengan ALHAMDULILLAH. Sah! AKu dah jadi bini kepada my Mr. Deng-deng :) Dh boleh peluk2, cium2. auuwww!

Now. its turn for me to share apa sahaja yg boleh dikongsi supaya menjadi panduan buat bakal sehari semua . Insya-Allah kalau dirancang dengan teliti, pasti berjalan lancar (walau bukan semua!)

Untuk review pertama, aku kongsikan HB yang aku tempah khas dari blogger bekas B2B, dh jadi isteri orang dah :) dan bakal melahirkan bby jugak iaitu Nana Syazana :)


And see how this beautiful HB makes my day complete :)



Plus, siap bawa pergi Outdoor photoshoot ok :)


So, kalau nak order Hb yg awesome ni, korang boleh order kat blog nana di sini atau request kat FB Nana okey :) Sebab Nana masih buka order untuk bulan 12 sebelum melahirkan anak. Go go, get yours! tempah awal-awal, elakkan last minit! :)


Monday, November 26, 2012

Blogger application from IOS

Oh yeah!

Sekian lama ku tunggu, skrg dh boleh mengupload gambar terus dr ipad. Sbb IOs dh menawarkan app utk blogspot. So, xyah la tunggu pindah gambar ke PC from ipad.

Jom layan conaan pertama dengan gambar nikah aku pada 10.11.12.











Salam Pertama sebagai Isteri Orang

Salam,

Baru punya kesempatan untuk menulis. Selepas hampir 16 hari bergelar isteri org. Heh. Maaf, jalan cerita agak panjang namun daku xpunya keaempatan unttuk berkongsi di sini.

Alhamdulillah syukur, milik sah diri ku terletak pada sang suami, Mr Zainudin bin Ngatdemon aka Mr Deng2. Cinta yg bersulam hampir 4 tahun semoga terus mekar dan kerkekalan hingga ke Jannah-Nya. Walaupun jarak memisahkan jasad kami berdua, namun hati dan jiwa tetap sentiasa dekat di hati. Dan daku sentiasa berdoa semoga jarak ini tidak akan menjauhkan kami berdua seperti sempadan fizikal yg myata. Allah Maha Kuasa, ku percaya tetap ada hikmah-Nya.

Heh. Tau kenapa ku punya masa menulis entri ini? Sebab aku dapat cuti 3 hari dek penangan sakit mata. Bangun2 tido mata melekat bagai di gam. Rupanya tahu mata memenuhi ruang mata dan bulu mata. Nasib bek buku mata aku yg sikit ni tak tercabut. Hehehe. So, thank you doc. I git 3 days MC. Pssssttt, kalau aku dapat 5 days MC memang dh buat video parody tu. Hahahhaa.

Hokei, next entry aku share ttg my wedding. My pelamin nikah, pelamin sanding, baju nikah n sanding, baju berlulut dan mmmm bnyj. Ahaha. Sebab setiap perkahwinan ada cerita nya sendiri. Korang yg lo. Kawen tu pasti akan merasa jua. Yg dh tu, kita kongsi cerita k.

Adiooss!


Wednesday, October 24, 2012

Wordless Today #9

Majlis Konvokesyen 40 UKM
Sarjana Sains Sosial (Pengurusan Komunikasi)
22 Oktober 2012 : 8.30 pagi - 12.30 tengahari










Semoga Allah S.W.T memudahkan langkah perjalanan kami semua selepas ini. Amin.


Saturday, October 13, 2012

dAY 29 : RESEPI PULUT KUNING

Misi selepas ini :


RESEPI PULUT KUNING
by: lina pg
Bahan - Bahan:
  • 5 cawan beras pulut
  • 1 asam keping
  • 2 sk serbuk kunyit
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam dan gula
Cara - Cara:
  1. Beras dicuci bersih dan ditoskan. 
  2. Bancuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut. Masukkan asam keping.Gaul supaya beras pulut rata dengan warna kuning.Rendam semalamam
  3. Toskan beras, keluarkan asam keping (jgn kukus ngan asam keping sekali lak) 
  4. Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus (lapik dasar kukusan dgn daun pisang (tutup lubang sket-kang bolos abes beras pulut tuh)
  5. Kukus beras pulut (pastkan air pengukus sudah mendidih ya) selama ~20minit (beras separuh masak)
  6. Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula.Kacau sekejap atas api hingga naik wap.JANGAN SAMPAI MENDIDIH NANTI PECAH MYK LAK.Tujuannya untuk steril santan - supaya pulut kuning tahan lama.
  7.  Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yg besar.Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati.Buat hingga santan abes.Pasni kia akan nampak pulut nampak cam basah2 gitew.Proses ni saya panggil ARUN org lain xtau ada istilah ke tak hehehe.
  8. Biarkan sekejap (dalam 8-10min) supaya pulut sebati ngan santan
  9. Masukkan semula dalam kukusan, kukus selama 20-30min (hingga pulut kuning betul2 masak) 
Note:
Tujuan meletak asam keping supaya pulut kuning akan cantik dan berkilat

Sumber daripada TERATAK MUTIARA KASIH


DAY 28 : ADDICT

Assalamualikum!


Ha, siapa suka  main games atas naik atas pelamin aku.. ahaha. Mak selalu tegur, "ko main la game tu puas-puas, kalau baju tak siap letak manik jangan cari mak. Mak tak dapat tolong."

Baiklah mak -.- (Sambil tangan beading sambil hadap Ipad).

Dan ianya hanya bertahan untuk 10 minit sahaja. Pastu sambung main lagi.

Kbai!!!


Friday, October 12, 2012

B2B 13: FINALLY

Assalamualaikum!

Masih ingat ceritera baju nikah aku di entri ini? Setelah menanti hampir 5 bulan, 5 bulan nok aku tunggu. Baru baju aku disiapkan. Aku puas hati bila Mr deng-deng puji. Siap cakap, ni bukan baju nikah lagi. Dah mcm baju sanding. Nah! Hambek kauwwww!

Hahha. Tak kesah ler baju nikah ke sanding ke aku nak asal cantik dan meletopss! Sebab aku penutup anak perempuan yg kahwin dalam family aku (walaupun aku bukan anak bongsu :)). Alhamdulillah selesai satu pekara yang penting. Cuma agak kecewa bila tailior tu tak sulamkan baju melayu seperti yg aku minta. Bolehj pula cakap ada ke aku request? Hadoii. Malas nak bunyi. Biarlah, rezeki dia.

Jom teaser baju nikah :)


Baju ni paras atas. Yang tang kain aku nak beading pearl, sebab tang kain yg tailor tu slack, tp xpe, Redha. Plan seterusnya ubah bg cantik adalah dengan bg beading. Kalau pas beading x cantik, pakai baju kurung la jawabnya. Hukhukhuk.

Ok. Selesai baju nikah. Ini cerita baju sanding.  Sepatutnya sabtu lepas aku g fitting baju sanding, rupanya vendor tu x bawa pun. Cuma aku di bawa ke Bright Sail City One tu untuk pilih kerusi sanding. Kelas kau. AKu pilih ok.. Tunggu entri sanding baru aku reveal kerusi pilihan aku. Hahhaa. Plus cerita vendor perkahwinan yang nahar#@*&^%%$##.

Tapi aku hanya akan fitting baju bila aku balik sekejap untuk raya haji nanti. Harap ada baju yg aku berkenan. Sebab seriously aku memang CEREWET bab pakai baju. Tunggu dan lihat sajalah.

Doakan semua baik2 :)


Thursday, October 11, 2012

30 days to go


Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)


Wednesday, October 10, 2012

OFFICIALLY INVITATION : SAVE THE DATE

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrohim, saya dan tunang tersayang dengan rasa rendah dirinya menjemput anda sekalian untuk hadir ke majlis pernikahan dan persandingan kami pada :


Bertempat di:

Lot 8B Kampung Pengkalan Lutong,
98100 Miri, Sarawak.


Again....... Remember our beautiful date and see you there :)




Tuesday, October 9, 2012

STOP ASKING ME WITH BULLSHIT QUESTION

Annoying..

Normally annoying question will get annoying answer from me. Titik. Kalau rasa sakit hati bila dengar jawapan annoying aku, jangan tanya annoying questions.

What kind of annoying questions? I think all of us will face such this kind of questions (or you the one who ask that kind of questions? =.0

(Please take note this post x ditujukan kepada sesapa, tapi kalau ko antara org yg menanyakan soalan-soalan bodoh ni sila perbaiki diri kalau ko yg terbaca).

Masuk-masuk rumah, baru balik ke? (Sah-sah buka pintu masuk rumah, memang la baru balik. Takkan nak keluar balik).

Mandi. Keluar 10 minit kemudian. Sekejap nya ko mandi? (hai, ko ingat aku macam ko mandi berjam-jam lamanya sampai bil air melambung aku tak kecoh pun?)
Tengah jahit manik ke? (Tak, manik ni memang dah siap ada kat baju ni. Adooii, aku pegang jarum tengah menjahit sah-sah la jahit manik. Takkan memasak)

Itu di rumah. Kalau di luar.

Eh, baju ko sama la ngan baju dia. Serius ke? Toleh, baju kaler lain. Hadooi. Kawan, kalau aku anak tauke balak, sah2 aku upah designer untuk jahit dan reka baju eksklusif untuk aku. Dah aku rakyat marhaen, memang la baju aku (dan baju ko jugak!) takkan ada satu je dunia. Artis pon paki baju sama nok, events jew laen-laen.

Dan aku percaya korang jugak akan senantiasa berdepan dengan soalan-soalan maut yang ditanya. Sakit jiwa ok, memang la kalau dilihat perkara kecik. Atau sometimes, sebab takde benda nak tanya maka soalan bodoh ditanya. Aku lebih suka diam dari tanya yg bodoh-bodoh mcm tu.

Itu bukan bermakna aku tak suka org bnyk tanya, aku lagi suka. itupun Kalau soalan yg ditanya itu logik dan  masuk akal. Aku pasti korang pun tak suka kan?

Done!



Monday, October 8, 2012

NAMA BAYI :p

Assalamualaikum..kikiki...

Kita lari sekejap dari embuat persiapan hal2 kawen ni. Sebab.. stresssssss!! Moh citer bab anak pulak.. (buat muka gatal ^____________________________^)

Saya pencinta bbudak-budak! Suma orang tahu. Tak caya?? Tanya jiran sebelah. Sampai cakap anak sedara aku pon anak aku. Sampai cakap anak-anak sedara aku suma ikut muka aku... erkkkk... ahahaa. Marah kang mak-mak budak nanti.. Heheh. Tapi itu lah aku. Kalau balik kampung, tak sah aku keluar sorang-sorang kalau tak bawa anak sedara. Belanja makan rojak, aiskrim adalah satu kewajipan.

Kak Dot yg suka bergaya




Kejora umpama anak Korea :)

Piya versi Iwan

Ini baru sikit.. ada ramai lagi anak sedara ku
Ini yg buat aku sangat-sangat tak sabar nak ada anak sediri... Sabar nono, sikit lagi. Sikit lagi..Hehehe. Jalan-jalan blog, ada share pasal nama anak. Kami berdua rancang kalau dapat anak, biarlah bermula daripada huruf Z. Biar ikut nama Bapa. Jadi nak cari anting-anting ke , rantai ke senang. Hahaha. Contoh:

Bayi Perempuan:

Zarifah - Indah/comel
Zaiyan - Manisan madu
Zahirah - Kenyataan
Zainun - Perhiasan

Bayi Lelaki:

Zaalan - Rajin, Giat
Zabdan - Pemberian
Zaki - Cerdik 
Zakir - Yang mengenang, Yang berzikir
Zakaria - Nama nabi
Zainuddin - Hiasan agama
Zahid - Yang suci
Zahidi - Yang menjauhkan diri dari kemewahan
Zaidi - Pertambahanku, Kelebihanku
Zamri - Kecantikkanku
Zaim - Pemimpin
Zarif - Periang, Berjenaka
Zarqani - Nisbah
Zulhilmi - Yang mempunyai kesabaran & kesopanan
Zulfaqqar - Yang Gagah
Zulqarnain - Nama Nabi
Zulkifli - Nama Nabi
Zubir - Nama Sahabat

Nanti tinggal Mix and Match jew.. Chewah :P 

So, korang plak?? Hehehe..



WEDDING CHECKLIST : PART III


Good morning uols! Hapdet terkini untuk wedding checklist saya :)

Actually I dah decide nak hapdet checklist setiap 2 minggu sekali memandangkan saya sekarang sudah berada di tahap getir. Sebelum tu, sapa nak wedding checklist keseluruhan boleh klik kat SINI, sementara kalau nak yg hapdet barangan tunang ada kat SINI.

Checklist ini pula untuk keseluruhan perjalanan menjelang 2 bulan terakhir. Kalau ikutkan by keseluruhan actually banyak yg tergendala. Tapi no worries (walau dlm hati worries sampai buat jerawat aku tumbuh berketul..grrrr). Aku ambik checklist daripada B2B kahwinbetulbetul.


Wedding Checklist by Items

*Done will be crosschecked

Legal Documents

  • Kursus Kahwin  (done)
  • Borang kebenaran nikah (dah ambik tapi belum hantar -.-)
  • Test HIV  (appoutment on 3rd Oct : call Pej Agama Miri kata tak wajib. Yeayy!))
  • Jurunikah   (done booked- 10.11.12 @9am)

Hantaran Dia Kepada Saya
  • Heels & Handbag Charles & Keith   (done)
  • Sejadah & Telekung
  • Ipad 3 (done)
  • Tepak Sirih
  • Set wangian (done:)
  • Set barang kecantikan Mary Kay
  • Cincin beserta mas kahwin (done: Kecuali mas kahwin perlu digubah)
  • Kain sulam bukit tinggi (done:)
  • Kain songket Palembang (done: sponsored by Ibu Anna)

Hantaran Saya Kepada Dia

  • Kek pulut kuning
  • Set wangian (done:)
  • Buku perkahwinan
  • Galaxy Note/Galaxy Tab
  • Kemeja & seluar + tali leher (done)
  • Kasut (done)
  • sepersalinan baju Melayu (done)
  • Coklat (done: ganti ngan macaroons)
  • set penjagaan kulit
  • Cincin (done)
  • Surprise :)

Hantaran Decoration
  • Dulang (done)
  • Alas dulang (done)
  • Bunga Dulang (done:)
  • Reben
  • Manik berjuntai (done:)

Outfit 
  • Baju nikah (separa done: beading bermula :))
  • Tudung nikah (done:)
  • Veil nikah (xjd veil, pakai tudung jew)
  • Kasut nikah 
  • Baju resepsi
  • Baju berlulut
  • Kasut resepsi
  • Baju bertandang
  • Tudung Bertandang
  • Veil bertandang
  • Aksesori bertandang

Pelamin
  • Nikah (Paper lantern/Paper Crepe)
  • Bantal nikah (kain untuk bantal nikah lelaki)
  • Aksesori bertandang
  • Pelamin resepsi
  • Bunga telur & Bunga Mangga

MUA
  • Nikah (Norish Collection) 
  • Berlulut (Norish Collection)
  • Resepsi (Cuzzy Ku sayang)
  • Bertandang
Official Photographer (OP)
  • Random Photographer :) (Tugas khas : Syukri & Arip)
Official Videographer (OV)
  • Nikah & Resepsi (Whiteroom Studio : Beloved Cuzzy)
  • Bertandang
Hand Bouquet
  • Nikah (done: pick up point Seri Kembangan : Nana)
  • Sanding (double check with Norish Collection)
  • Bertandang
Catering
  • Nikah & Resepsi (pass to mom)
  • Bertandang 

Doorgift
  • Doorgift nikah 10.11.12  (200 set) (cancelled due to budgets)
  • Doorgift sanding 11.11.12  (500 set) (done)
  • Thank you sticker (1000 set) (cancelled : unnecessary)
  • Bakul doorgift (Recycle bakul merisik)
  • Doorgift kanak-kanak (gula-gula) (200 set)
  • Kumpulan zikir (30 set) (done: 50 sets)
Lain-Lain
  • Sanding (pengapit lelaki: Kwn deng-deng/ Pengapit perempuan : Dedek)
  • Bertandang (Pengapit lelaki / Pengapit perempuan)
  • Pemberi doorgift (5 orang)
  • Pengacara majlis
  • Pembaca Doa
  • Pengubah hantaran (perempuan: Suzie / Lelaki : Mak & Adik Deng2)
  • Flower girls
  • Guest list
  • Guestbook
  • Letak di Facebook (10.10.12)
  • Bunting
  • Setem
  • Tiket flight balik
  • Pelamin resepsi
  • Bunga telur & Bunga Mangga

Honeymoon
  • Tiket 
  • Date
  • Apply cuti
  • Itinerary
  • Transport
  • Duit poket

Keperluan Lain
  • Penunjuk Arah Jalan  (will using bunting)
  • Bunga manggar / Payung
  • Kompang
  • Silat
  • Inai
  • Tag pembantu / Family  (Badges done : Deposit done)
  • Flowergirl punya bunga tangan
  • Text pengacara majlis
  • Personal Assistant Masa kelam kabut
Bilik Tidur
  • Set katil  (done)
  • Langsir
  • Cadar
  • Karpet bilik
  • Pewangi bilik
  • Lantern (coffee filter)
  • Hiasan bunga
  • Photoframe
  • Itinerary
  • Transport
  • Duit poket



Wednesday, October 3, 2012

Wordless Today 8




Monday, October 1, 2012

Day 40 : Urusan semakin hebat

Assalamualaikum uols,

Hari ni 1 Oktober.. Lagi 3 bulan msuk penghujung tahun 2012. Lagi sebulan lebih masuk hari jadi aku yg ke 27 tahun, lepas 5 hari aku bergelar isteri orang. Insha-Allah. Moga urusan aku dipermudahkan-NYA. Walau hakikat banyak dugaan yang mendatang, namun alhamdulillah aku tetap survive hingga titisan terakhir. 

Semalam pergi Jalan Tar oh Jalan Tar Nilai 3 untuk memborong barang-barang wedding bersama Mr deng-deng dan his mother in law my mak. Borong macam tak hengat dunia. Can u imagine aku hanya berada dalam satu kedi sahaja dah makan masa selama 2 jam, sampai mak dah lenguh lutut untuk mengokori aku ke sana dan ke mari.

Antara yang dah settle:

1. Beg untuk simpan doorgift buat para tetamu
  Kos = RM 2 x 80 bungkus (1 bungkus ada 10 keping) - RM 160.00

2. Bunga telur versi gantung
   Yang ini mungkin a lil bit expensive sbb i like the design. Kos RM100 untuk 2 kotak (50 set dlm 1 kotak)

3. Doorgift untuk ahli zikir
  Kos = Rm 70 (Buy 1 free 1 : 50 set total)

4. Wallpaper for pelamin and bilik nikah
  Kos = RM 3.90 x 18m = RM70.20 (diskaun 20 sen)

5. Langsir bilik tidur
  Kos = Rm 5 x 7m - RM 35
 
6. Manik juntaian langsir
   Kos = RM 29 sepapan (ada 20 kaki)

7. Bunga untuk hantaran
   Kos bunga kecik - RM 5.90 x 5 set = RM 29.50
   Kos bunga besar - RM 7.9 x 5 set = RM 39.5
   Kos bunga hiasan mak - RM 6.9 x 6 set = RM 34.5

8. Juntaian hantaran
   Kos = RM 1.50 x 4 m = RM6

9. Cadar bilik bertandang
  Yang ni untuk bilik bertandang aku buat simple je. Hahah. Sebab mesti tak tengok bilik aku kan sebab majlis belah lelaki pun bakal adik ipar aku buat majlis pernikahan. X bley lebih k.
  Kos = RM 100 untuk dua set cadar (mak aku punya satu :p)

10. Manik veil
  Kos = RM 2.80 x 2 bungkus - RM 5.60

11. Alas pentas
Kos = RM 5 x 3 = RM 15 (Pakai selimut lembut untuk buat alas pentas..hahaha)


Belanja hangus keseluruhan - RM 694.30 (tak termasuk maklan dan minum)

P/s : Masa ni lah baru ingat nak berjimat, tp dah terlambat.. Nono oh Nono :(



Sunday, September 30, 2012

DIY TUTORIAL : TISSUE PAPER / CARDSTOCK ROSES


Just click the tittle, link had been given :)
  1. Tissue Roses Kissing Balls 





Here...and here too 

So, tell me which one you prefer.


Wednesday, September 26, 2012

Lambat! Sungguh Lambat!

Sehingga jam kinek, aku lg nunggu bila gaji maok masuk.. Nang lembap. Nasib gomen dah masuk gaji marek, mun sik merinsak.

Stress aku! Kbai!


B2B 12 : CERITA BAJU NIKAH

Percaya tak?

Baju nikah aku dihantar seawal bulan Feb hari tu. Hantar kat Kak Wan di Hentian Kajang.

Percaya tak? Kali pertama aku datang untuk periksa kain aku adalah sebulan sebelum raya, iaitu bulan Julai haritu. Malangnya, design yg aku mahu seperti di bawah tidak seperti yang aku inginkan.


Percaya tak? Tailor tu kata aku punya kain tak cukup bidang. Kain yang aku beli 10m tuh, percaya tak dia boleh cakap tak cukup. Lagi korang boleh percaya aku balik rumah dan terus mengadu sambil teresak-esak tersedu-sedu (T_______T). Kerana design yg dia buat pada kain aku meluluh jantungku...

Percaya tak?

Aku suruh dia alter semula sehingga hujung bulan sembilan bersama baju Melayu lelaki (Baju Melayu tu aku hantar sekali masa awal Feb). Bila tiba minggu lepas, Kak Wan call...

'' Yati, baju x siap lagi. Kak Wan demam"

"Takpe lah Kak Wan, saya akan datang minggu depan"

Dalam hati aku sumpah seranah. Bayangkan berapa lama masa yg dia perlukan untuk potong dan jahit baju aku. Adakah masih tidak mencukupi?

Percaya tak, bahawa aku masih mampu bersabar dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang aku lalui. Dan kisah ini baru hanya kisah tukang jahit. Belum masuk kisah tukang vendor pelamin dan baju persandinganku, kisah design badges ku dan kisah-kisah yang bakal mendatang.

Seharusnya aku percaya, ini dugaan dari NYA untuk kami berdua.


Monday, September 24, 2012

DON'T EXPECT YOU CAN GET WHAT YOU WANT

Good Afternoon!

Bila semua org mungkin Monday Blues, me pula buat kerja sambil buat urusan kawen. Mcm mana tu? Pagi-pagi edit balik badges yg ditempah, make sure takde kesalahan. Which is memang awal2 dh salah. Takpe, sebab itu kita masih ada peluang untuk membetulkan.

Kedua, selesai sudah sesi photoshoot untuk pre-wed minggu lalu. To be honest, when the first time I saw my own pictures I am not satisfied. What can say, that the price I pay. Nak blame people is not worth at all, I can say I put the blame on my own. Semua idea2 untuk menjadikan shoot ni menarik hilang begitu saja, ditambah dengan situasi urusan nikah yang membantutkan kelancaran proses menuiju hari bahagia. Oh Tuhan, tabahkanlah hati ini untuk menempuhi segala halangan-halangan kami mendirikan masjid dalam mencari keredhaan-MU.

The lesson, jangan layan panggilan telefon masa shoot. Sebab macam-macam benda akan datang time calling2 and akan spoil your mood entirely. Sudah nya nampak nampak muka yg masam. Second, make sure your OP jenis yg boleh bg arahan and idea. Not passive by=ut aggresive yg boleh mengarah u ke sana sini dan memberi the BLOOm idea. Third, get your friend yg willing utk sacrifice and bg idea2 yg gila and boleh tahan whatever karenah you dat time. Your bestie shud know how to handle you. the rest, sila jd pelakon sepenuh masa (until the time you will get what I mean).

But I would like to say thank you to my beloved best friend, Phine and her boboy for spending your time melayan karenah tuan puteri cerewet ini. For my two BFFFF Ikie and Marie, thank a lot sbb meluangkan masa walau sekejap. Memberi idea dan sokongan, you both idea really helpful and make my shooting become joyful.

BTW, still not all my pictures spoil. There's and effort to make all the pictures look gorgeous. And yet, by EDITING :)






Friday, September 21, 2012

CONTEST: HB FOR FREE

Assalamualaikum! Selamat Petang UOLS!!

Siapa nak Hand Bouquet free?? Meh pakat ramai-ramai kita join contest kat SINI :) Siapa tahu aku boleh menang and dapatla Hand Bouquet PERCUMA untuk wedding ku yg bakal berlangsung pada......

......
.......
........
.......
...............
..............
.............

10.11.12