Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, September 4, 2011

BERAYA SAKAN

Salam semua.

Dah lama tak update blog. Sibuk. Bukan setakat sibuk melayan tetamu, malah melayan anak sedara seramai 12 orang dalam satu rumah pada satu-satu masa yang sama amatlah memeningkan kepala. Namun itulah makna kemeriahan hari raya yang sebenar bila semua berkumpul dan saling mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

Rasa gembira tidak terhingga buat si dia yang tersayang kerna sanggup datang dari jauh menyambut Raya bersama ku meredah 12 jam perjalanan dari Kuching ke Miri semata-mata untuk menyambut Lebaran bersama ku. Dan aku... Belum pernah sekali pun di sepanjang 3 tahun perhubungan kami menyambut Lebaran bersamanya di sana. Kerana ku menyimpan hasrat untuk menyambut Lebaran bersamanya di kampung halaman nya bila kami bergelar suami isteri kelak. Amin amin Amin.

Lagi seminggu cuti ku berbaki. Sekembalnya kelak ada banyak perkara akan menyusul. Arghh, tak nak pikir dulu. Habiskan keriangan, kegembiraan dan kesenangan di sini. 3 hari bersama si dia di sini harus dimanfaatkan dulu. *.0

Thanks for coming My Lurvely Deng-deng :P


Orite. Update seterusnya ya!

Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)