Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 27, 2011

Raya Oh Raya

Assalammualaikum!

Salam Ramadhan!

Masuk puasa yg ke 28,lagi  hari kita semua akan menyambut Syawal yang bakal tiba.Bagaimana persiapan raya?Mesti ada yang baju raya sampai 2-3 helai kan?kuih dan biskut pula bermacam-macam jenis.

Namun begitu,dalam kita berbelanja jangan pula berbelanja melebihi keperluan dan kemampuan. Sehingga tpaksa brhutang bagi memenuhi kehendak.Sudahnya,selepas raya ada yang mkn meggi pula.Percayalah ini selalu terjadi. Maka elakkan.

Bila msuk minggu terakhir Ramadhan,semua org sibuk.Termasuk aku.Manik baju tak siap jahit.Wedges pula 2 hari brturut aku cri d Bandaraya Miri ini tak jumpa2. Geram. Tapi buat aku terfikir,kalau dah tak de pakai je la kasut lama yang aku pakai sekali etahun yang lain. Yezza! Aku berjaya mengelakkan pembaziran.

Sempena Syawal yang bakal menjelang, aku selaku pemilik belog ini mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Tak dapat nak attach gambar sbb encik Berry aku nie tenet slow bangat.Ok peeps!!! Chek out!


Tuesday, August 23, 2011

Popia Seaweed Rangup

Salam Sejahtera Semua!

Dah lama aku tak update kan.Bila berada di rumah ni aku sangat sibuk (melayan anak sedara)buat kerja rumah dan aktiviti harian.

Pertama aku jahit manik d baju.Baru siap earuh tangan.

Kedua aku dah siapkan popia seaweed.Sekarang macam dh jadi satu trend pulak. Ni aku nak kongsi resepi yang aku tak ingat mana dapat.

Apapun jom coba!

Bahan-bahan:
1 bungkus Kulit popia
1 bungkus seaweed
Telur yg dipukul
Lada sulah
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
- sapu telur pda kulit popia pertama.
- Lapiskan dengan seaweed,kmdn sapu lagi dgn telur tadi.
- Bagi yang gemarkan pedas,tabur lada putih pada permukaan seaweed tdi.
- tutup dengan kulit popia yg kedua.
- Potong ikut saiz yg disukai.potong kecil2 pn ok gak. Ala mcm mkn keropok.
- Siap utk di goreng sampai rangup.

Selamat mencuba!!!





Thursday, August 18, 2011

FUNGSI BB CREAM

Assalamualaikum W.B.T & Selamat Tengahari!

Tetiba terfikir tentang BB CREAM. Selama ni dok dengar je kawan-kawan cakap pasal kebaikan BB CREAM. Jadi aku google sana sini, cari which is the best bb cream product yang sesuai for me. Well, sebelum nak guna perlulah dulu diselidiki apa fungsi produk tersebut. Jangan men semborono jer, lebih-lebih lagi kulit aku sekarang tengah high maintanance (berjerawat ler). Pemilihan produk yang baik dan berkesan amatlah diperlukan. T.T

Orite. Fungsi BB CREAM ni ada banyak depend kepada brand apa. Secara umumnya, BB CREAM ni mempunyai fungsi untuk :

  1. Melembap (Mosturizing)
  2. Memutihkan (Whitening)
  3. Sinaran UV (Sunblock)
  4. Mengawal Minyak (Oil Control)
  5. Menyembuhkan (Healing)
Tahukah anda penggunaan BB CREAM ni sangat famous di kalangan wanita Asia terutama dipakai oleh artis-artis Korea mahupun Jepun? No wonder they have a nice skin, kulit putih dan bersinar. Salah satunya adalah pemakaian BB CREAM. 

Artikel terbaik yang aku baca tentang BB CREAM ni, korang boleh pergi kat laman web di bawah:
  1. Blog Malaysianbabes
  2. Makeup Happy
Dalam kepala otak aku, selepas di usha ke sana dan di sini maka aku nk pergi grab this thing.


Credit Picture : Kimoko.livejournal.com
Elianto BB Cream mendapat review yang baik daripada para penggunanya. Lebih-lebih lagi Elianto merupakan produk dari Korea dan sesuai untuk kulit Asia macam aku. *Smile*

Come, go grab and post your review bout dis product and let me know :P


Tuesday, August 16, 2011

SHOPPING RAYA #FASA 1

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Petang Sang Gadis dan Arjuna !

Shopping Fasa Pertama?? Haha. Maksudnya, shopping punya kerja tak settle lagi. Sebab?? Senarai shopping masih tak lengkap lagi. Antaranya, make up set + salon + wedges.

Ok, ada yg cakap aku membazir. I'm not. Baju kurung beli sampai 3 pasang tak rugi. Sebab, boleh dipakai untuk pergi kelas. Kedua, murah. sepasang baju kurung paling mahal pn aku beli RM60. Ada yang RM39. Harga tak penting, yg penting kepuasan dan kecantekan pakaian itu. Lebih-lebih lagi bila disarungkan di badan.

Make up buat ape beli. Bukan pakai pon. Sapa cakap aku nak beli sampai jadi set make up artis? Dak aih. Masih yang asas. Setakat eyeliner, mascara, bb cream semua tu dipakai untuk harian jugak. Lepas raya still boleh pakai. Wedges? Sila la tengok gerobok kasut aku, tak ada wedges. Kalau tak heel, stiletto. Sneakers satu je. Jadi, tambah wedges sebagai kenangan. Aku ni jenis beli kasut samapai koyak. Bila koyak baru la menonong beli baru. Kan jimat.

Korang plak? Dah siap shopping? AKu suggest gi jalan TAR and butik2 around there. Berbaloi-baloi. Tapi hati-hati. Ada yg letak harga tak setimpal dengan kualiti kain, bijak-bijak la membeli ye.

Selamat Membeli Belah.

P/s: Esok cuti, jom shopping Fasa Kedua. :P


Friday, August 12, 2011

COUNTDOWNN BALIK KAMPUNG

Assalamualaikum W.B.T! Selamat Petang!

Bzy hari ini  (buat-buat bzy)... Yeayy! Yeayy! Seminggu lagi aku akan kembali ke tanah air ku, chewah bunyi macam dok over the sea..haha. Yelah, memang aku over the sea pun. Haha. Merentasi Laut China Selatan.

19hb Ogos, jam 5 petang my flight schedule dan dijangka tiba di Kuching jam 6.45 petang. Yang bestnya, aku sahur lewat di Bangi dan berbuka awal di Kuching. Awesome kan?Hahaha.. (Ketawa penjahat). 3 hari 2 malam di Kuching baru la aku kembali ke kampung halaman ku yang tercinta - Kampung Pengkalan Lutong, Miri. Aiseh, full nama kampung aku bagi. Nak datang raya, datangla. Hihi.

Berapa hari cuti? Aku ambik cuti untuk 14 hari bersamaan 2 minggu. Almaklum, anak mak ni dah lama tak menjenguk anak saudara serta bonda di kampung. Tsk! Tsk! Rindu!!!! This year je, ada 3 anak sedara baru melengkapkan anak sedara aku yang seramai 18 orang setakat ini. Ko ada???haha..

Ok. Ada 5 (LIMA) perkara penting aku perlu settlekan sebelum balik. Apa lagi kalau bukan.....

Shoppinggg!!! Hihihihi...

Alright, senarai pertama mendahului carta teratas adalah WEDGES! Bukan kentang, Wedges Shoes. Memandangkan tema tahun ni warna pink, jadi aku mahu wedges PINK. Ada tak??hihi.. Kalau dapat yang mcam ni ok  gak, chomey kan..
source: footwearstudio
 Tak pun yang simple seperti yang ini:

Senarai ke-2 plak - BAJU KURUNG MODEN yang ada manik-manik, labuci segala bagai. Haha.. Tapi mesti mahal kan? Ok, abaikan yang berlabuci, cari simple but cantik suda.

Style 1

Style 2
Style 3

Senarai ke- 3 - my SET MAKE UP. Daripada make up kit, kepada bb cream, sponge, eyeliner, mascara, lipgloss, lipstick. Semenjak jadi student balik ni, benda-benda ni semua sudah tidak digunakan lagi kecuali asas la. Makanya, nak raya ni, terpaksa cari balik. Kopak! Kopak! (Kopak duit deng2 aku).Hahah.

Senarai ke- 4 - BABY ROMPERS untuk anak-anakk sedara aku. Huish, kalau dah 3 anak sedara tu ko bayangkan berapa banyak RM kena melayang?? Husih, mahu nya anak pompuan. Maintainance tinggi dok.



Senarai terakhir - apa lagi masuk SALON la as usual seperti tahun-tahun sebelumnya. Hihih. Nak buat rambut samada macam ni

 atau 

Ok. Sekian. Hihihi. Senarai anda?


Wednesday, August 10, 2011

MAAF DARI HATI

Maaf kan aku kerna melukakan hatimu,
Bukan pintaku bukan jua mahuku,
Ya, engkau terbaik di mataku hanya aku yang tidak tahu bersyukur.

Kasih sayang ku tidak pernah berubah dan janganlah engkau gundah,
hatimu tak pernah salah bila aku melakukan salah,
cuma aku enggan kita berbalah pada hanya sebuahh kisah.

Pintaku berikan aku masa,
Untuk memperbetulkan segala angkara,
Supaya tiada hati yang terluka,
Hati yang tidak berdosa yang masih tidak tahu apa-apa.


I LOVE U THIS MUCH!!!!!!!!!!!

Thanks for always be at my side, never regret never forget.


Friday, August 5, 2011

SAYA ANGGUN BERBAJU KURUNG o.0

Salam Jumaat! Salam Ramadhan!

Hehe.. Aku bukan angkat bakul sendiri dengan tajuk entry di atas. Tapi itu salah satu syarat aku nak join GA contest di bawah.


Orite. Ini contest ke-2 yang aku join. Almaklum, saya budak baru nak berjinak2 dalam contest montest ni. Sapa nak join, klik je banner di atas kayh.

Seterusnya kena upload gambar anggun berbaju kurung! Jeng! Jeng! Jeng!

Yes! Ini dia banyak-banyak gambar raya yang saya ada. raya tahun lepas. Sebelah kiri anak sedara yang sulung (ye besar kan dye) dan kanan tu yang anggun comel adalah saya. Bermaafan di pagi raya (sambil bergambar) itu adalah wajib. Baju kurung tu baju pasang siap sebab selalu nya last minute carik baju. Hihi. Kalau boleh nak letak banyak lagi gambar, tapi dah minta satu je..haha (sbb bergambar tak hengat dunia :P)

Wokeh. Sekali lagi sapa2 nak join contest silalah jenguk ke KUCING (miaow!miaow!)




Wednesday, August 3, 2011

100 WishList #1

Assalamualaikum W.B. T! Good Afternoon Peeps!

Kenapa 100 wishlist? Macam banyak. Yes! 4 bulan menuju ke tahun baru. Apa kena mengena? Takde kena mengena. 3 months, my next 26th birthday. Yes, yang ini ada kena mengena. My wishlist for a year. Teng! Teng! Teng!

List pertama:

1. SAYA IDAMKAN SATU BILIK PERSALINAN SENDIRI


Ok. Mungkin bagi sesetengah orang mesti agak melampau. Tapi bagi aku itu satu kepuasan. Sebab? Aku suka messy barang dalam bilik. Tempat tidur situ, beg situ, kasut situ, buku-buku situ, baju kotor dan segala bagai. Maka, ada baiknya aku buat satu bilik khas yang ada baju, kasut, make up etc. Dalam kata lain BILIK UNTUK CANTIK.haha.

Yezza.. Mengaku lah bahawa aku telah terpengaruh dengan KIMORA. haha. Ini antara contoh kalau nak bilik idaman 4 closet.

Vogue's Shoes Closet 

Kimora Lee Simmons Closet

Awesome closet right? Dont you wish to have one? Hihi. Bye.
Nest wishlist... To Be continued.


Tuesday, August 2, 2011

DADALI - DI SAAT AKU MENCINTAIMU

Assalamualaikum WBT! Hye Peeps! Salam Ramadhan!

Meh layan lagu Dadali (artis Indonesia). Love the melody, love the lyrics! sapa rasa nak tuju lagu ni buat kekasih yang merajuk, sila sila!


Dadali - Di Saat Aku Mencintaimu (Lirik)


mengapa kau pergi, mengapa kau pergi

di saat aku mulai mencintaimu

berharap engkau jadi kekasih hatiku

malah kau pergi jauh dari hidupku


menyendiri lagi, menyendiri lagi

di saat kau tinggalkan diriku pergi

tak pernah ada yang menghiasi hariku

di saat aku terbangun dari tidurku


reff:

aku inginkan dirimu datang dan temui aku

kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu

aku inginkan dirimu datang dan temui aku

kan ku katakan padamu aku sangat mencinta


menyendiri lagi, menyendiri lagi

di saat kau tinggalkan diriku pergi

tak pernah ada yang menghiasi hariku

di saat aku terbangun dari tidurku

repeat reff

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini

maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)

maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu

maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

repeat reff


Koleksi Dadali yang lain.


Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2011

Assalamualikum W.B.T!!

Hari ini 1 Ramadhan. selamat Berpuasa buat seluruh umat Islam di alam maya ini yang meluangkan masa membaca belog ku ini.  :P Matlamat kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Menyucikan diri daripada segala kekotoran yang dibuat. Tsk! Tsk!

Semoga Allah SWT memberikan 1001 keberkatan dan mengampunkan segala dosa-dosa ku (juga buat anda). Rahmat yang melimpah ruah di bulan ini mari sama-sama kita rebutkannya.

Tahukah anda di bulan ini, SETAN bukan Seth Tan ye telah diikat. Jadi takdelah alasan malas berpuasa dan sebagainya.

Sumber gambar : cikeju


Selamat Berpuasa semua. Jangan puasa yang yok ye!!

Sumber gambar : Insirius7