Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 19, 2011

Bila Lelaki Mengomel Pasal Perempuan

Assalamualaikum W.B.T! Selamat Petang.

Satu hari ni kerja aku jejalan dari blog ke blog jew. 40min buat kerja selebihnya blogwalking. Haha. dah tu rajin pulak nak buat review post entri orang. Ha ha Ha. kali ni aku buat blogwalking kat blog I'm Beautiful Me.

Berbalik pada post dia, dia masukkan fakta mengenai perempuan yang di 'ngomel' oleh lelaki. Saya sebagai perempuan memainkan peranan untuk balas balik. Peace no war! Happy reading :P

1. Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyalin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran perempuan ialah masak ikut resepi.
Myself : Yang makan masakan perempuan tu nanti sang lelaki jugak kan?

2. Menurut satu kajian, kebanyakan wanita akan berkata "tengok anak orang teringat anak kita"; dan menurut satu kajian lagi, kebanyakan  lelaki akan berkata "tengok bini orang terlupa bini kita'.
Myself : Itulah lelaki. Pantang nampak wanita cantik.

3. Selangkah lelaki sam dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bla dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
Myself : Itu tandanya perempuan suka berjimat!

4. Wanita memang pemurah... sebab itu dorang berpuas hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!
Myself : Sekarang dah tak main tabur di shopping Complex, tabur kat online shop jer.

5. Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu... tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!
Myself : habis tu, dah tu jer kaler si suami mampu beli. Huish!

6. Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada ister. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!
Myself : Dah itu tanggungjawab lelaki mencari rezeki untuk isteri. Kes gaduh pulak, kalau lelaki tak terhegeh-hegeh nak tambah satu, takdelah terjadi kes gaduh-gaduh ni ooii!!

6. Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping compleksnya.
Myself : Adalah juga sang suami dalam senarai pertama tu.

7. Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per... per...!
Myself : nak cakap perempuan lah tu.

8. Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
Myself : Lelaki sanggup mengeluarkan berpuluh ribu untuk beli alat ganti kereta dan sanggup menghabiskan duit untuk modified kereta. Nampak sangat lelaki pun 2x5!

9.  Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya 3 kali sebelum ke tempat kerja, 6 kali semasa di tempat kerja dan 3 kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama 6 jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah tengok muka sendiri!
Myself : La, tak berfaedah ke tengok muka sendiri. Patut lelaki tak kisah bila muka mereka macam muka pecah rumah!

10. Menurut satu kajian lagi, jumlah wanita memakai cermin mata adalah 3 kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka mudah rambang mata!
Myself : Berdasarkan kajian baru-baru ni, jumlah penuntut wanita di IPTA adalah 60:40 yang mana perempuan lebih ramai daripada lelaki. Ini menunjukkan wanita rabun mata disebabkan sibuk menelaah buku malam-malam; berbanding jumlah penuntut lelaki di pusat serenti ialah 60:40 yang mana penghuni lelaki lebih ramai daripada perempuan. Menunjukkan lelaki jarang terkena rabun mata sebab dah biasa pecah rumah orang malam-malam. Hi hi hi. Peace!

11. Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!
Myself : Elok lagi tu wanita pergi pasar malam, pasar tani dan segala bagai jenis pasar. Sah-sah kena beli barangan rumah untuk bagi suami makan. Tapi tempat yang selalu menjadi tarikan lelaki adalah pusat karaoke, pusat urut, pusat judi dan segala pusat yang sewaktu dengannya (termasuk lah pusat serenti tadi). Tak caya? Gi la tengok.

12. Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin sampai empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ini tak kira yang tua atau muda berkahwin empat, wanita tetap juga tak boleh lari daripada kes mengumpat!
Myself : La? Apa kena mengena kahwin empat dengan perempuan mengumpat? Tak paham aku.

13. Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli belah!
Myself : nak beli barang keperluan untuk raya semua diuruskan oleh perempuan. Lelaki takkan sediakan semua tu punya.

14. Orang perempuan memang mudah berkecil hati. Dalam sehari sekutrang-kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!
Myself : Kecil hati dengan suami tang tak pandai jaga hati isteri!

15. Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!
Myself : Malah wanita juga bijak terutama dalam hal memilih waktu ketika berbelanja.

16. Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan berbanding lelaki.
Myself : Sebab itu perempuan suka keluar dengan kaum lelaki, sah-sah lelaki akan belanja punya. Sekali lagi menunjukkan perempuan memang bijak!

17.  Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 tahun sahaja. Selepas itu, orang perempuan cuma tinggal gusi sahaja. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.
Myself : Rasanya lelaki lebih ramai kot yang tak dapat tahan lama. Sebab kebanyakannya dah reput akibat merokok dan kebiasaannya akan reput dari muda lagi.

18. Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albastross. Sejenis manusia yang boleh bercakap tanpa henti-henti dikenali sebagai ...
Myself : .....

19. Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!
Myself : Ntah mana dapat fakta ni kau pun tak tahu.

20. Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi. Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10cm. Jika semua kaum wanita di Malaysia, termasuklah di Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup bagi seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki atau perempuan!
Myself : Apa kejadahnya tumit nak dibuat sup. Kau nak ke makan sup tumit?

Orite! Lelaki ada nak balas? :P


Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)