Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 15, 2011

Assalamualaikum! Good Morning uols!

Menulis memerlukan idea. Idea kadang-kadang datang dengan sendiri nya dan kadang-kadang kena fikir dulu baru dapat idea. Bila nak menulis dalam blog ni, kebiasaannya aku akan menulis terus kalau ada benda yang terlintas, malas nak buka buku tulis. atau buka Microsoft Word tulis. I'm not that kind of rajin punya orang. Haha. That's why kalau perasan banyak typo error which is not good la. tapi nak buat macam mana, malas punya pasal. Hihihi.

Ok. mana nak dapat idea menulis? Salah satu kaedah yang paling senang aku buat ialah dengan membuat 'blogwalking'. Jadi aku share satu artikel dari salah satu blog dan melahirkan artikel ini. Happy reading & writing!

1. Pastikan struktur artikel adalah tersusun
  • Apabila menulis sesebuah artikel, pastikan artikel tersebut mempunyai pengenalan, isi dan kesimpulan. Pengenalan harus menyatakan idea utama yang ingin diutarakan. Isi untuk mengembangkan hujah anda sama ada dalam satu atau beberapa perenggan. Kesimpulan harus pendek dan merumuskan keseluruhan artikel.
2. Gunakan sub-tajuk
  • Pembaca online adalah kurang bersabar. Teks yang terlalu panjang mudah membuatkan pembaca bosan untuk meneruskan pembacaan mereka yang menyebabkan mereka meninggalkan blog anda dalam masa yang singkat. Sub-tajuk adalah cara terbaik untuk membuatkan artikel anda lebih mudah dibaca. Ia membolehkan pembaca untuk mendapatkan idea ringkas tentang isu yang diutarakan dalam artikel anda.

3. Pastikan artikel blog anda rasional
  • Tetapkan idea-idea anda ke dalam perenggan-perenggan dan jangan melompat dari satu topik ke topik yang lain ataupun keluar topik. Semua hujah dan idea perlu mengalir secara logik dan rasional agar pembaca anda tidak ‘sesat’ dalam memahami artikel anda.

4. Gunakan gambar
  • Tidak semua artikel blog boleh diilustrasikan melalui gambar, namun kebanyakannya boleh. Tidak dinafikan, gambar boleh menarik perhatian pembaca dan membuat teks kelihatan lebih mesra pembaca.

5. Elakkan menggunakan nombor dan butiran teknikal
  • Jangan peningkan pembaca anda dengan istilah-istilah saitifik atau butiran teknikal melainkan jika anda sedang menulis untuk sejumlah pembaca yang sangat khusus. Cuba gunakan bahasa perbualan sepanjang artikel anda. Jika ingin menggunakan bahasa saitifik, pastikan anda mempunyai bahasa yang mudah untuk menjelaskannya kepada pembaca.

6. Jangan silap menghakimi pembaca (overestimate/underestimate)
  • Anda tidak perlu menjelaskan tentang sesuatu yang umum telah diketahui oleh pembaca, tetapi jelaskan hal-hal yang mungkin pembaca ingin fahami. Jika anda tidak yakin bagaimana untuk membezakan perkara mana yang perlu diperjelaskan dengan perkara yang tidak memerlukan penjelasan, fikirkan jika teman anda akan memahaminya. Jika mereka faham, perkara tersebut mungkin pengetahuan umum, jika tidak, jelaskan atau sediakan pautan (link) di mana pembaca boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

7. Jangan gunakan terlalu banyak kata kunci (keywords) ataupun menyertakan pautan (link) yang tidak berkaitan
  • Adalah difahami mengapa anda ingin menggunakan kata kunci yang banyak dalam penulisan anda. Namun ingat, pembaca akan mudah membezakan antara teks yang ditulis dengan tujuan memberi maklumat kepada pembaca dengan teks yang ditulis untuk tujuan SEO semata-mata. Letakkan kata kunci dengan strategic, sesuaikan dengan teks, dan jangan sesekali meletakkan pautan yang tidak relevan. Pembaca akan marah sekiranya mereka klik pada pautan dan dibawa ke laman yang tidak relevan.

Semua perkara di atas adalah antara cara yang baik untuk membina keyakinan pembaca blog anda untuk berkunjung semula ke blog anda kerana mereka yakin blog anda sentiasa menyajikan artikel yang bermutu untuk pembacaan mereka. Jangan terlalu fokus kepada pulangan yang banyak dalam masa singkat, tapi fokus terhadap pulangan yang sederhana namun berpanjangan.


Jangan lupa kredit kepada empunya idea ya.

Sumber dipetik dari LUNA LANUN


Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)