Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 14, 2011

Ruangan Resepi 1

Resepi Paru Masak Sambal

Aku peminat paru. Masih teringat pertama kali aku makan paru apabila roomate aku ketika belajar di UKM dulu membawa aku ke pasar malam. Dia peminat paru, sekali aku cuba sedap la pulak dan sehingga ke hari ini aku pencinta paru. Tapi memilih jugak, bila kadang-kadang termakan paru yang tak enak dan pasti mengganggu selera ku sepanjang hari.

Ah, lupakan sebentar kisah paru. Ni aku nak kongsi resepi paru maak sambal yang aku kutip dari laman web MAMA HANIS ZALIKHA.


Paru 300gm
(direbus sampai empuk kemudian hiris tipis2)

Gaul paru dengan serbuk kunyit, garam dan perasa.

Goreng di dalam minyak yang panas dan agak banyak.

Setelah garing, angkat dan tos.


Bahan untuk sambal



20 batang cili kering direbus.


Setelah itu basuh cili itu, buang biji dan kisar bersama seinci belacan.


3 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih dihiris tipis2.

Cara-cara:
Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris ke dalam minyak sehingga layu. masukkan 1 batang serai yang telah diketuk, kemudian masukkan cili yang telah dikisar tadi.

Tumis sehingga naik minyak, masukkan air asam jawa, gula, garam dan perasa sehingga sambal menjadi likat baru masukkan paru yang sudah digoreng tadi.

Gaul bersama sambal dan angkat serta hidangkan.

Selamat Mencuba!


Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)