Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 21, 2011

Lempeng Kesukaan Ku

Salam.

Sapa suka makan lempeng? (sambil angkat kaki). Lempeng dalam bahasa omputihnya Pancake. Teringat masa cuti semester yang lepas, setiap pagi aku akan buatkan bekfes untuk anak-anak sedara ku yg seramai 7 org. 7 org dok, satu rumah dengan berbagai karenah. But, i'm happy. seronok melayan telatah bebudak even kadang-kadang tersangat lah pening kepala melayan riuh rendahnya suasana.haha..

Lempeng kuih yang sangat mudah untuk disediakan. Kalau ikut resepi mak aku turun temurun, aku hanya letak tepung, sedikit garam dan juga gula. diadun kemudian dicanai atas kuali. siap. itu versi aku, sekarang meh ikut resepi MAMA HANIS ZALIKHA.


Bahan-bahan:
225 g tepung gandum
300ml susu segar
2 sudu makan gula
1 sudu teh baking powder
sedikit garam
satu sudu makan minyak jagung

Cara membuat:
Masukkan semua dalam pengisar, siap adunan canaikan atas kuali yang panas.
Mudahkan. Selamat mencuba :P


Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)