Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 3, 2011

IPAD 2

Tatkala semua orang sibuk bercerita mengenai iPad 2 (termasuklah aku), ramai yang tidak tahu apa sebenarnya fungsi memiliki ipad. Harga nya bukan nya sehengget dua hengget. Beribu-ribu hengget. Maunya mencecah RM2k jugak. tapi harga nya boleh jatuh lantaran teknologi semakin pantas. meh kita tinjau apa fungsi iPad mengikut pandangan Izwan (Jurutera IT, PTS):

"iPad 2 secara zahirnya, sama sahaja dengan iPad. Namun falsafah iPad 2 berbeza daripada iPad dari segi kepenggunaannya. Visi iPad yang pertama adalah sebagai “consumption device” atau medium yang membantu pengguna menikmati bahan audio visual dan juga media bercetak. iPad boleh dikatakan akhbar, majalah, televisyen dan internet dalam satu bentuk yang mudah di bawa. iPad 2 pula adalah “creation device”. Ia mendekatkan konsumer dengan mereka yang berkarya.

Perbezaan visi ini jelas ditunjukkan dengan kehadiran 2 aplikasi dalam iPad 2 yang sebelum ini tidak terdapat dalam iPad. Aplikasi tersebut adalah Garage Band dan iMovie. Aplikasi Garage Band adalah aplikasi yang telah membantu banyak band indie untuk menghasilkan album pertama mereka. Malah terdapat ramai professional yang berterima kasih kepada aplikasi Garage Band ini yang mereka gunakan dalam platform Apple MacBook.

Kini Aplikasi Garage Band dibawa pula ke dalam iPad2 yang memungkin artis dan pemain muzik berkarya di mana-mana sahaja. Pemain gitar boleh merakam secara terus bunyi dari gitar mereka dan mengubahsuai bunyi gitar mereka secara langsung. Penyanyi boleh menambah mikrofon professional mereka dan merakan nyanyian mereka di tempat yang berbeza dari studio. Ini pastinya membawa variasi muzik yang berbeza dari sebelum ini. Apa yang penting adalah ianya kini menjadi lebih mudah dengan kehadiran iPad 2.

Jangan lupa pula dengan aplikasi iMovie. Aplikasi ini membolehkan pemilik iPad2 merakam, mengubahsuai dan mengupload video mereka secara terus dari dalam iPad2 mereka. Ini merupakan pembuka jalan kepada para jurukamera amatur untuk meningkatkan kemahiran mereka. Gurun yang paling baik adalah maklum balas secara terus daripada perbuatan kita. Kini, jurugambar mampu melihat dan mengubahsuai video mereka secara langsung dari tapak penggambaran. Segala kerja menjadi lebih cepat dan komunikasi menjadi lebih jelas dan telus.

Oleh kerana 2 aplikasi ini memerlukan kuasa yang lebih tinggi, iPad2 didatangkan dengan upgrade pada beberapa perkakasan utama. Antaranya adalah pemproses yang jauh lebih tinggi (1Ghz Dual-Core A5). Kini, bukan sahaja 2 aplikasi pengkaryaan kini boleh digunakan dalam platform iPad2, malah aplikasi sebelum ini terutamanya Game mendapat tingkatupaya secara tingkat langsung. Kesemua aplikasi terasa lebih laju dan tepat'



Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)