Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31, 2011

Excellence to write Part 1

Very important rule — when you are going to write the publication for a blog, start to write, not reflecting. You should not see before yourselves "a paper blank leaf". Having started to write, the inspiration will find you, and to correct the text it is possible during check!


Source:



Monday, May 30, 2011

Cobaan pertama


.Salam.

.Ini cubaan ku yang pertama mengedit menggunakan adobe ph
otoshop yang aku sangat2 puas hati.meskipun masih banyak kelemahan, tapi takkan putus asa untuk belajar.Jom tengok.


.Sebenarnya tengah dalam proses mengedit web dan nak buat header. Tapi nampak gayanya, lambat la sebab hamba budak baru bertatih :P

Amacam?Komen.



Wednesday, May 25, 2011

.Petua Rambut Sihat

Salam All.

Tetiba terpikir nak kongsi bagaimana mendapatkan rambut yang sehat. ok, petua ni bukan hanya untuk mereka yang tidak bertudung saja k, untuk yang bertudung un perlu ambik tahu. Sebelum ni, I paling suka warnakan rambut, curly kan hair, potong layer, potong bob (ala rihanna) and macam2 gaya lagi. Untuk menjaga rambut lebih-lebih lagi bila sudah panjang amatlah susah.

Ini sedikit petua untuk kekalkan rambut supaya sihat even setelah diwarnakan.

1. A good hair starts with a good cut
Rambut yang sihat ialah rambut yang bebas dari kerosakan termasuklah bercabang di hujung. Jangan biarkan rambut anda bercabang di hujung terlalu lama kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Keraplah ke Salon untuk membuat trim rambut. If u dont have time, ambik gunting trim sendiri. Itupun kalau rambut cukup panjangla.

2. Healthy hair is hydrated hair.
Sering kita dengar, untuk mendapatkan badan yang sihat ialah dengan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ini BENAR. Air bukan sahaj membantu menghidrasikan tubuh badan tetapi termasuklah rambut kita ye. sebab tu rambut boleh memberi sinar bak air sungai yang mengalir.

3. Product overload.
Adoii..Jangan memakai produk yang banyak dalam satu-satu masa. Cuba bayangkan muka anda di make up dengan bermacam2 jenis produk yang bercampur-campur, kesan nya??naik la jerawat segala bagai. Jadi guna rangkaian produk yang sama. Ingat petua: One product to style and one product to finish it.

4.Makan makanan yang seimbang
Pemakanan yang seimbang membantu memberikan rambut yang sihat. Kurangkan makanan berminyak, ambil makanan yang mengandungi protein dan juga vitamin yang tinggi.

5. Kerap melakukan treatment
Anda tahu, anda juga boleh buat treatment sendiri di rumah. Beli treatment, pakai selepas mencuci rambut. Then, pakai shower cap atau towel, lilit dan biarkan selama 10-20 mnit untuk membantu penyerapan. Kemudian barulah cuci. Dan produk terbaik yang I guna ialah JS salon brand.


Sumber juga boleh diperolehi dari Healthy Har Secrets.


Monday, May 16, 2011

Mix & Match

Salam semua. Salam 1Malay, 1Cina, 1India dan 1etnik2 yg ada di Malaysia.

Hari ini kita kongsi tentang Mix & Match pakaian kita.
Mix maksudnya campur dan Match maksudnya padan. pada apa yg Sweety faham (pas ni I akan guna word Sweety sebab lebih proper lagi dari guna bahasa aku kan..), kita campurkan baju-baju yang ada dan padankan mengikut KESESUAIAN tempat, acara dan masa. Bukan main Mix & Match sesuka hati.

Sini ada info menarik mengenai apa itu Mix & Match yg mana ada sesetengah orang tak faham. I get the info from here. Aku..oops, Sweety translate kan dalam bahasa yg mudah untuk difahami oleh korang semua. Sharing is caring kan.. orite, here we go..

1. Tengok dalam almari anda, ada tak pakaian yg anda rasa ana dah tak dapat nak guna dan gayakan. Disinilah fungsi mix n match.

2. Di dalam memilih pakaian yg dipadankan pastikan warna dan jenis kain tidak bertentangan. misalnya, takkan nak pakai seluar satin dipadan dengan t-shirt cotton.. uiiikk..tak kena doh.

3. Pakaian yg murah tak semestinya tak boleh dipadankan dengan pakaian yg mahal.. percayalah, pakaian murah pun ada kualitinya ok, kalau kena dengan cara pemakaiannya.

Dsini Sweety share uols dgn satu pakaian yg Sweety beli di carrefour MiValley ngan harga RM8 je. Stripy black & white.

oh ya, baju kardigan pendek hitam tu beli ngan harga RM10 je kat pasar malam hentian kajang. so nice k, cotton & design is also awesome.

Kalau korang perasan, baju belang n cardigan Sweety inspired from Cotton On. (tak mampu li mahal, murah pn jd).. itu salah satu kuasa alah membeli, menang memakai..=)

orite, dis is how d way i mix & mmatch my baju.

Pix 1: U can go for evening outing
Pix 2: u can go to see concert or events yang boleh membuatkan u rasa cepat panas :)
Pix 3: i owes wear like dat when im watching movie coz tak tahan sejuk ngan aircond.

oh ya, dis cloth warna biru ya. Beli kat Sg Wang ngan harga RM25 je. Belt RM15.

So, apa tunggu lagi. go mix & match ur clothes.

ADioss.





Thursday, May 12, 2011

.Kertas Kerja SERUMPUN

SAlam.

halooo..gembira sebab kertas kerja untuk SERUMPUN berjaya di siapkan. Bukan senang doh nak buat kertas kerja bagi proceeding. Dengan hamba yang baru belajar ni, termengah-mengah membaca statistik nombor yang bisa membulatkan mata dan menyesakkan nafas terhenti..

Tap tak rugi pun..sebab? Sebab dapat pengetahuan tentang analisis regresi pelbagai. Siapa tahu??tak ramai yg tahu (termasuk aku).. benar kata pujangga, kita tak kan tahu kita salah kalau kita tak buat salah. same goes to me.. kalau tak disebabkan aku perlu buat kertas kerja tu, takde maknanya aku nak analisis data tu..haha.. dr chang memang bijak.. wish i can learn more..

Ok, berbalik kepada analisis regresi pelbagai. Analisis regresi ni merupakan salah satu metod yg digunakan dalam SPSS. Mengapa kita guna analisis regresi? Fungsinya untuk meramal pemboleubah apa yang boleh mempengaruhi sesuatu tingkah laku.. hah..masih tak paham?

orite..i'll eloborate more afta dis..stay tune !;)


Tuesday, May 10, 2011

.Oficially TWITTER

Salam all.

Tweet..tweet..

Just open my TWITTER account..yah, i know i lambat. but at least masih belom terlewat kan.. adoiyai..still pening coz dh biasa ngan FesBuk. so masih bertatih..

Okay, so bleh add e on my FesBuk or my TWITTER. btw, kena bgtaw tau if u knew me from my blog. cos i never except the strangers..(haha..even from here we are the stranger).

Take k..adioss..


Monday, May 9, 2011

.Belajar Menu Tab

Salam.

Dalam kesibukan menyiapkan laporan untuk SERUMPUN sempat lagi aku singgah menyinggah beberapa blog. tetiba terjumpa satu blog yang mengajar pembacanya membuat tab menu which is dalam aku punya blog takder..hmmm...

K. Blog yang menarik maka aku buat lah cobaan pertama. dan sudah nya btak menjadi..hmm perlu banyak belajar lagi.. apa-apa pun, blog budak ni memang superb!!

Selamat mencuba!




Tuesday, May 3, 2011

IPAD 2

Tatkala semua orang sibuk bercerita mengenai iPad 2 (termasuklah aku), ramai yang tidak tahu apa sebenarnya fungsi memiliki ipad. Harga nya bukan nya sehengget dua hengget. Beribu-ribu hengget. Maunya mencecah RM2k jugak. tapi harga nya boleh jatuh lantaran teknologi semakin pantas. meh kita tinjau apa fungsi iPad mengikut pandangan Izwan (Jurutera IT, PTS):

"iPad 2 secara zahirnya, sama sahaja dengan iPad. Namun falsafah iPad 2 berbeza daripada iPad dari segi kepenggunaannya. Visi iPad yang pertama adalah sebagai “consumption device” atau medium yang membantu pengguna menikmati bahan audio visual dan juga media bercetak. iPad boleh dikatakan akhbar, majalah, televisyen dan internet dalam satu bentuk yang mudah di bawa. iPad 2 pula adalah “creation device”. Ia mendekatkan konsumer dengan mereka yang berkarya.

Perbezaan visi ini jelas ditunjukkan dengan kehadiran 2 aplikasi dalam iPad 2 yang sebelum ini tidak terdapat dalam iPad. Aplikasi tersebut adalah Garage Band dan iMovie. Aplikasi Garage Band adalah aplikasi yang telah membantu banyak band indie untuk menghasilkan album pertama mereka. Malah terdapat ramai professional yang berterima kasih kepada aplikasi Garage Band ini yang mereka gunakan dalam platform Apple MacBook.

Kini Aplikasi Garage Band dibawa pula ke dalam iPad2 yang memungkin artis dan pemain muzik berkarya di mana-mana sahaja. Pemain gitar boleh merakam secara terus bunyi dari gitar mereka dan mengubahsuai bunyi gitar mereka secara langsung. Penyanyi boleh menambah mikrofon professional mereka dan merakan nyanyian mereka di tempat yang berbeza dari studio. Ini pastinya membawa variasi muzik yang berbeza dari sebelum ini. Apa yang penting adalah ianya kini menjadi lebih mudah dengan kehadiran iPad 2.

Jangan lupa pula dengan aplikasi iMovie. Aplikasi ini membolehkan pemilik iPad2 merakam, mengubahsuai dan mengupload video mereka secara terus dari dalam iPad2 mereka. Ini merupakan pembuka jalan kepada para jurukamera amatur untuk meningkatkan kemahiran mereka. Gurun yang paling baik adalah maklum balas secara terus daripada perbuatan kita. Kini, jurugambar mampu melihat dan mengubahsuai video mereka secara langsung dari tapak penggambaran. Segala kerja menjadi lebih cepat dan komunikasi menjadi lebih jelas dan telus.

Oleh kerana 2 aplikasi ini memerlukan kuasa yang lebih tinggi, iPad2 didatangkan dengan upgrade pada beberapa perkakasan utama. Antaranya adalah pemproses yang jauh lebih tinggi (1Ghz Dual-Core A5). Kini, bukan sahaja 2 aplikasi pengkaryaan kini boleh digunakan dalam platform iPad2, malah aplikasi sebelum ini terutamanya Game mendapat tingkatupaya secara tingkat langsung. Kesemua aplikasi terasa lebih laju dan tepat'



Pesta Buku Kuala Lumpur 2011

Salam.

Marilah mari. Mari membaca...

Mesti pernah dengar lagu ni kan, lagu kempen yang digunakan untuk menarik minat golongan uda dengan membaca. Pesta buku 2011 kali ini berlangsung bermula pada 22 April hingga 01 Mei yang lepas. Makanya, aku mengambil kesempetan untuk menjejakkan kaki ke pesta buku..

banyak jugalah aku shopping..aku datang berdua, bersama teman sekerja (teman senegeri juga) iaitu Ah Jo aka Joselyne Zou..Orite, senarai buku aku beli..hmm...

1) Armageddon 2012
2)Buat duit dengan Blog
3)Majalah PC keluaran Jan 2011-May 2011

selepas singgah dari PWTC kembali ke The Mall sebab kelisa ku di sana. Dalam The Mall pun ada jualan buku juga.. Semaptlah beli satu buku motivasi yang bertajuk Change your attitude.. (hmm tajuk gempak)..

Jom tinjau sekitar Pesta Buku 2011 yang telah melabuhkan tirainya.






Adioss