Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 15, 2010

roda selalu berputar

Terkadang bila aku merasakan aku insan yg plg sedeh di dunia, aku selalu sedapkan hati bahawa ada lagi org yg paling sedeh di dunia. Terkadang bila aku rasa aku yg plg malang di dunia, aku sedapkan hati bahawa aku yg plg bertuah didunia. Bila aku dalam kesusahan aku sedapkan hati lg bahawa mesti ada yg lagi susah di dunia ini. Bila aku sedeh mengenangkan cerita-cerita lama yg terkadang buat aku menangis dan menangis, aku terkenang bahawa yg paling sedeh di dunia ini bila sorang anak kehilangan kedua ibubapanya tempat dirinya bergantung, bila ada org dibunuh sebab tak mampu bayar hutang along, bla org ditangkap mencuri roti hanya kerana tak mampu utk memberi anaknya makan disebabkan kemiskinan dan sebagainya. Bila aku rasa aku yg plg malang hanya kerana aku masih tak dibukakn hati untuk terus dekat padaNYA, pasti ada yg lebih malang bila meninggalnya mereka terus di dalam kekufuran, perginya mereka kerna pintu taubat belum terbuka lagi, malangnya mereka bila hidup terus di dalam kesempitan dan alangkah aku masih bertuah. Bila aku rasa aku dalam kesusahan hanya kerana wang di dalam bank tak sampai rm10 sedangkan aku tahu aku masih ada dia yg menghulurkan, masih ada emak yg sudi mencarikan dan aku rasa susah bila aku tak paham apa yg pensyarah aku ajarkan, susah bila aku terpaksa naik bas hari-hari utk kelas, susah bila aku terpaksa menelaaah banyak benda tapi aku sedapkan hati bila ada ramai lg yg ssh di luar sana. Budak yg berebut-rebut mengutip sisa makaan sedang aku selalu jarang(kadang kerap) tidak menghabiskan makanan yg aku makan, bdk memakai pakaian yg koyak rabak sedang aku asyik membeli baju walaupun bundle kegilaanku…sedang aku banyak songeh dan leteran ini masih ada banyakk plihan berbanding yang di luar sana apa pilihan yang mereka ada. Terkadang kenangan putus cinta itu menyakiitkan ku sedapkan hati dgn memikirkan bukan semua gadis diluar sana yg merasa pernah putus cinta malah bercinta pun belum ada yg pernah merasa. Aku seharus lebih bersyukur dan terus bersyukur. Tp akan tetap terus tidak berhenti untuk menuntut ilmu supaya NUR yg aku ingin cari akan aku temui. AMIN.



Related Article:

0 intelligent commentors:

Post a Comment

Jom Membebel Sini :)