Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 15, 2010

roda selalu berputar

Terkadang bila aku merasakan aku insan yg plg sedeh di dunia, aku selalu sedapkan hati bahawa ada lagi org yg paling sedeh di dunia. Terkadang bila aku rasa aku yg plg malang di dunia, aku sedapkan hati bahawa aku yg plg bertuah didunia. Bila aku dalam kesusahan aku sedapkan hati lg bahawa mesti ada yg lagi susah di dunia ini. Bila aku sedeh mengenangkan cerita-cerita lama yg terkadang buat aku menangis dan menangis, aku terkenang bahawa yg paling sedeh di dunia ini bila sorang anak kehilangan kedua ibubapanya tempat dirinya bergantung, bila ada org dibunuh sebab tak mampu bayar hutang along, bla org ditangkap mencuri roti hanya kerana tak mampu utk memberi anaknya makan disebabkan kemiskinan dan sebagainya. Bila aku rasa aku yg plg malang hanya kerana aku masih tak dibukakn hati untuk terus dekat padaNYA, pasti ada yg lebih malang bila meninggalnya mereka terus di dalam kekufuran, perginya mereka kerna pintu taubat belum terbuka lagi, malangnya mereka bila hidup terus di dalam kesempitan dan alangkah aku masih bertuah. Bila aku rasa aku dalam kesusahan hanya kerana wang di dalam bank tak sampai rm10 sedangkan aku tahu aku masih ada dia yg menghulurkan, masih ada emak yg sudi mencarikan dan aku rasa susah bila aku tak paham apa yg pensyarah aku ajarkan, susah bila aku terpaksa naik bas hari-hari utk kelas, susah bila aku terpaksa menelaaah banyak benda tapi aku sedapkan hati bila ada ramai lg yg ssh di luar sana. Budak yg berebut-rebut mengutip sisa makaan sedang aku selalu jarang(kadang kerap) tidak menghabiskan makanan yg aku makan, bdk memakai pakaian yg koyak rabak sedang aku asyik membeli baju walaupun bundle kegilaanku…sedang aku banyak songeh dan leteran ini masih ada banyakk plihan berbanding yang di luar sana apa pilihan yang mereka ada. Terkadang kenangan putus cinta itu menyakiitkan ku sedapkan hati dgn memikirkan bukan semua gadis diluar sana yg merasa pernah putus cinta malah bercinta pun belum ada yg pernah merasa. Aku seharus lebih bersyukur dan terus bersyukur. Tp akan tetap terus tidak berhenti untuk menuntut ilmu supaya NUR yg aku ingin cari akan aku temui. AMIN.



Tuesday, July 13, 2010

kehidupan yang baru bermula

tanggal 12 Julai 2010, bermulalah kembali pengalaman aku sebagai seorang pelajar. Kalau dulu aku pelajar ijazaha sarjana muda Psikologi kini aku bergelar Sarjana Sain Sosial (Pengurusan Komunikasi). Kenapa aku boleh berada dalam aliran komunikasi? Sedangkan aku telah membuat pelbagai persiapan utk bergelar pelajar Sarjana Sains Sosial dalam Psikologi Kaunseling.. Hmm, terkadang aku terfikir adakah keputusan yang aku ambil injj9i tepat pada masanya? adakah ada HIKMAH disebalik penawaran kursus ini selepas permohonan kursus pertama tidak berjaya? aku tak ingin menunggu lagi. target untuk aku bergelar seorang doktor falsafah adalah sebelum usia aku mencecah 30 tahun. akan tercapai kah hasrat itu?

aku survive sorang2 di sini sambil ditemani deng2 kesayangan ku. aku bersyukur kerna ada dia di saat susah dan senang ku. di antara lelaki yg terbaik berdampingan dengan ku yg aku temui. deng2 kesayanganku, semoga dirimu terus ada bersama ku sehingga hari terakhir aku disini dan selamanya.

berbalik sebagai coretan pelajar, aku sibuk mencari bahan untuk aku mendalami lagi bidang komunikasi ini. usaha harus berlipat kali ganda kerna aku tak mahu peluang dulu disia-siakan begitu sahaja. capailah pointer yang cemerlang dan jadilah antara pelajar yang gemilang.

salam.