Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 22, 2010

Salam Kenangan

Rasa nya dah lama aku tidak menulis di blog ini. banyak masa dihabiskan dengan mengajar, mengajar dan mengajar. bukan setakat aktiviti mengajar, malah aktiviti mentoring jua. namun semua akan berakhir. aku bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. aku harap aku boleh enjadi lebih matang lagi dan meneruskan langkah dan cita-cita ku sehingga ke phD. insyaALLAH, semoga langkah yg aku ambil akan membuahkan hasil.

Terkadang aku termangu seketika, aku pasti akan erindukan setiap detik dan saat aku berada di bumi PTPL ini. bak kata rakan sekerja ku yang lain, PTPL umpama HELL dan bagi aku ini ialah HELL DUNIA. didalamnya banyak yg aku rasa. tertekan, terseksa jiwa dan raga, diumpat malah ditikam dr belakang pun ada agaknya. tp itu semua telah mematangkan dan mendewasakan kami semua yg beraada di dalamnya. tidak keterlaluan aku katakan, siapa yg tidak dapat bertahan dii sini, tak mungkina akan dapat bertahan di mana-mana tempat pun yang lain. bersyukurlah dengan pengalaman dan pelajaran yg telah diperolehi yang takkan ada tolok bandingnya.

semoga berjumpa lagi di coretan akan datang aKU bergelat Mahasiswi semula.. (n_n)