Iklan Di Sini

Our Journey of Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 28, 2010

kelas pertama bermulanya semester 2

salam.
kelas pertama aku mula dah semalam hari isnin jam 6-9 malam. membawa semangat yang masih agak sepoi-sepoi bahasa nnamun digagahi jua. terasa diri semakin kerdil berdiri yg seberapa nak tinggi dnan duduk yg seboleh2nya rendah bersama mereka abang-abang dan kakak yang hebat2 berlaka. benarlah, kata sesetengah orang bahawa sebelum mengambil sarjana dalamilahh dulu dunia pekerjaan kerna pengalaman itu kelak yang membantu percambahan pemikiran di sepanjang pembelajaran. alangkah ruginya diriku..:(

walaubagaimanapun aku rasa langkah kaki ini harus diteruskan. kaki kanan dah masuk, kaki kiri harus ku ayunkan jua. bersama kedua belah kaki ini ku bawa jua hati (nawaitu) perjalanan untuk menuntut ilmu.. semoga permulaan kelas semalam membawa lembaran baru buat diriku dan rakan-rakan sekalian.


Wednesday, December 22, 2010

2011 MENJELMA

tahun baru 2011 bakal menjelma. tiba-tiba teringat bahawa sudah sekian lama aku jarang menulis di blog ini. mari bercakap pasala azam tahun ini. adakah tercapai atau tidak..hmm, ada 3 azam utama yang aku idaman kan tahun ini dan 2 daripadanya telah tercapai.

pertama - aku sambung MAster tp bukan dalam bidang psikologgi seperti yang aku inginkan. dalam bidang pengurusan komunikasi.
kedua - deng2 belikan aku kereta yang memang selama ini aku idamkan. walaupun kereta terpakai (sebab kkelisa dh tiada keluaran) dnamun demi memenuhi impiann aku, deng2 tunaikan..terima kasih deng2..i lurve u owess.
ketiga - ini impian aku tahun ini namun masih belum tercapai lagi..iaitu menamatkan zaman bujang ku. mungkin jodoh kami berdua belum sampai. hmm, ku anjak kan impian ini ke tahun depan..ahaks...

maka azam aku tahuun 2011 ialah :

pertama - menamatkan zaman bujang ku pada 11.11.11 (hari jumaat)
kedua - memastikan pointer aku mencapai 3.5 sebelum menjelan semester ke 4
ketiga - penohkan almari ku dengan pakaian..ahaks..

k lah..good night..zzzz.zzzz


Sunday, September 12, 2010

RAYA 2010

salam lebaran,

raya tahun tidur bagai tiada riang rianya bagi aku. di pagi raya sesudah bersalaman aku pening kepala teramat sangat, flu, batuk plus demam. dlm sejarah hidup semenjak dah pandai belajar berjalan dan kuar rumah, inilah raya pertama aku tak kuar rumah utk beraya. huhu..sadis sungguh.. selasa nanti aku akan pulang semula ke UKM, ada banyak tugasan perlu dilakukan. nono, chaiyok...


Thursday, July 15, 2010

roda selalu berputar

Terkadang bila aku merasakan aku insan yg plg sedeh di dunia, aku selalu sedapkan hati bahawa ada lagi org yg paling sedeh di dunia. Terkadang bila aku rasa aku yg plg malang di dunia, aku sedapkan hati bahawa aku yg plg bertuah didunia. Bila aku dalam kesusahan aku sedapkan hati lg bahawa mesti ada yg lagi susah di dunia ini. Bila aku sedeh mengenangkan cerita-cerita lama yg terkadang buat aku menangis dan menangis, aku terkenang bahawa yg paling sedeh di dunia ini bila sorang anak kehilangan kedua ibubapanya tempat dirinya bergantung, bila ada org dibunuh sebab tak mampu bayar hutang along, bla org ditangkap mencuri roti hanya kerana tak mampu utk memberi anaknya makan disebabkan kemiskinan dan sebagainya. Bila aku rasa aku yg plg malang hanya kerana aku masih tak dibukakn hati untuk terus dekat padaNYA, pasti ada yg lebih malang bila meninggalnya mereka terus di dalam kekufuran, perginya mereka kerna pintu taubat belum terbuka lagi, malangnya mereka bila hidup terus di dalam kesempitan dan alangkah aku masih bertuah. Bila aku rasa aku dalam kesusahan hanya kerana wang di dalam bank tak sampai rm10 sedangkan aku tahu aku masih ada dia yg menghulurkan, masih ada emak yg sudi mencarikan dan aku rasa susah bila aku tak paham apa yg pensyarah aku ajarkan, susah bila aku terpaksa naik bas hari-hari utk kelas, susah bila aku terpaksa menelaaah banyak benda tapi aku sedapkan hati bila ada ramai lg yg ssh di luar sana. Budak yg berebut-rebut mengutip sisa makaan sedang aku selalu jarang(kadang kerap) tidak menghabiskan makanan yg aku makan, bdk memakai pakaian yg koyak rabak sedang aku asyik membeli baju walaupun bundle kegilaanku…sedang aku banyak songeh dan leteran ini masih ada banyakk plihan berbanding yang di luar sana apa pilihan yang mereka ada. Terkadang kenangan putus cinta itu menyakiitkan ku sedapkan hati dgn memikirkan bukan semua gadis diluar sana yg merasa pernah putus cinta malah bercinta pun belum ada yg pernah merasa. Aku seharus lebih bersyukur dan terus bersyukur. Tp akan tetap terus tidak berhenti untuk menuntut ilmu supaya NUR yg aku ingin cari akan aku temui. AMIN.



Tuesday, July 13, 2010

kehidupan yang baru bermula

tanggal 12 Julai 2010, bermulalah kembali pengalaman aku sebagai seorang pelajar. Kalau dulu aku pelajar ijazaha sarjana muda Psikologi kini aku bergelar Sarjana Sain Sosial (Pengurusan Komunikasi). Kenapa aku boleh berada dalam aliran komunikasi? Sedangkan aku telah membuat pelbagai persiapan utk bergelar pelajar Sarjana Sains Sosial dalam Psikologi Kaunseling.. Hmm, terkadang aku terfikir adakah keputusan yang aku ambil injj9i tepat pada masanya? adakah ada HIKMAH disebalik penawaran kursus ini selepas permohonan kursus pertama tidak berjaya? aku tak ingin menunggu lagi. target untuk aku bergelar seorang doktor falsafah adalah sebelum usia aku mencecah 30 tahun. akan tercapai kah hasrat itu?

aku survive sorang2 di sini sambil ditemani deng2 kesayangan ku. aku bersyukur kerna ada dia di saat susah dan senang ku. di antara lelaki yg terbaik berdampingan dengan ku yg aku temui. deng2 kesayanganku, semoga dirimu terus ada bersama ku sehingga hari terakhir aku disini dan selamanya.

berbalik sebagai coretan pelajar, aku sibuk mencari bahan untuk aku mendalami lagi bidang komunikasi ini. usaha harus berlipat kali ganda kerna aku tak mahu peluang dulu disia-siakan begitu sahaja. capailah pointer yang cemerlang dan jadilah antara pelajar yang gemilang.

salam.


Tuesday, June 22, 2010

Salam Kenangan

Rasa nya dah lama aku tidak menulis di blog ini. banyak masa dihabiskan dengan mengajar, mengajar dan mengajar. bukan setakat aktiviti mengajar, malah aktiviti mentoring jua. namun semua akan berakhir. aku bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. aku harap aku boleh enjadi lebih matang lagi dan meneruskan langkah dan cita-cita ku sehingga ke phD. insyaALLAH, semoga langkah yg aku ambil akan membuahkan hasil.

Terkadang aku termangu seketika, aku pasti akan erindukan setiap detik dan saat aku berada di bumi PTPL ini. bak kata rakan sekerja ku yang lain, PTPL umpama HELL dan bagi aku ini ialah HELL DUNIA. didalamnya banyak yg aku rasa. tertekan, terseksa jiwa dan raga, diumpat malah ditikam dr belakang pun ada agaknya. tp itu semua telah mematangkan dan mendewasakan kami semua yg beraada di dalamnya. tidak keterlaluan aku katakan, siapa yg tidak dapat bertahan dii sini, tak mungkina akan dapat bertahan di mana-mana tempat pun yang lain. bersyukurlah dengan pengalaman dan pelajaran yg telah diperolehi yang takkan ada tolok bandingnya.

semoga berjumpa lagi di coretan akan datang aKU bergelat Mahasiswi semula.. (n_n)